Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

Agenda Merisik & Meminang

Assalamualaikum
Dah sampai usia-usia senja ni baru saya tahu yang risik dan pinang ni adalah dua perkara yang sama:)  Ianya mungkin sekadar adat, tiada apa yang istimewa.Tapi bagi seorang wanita, *ececeh..wanitanya saya! Moment ini mungkin memberikan makna tersendiri dan kenangan peribadi bagi dikenang oleh dirinya seumur hidup. Alhamdulillah.. ianya juga adalah babak-babak indah yang akan tersimpan rapi dalam diari hidup saya:)
Syukur, setelah selesai test hari sabtu baru ni, saya pun bergegas balik ke Penang. Maklum laa..khabarnya ada 'pihak' nak datang merisik khabar saya yang montel nih:P Sebelum memulakan perjalanan ke Penang diakui saya rasa serabut sebab baru siapkan test, diri pun tak terurus sangat, 'bateri' pun dah weak!Tapi saya minta ibu doakan saya kuat. Saya anggap ini sebagai dugaan kecil dalam merealisasikan satu impian besar. Di saat genting macam tu,saya berpegang kepada falsafah cinta 'Lautan Api Sanggup Ku Seberangi' *Nampak sangat tipunya tu:…