Malam Berinai

October 19, 2013


Assalamualaikum

Hujan-hujan cenggini, seronok gak menulis...sambil makan cucur bilis & kopi panas, nyummss!!Entry malam berinai plak kali ni. Rasa tak sabar nak buat entry tergendala yang lain,nak cepat-cepat completekan semua story,tak sabar nak menulis pasal kehidupan yang terkini je.Tapi kena siapkan cerita ikut turutan la rasanya,sebab nak simpan wat kenangan kan:) Biasa la orang sentimental ni:P

Lepas sesi outdoor untuk akad nikah, malam tu terus buat majlis berinai. Wat majlis berinai kecik je..seronok-seronok & gelak-gelak adik beradik je. Selalu orang berinai sebelum akad nikah kan?tapi sunyi la bergambar sesorang. *Walaupun saya memang kaki bergambar & husband adalah sebaliknya:P Tapi seronok tengok gelagat beliau yang cuba beraksi tu.Huhuu! Adik beradik sekeliling pun tak kurang dengan adegan & tips bergambar yang diaorang cadangkan. Lagi over...lagi bagus kata diaorang!Padahal sesaja seronok membahan pengantin baru gituew.Uhukkss:P Walaupun family saya tak besar, tapi kehadiran sedara mara yang bikin kecoh & kuat mengusik tu menceriakan suasana. Terima kasih semua saudara mara sebelah ibu,sebelah ayah yang datang dari kampung, dari bandar..wani sayang semuaaaa!

 Pelamin untuk malam berinai

Untuk baju yang pertama ni, saya mengenakan persalinan songket ibu kahwin dulu. Tapi bukan baju kahwin utama ibu la,sebab zaman ibu dulu pakai gaun,bertandang pakai songket kuning. Ibu dah terhilangkan songket kuning diraja beliau.Huhuuu!

Saya memang suka bergambar walaupun takde modal or gaya nak beraksi:P

Saya teringin nak nampak cam Tun Fatimah,tapi malas buat preparation.Aksesori apa pun saya tak cari.Tapi syukur headgear tu mama yang kasi pinjam untuk malam berinai kami. Kalau ikutkan persediaan saya ni, jadi kak ton pun belum tentu..apakan pulak Tun Fatimah.Ceittt!!

 
Tinggi kan cita-cita mak jemah nak jadi Tun Fatimah?

Sopan tak? macam tunggu orang masuk meminang:P

Untuk persalinan seterusnya kitaorang mengenakan persalinan jawa milik pasangan abang ipar & isteri. Terima kasih mama, abang ipar & isteri kerana menyumbangkan koleksi jawa ni untuk diabadikan sebagai kenangan:)


Nak jadi Bunga Citra Lestari tak mampu...Dian Sastrowidoyo pn jadilah!! gilee berangan:P

Persalinan ketiga, baju jubah ni (lelaki & perempuan) mama belikan waktu beliau menunaikan haji dulu. Jubah ni dijadikan hantaran dari pihak lelaki.Siang atas dulang(waktu nikah), malam terus pakai wat berinai.Belasah jela weyhh..janji boleh nyanyi lagu Ya Hanana:P *Antara lagu yang husband saya pandai nyanyi sambil goreng cucur kat dapur:)

Ya Hanana

Ya Habibi

Arab-Jawa yang memikat hatiku.Eceehhh!!

Ni memang benda normal saya suka buat...syok sendiri.Kikiki

Tok haji saya menyorok kee?Elelelehhh...

Dan persalinan terakhir ni, mama yang belikan jugak.Termasuk purdah & persalinan lelaki semua. Terima kasih mama! Jubah hitam ni boleh je kalau nak pakai casual..saya selalu gak pakai gi mengajar, terutamanya hari Jumaat,suka sangat pakai jubah:) Cuma jubah lelaki tu lebih kepada pakaian rasmi Arab Saudi.Minggu depan nak soh husband pakai gi office laa..nanges-nanges laki i:P



Itu jela 4 persalinan saya & husband untuk malam berinai. Acara simple je, tapi seronok sebab riuh-rendah sanak saudara yang suka menyakat:) Lepas ni nak gi menyakat sepupu sepapat lak kahwin:P Ada rezeki, next entry nak story pasal majlis bersanding plak:) see yaaa!














You Might Also Like

0 comments