Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Ribbon Experiment

Assalamualaikum
Fuhh..penat!dekat 5 kali tukar design ribbon.Tapi memadai la saya share 2-3 design je yang membuatkan saya tak cukup tidur sebab sibuk dok bereksperiment dengan design.Adehh laa!
Memula saya buat yang 7 kelopak ni.Rasa besor bebenor.Haha..Saya nak yang cute,tapi lagi simple dari ni.Nak buat ribbon gini 100% ikut step macam buat ribbon untuk pembalut hadiah macam kat jusco tu.*secara detail la kononnya tu:P Tapi hasilnya akan berbeza sikit sebab material yang saya guna ni betul-betul kain ribbon.So,tak berapa nak menjadi lor:(
Ini buat sepit rambut nice gak nihh..hahaha:P
Dah tu,bila tak puas hati..saya bikin loop ribbon pulak.*Sebelum tu saya ada buat 1 design yang saya tlupa nak snap sebab tengah stress.Wat ribbon pun stress I cakap u olls:P Design ni boleh ikut minat masing-masing nak double or triple loop.Jom tengok ribbon ni bila saya test kat hantaran:)
Nampak nice & simple pada sesetengah item:)
Boleh pulak  tak puas hati dengan warnanya,saya bikin lain pulak guna …

Lollipop Bouquet

Assalamualaikum
Jom kali ni muqaddimah pendek je sebab banyak lagi preparation yang belum siap.Wuaaa…dah start takut!Tinggal 2-3 hari je lagi.Ngeee..
Kali ni nak cerita tentang idea yang tercetus bila saya tengok lollipop chupa chups yang saya beli tu agak membosankan.Jadi saya fikir & fikir..nak buat apa ye kasi lollipup murahan ni nampak cute untuk budak-budak kecik?Ibu kasi idea letak ribbon je:P
Rupa asal lollipop seperti yang kita sedia maklum..colourful & sedap:)
Bila idea dah tercetus, saya pun terus capai creepe paper saya yang berbaki,then terus gunting-gunting dan balut lollipop tu & jadikan ia macam kuntuman bunga.Sesiapa nak pakai tissue paper pun boleh,tapi tissue paper saya dah habis buat bunga haritu.Jadi saya recycle je apa yang ada.Hehhe:P
Bab sepahkan rumah...serahhhh!Haa..ini dia bunga raya bunga kebangsaan:P
Pastu saya mula susun atas polisterin yang saya bikin dalam entry yang lepas. *Berguna gak rupanya polisterin nih:P Saya mulakan dengan bunga kuning tu.…

Parcel Penentu Masa Depan

Assalamualaikum
Tajuk entry nak poyo saja:P Giat kan saya menulis 2-3 menjak ni?Pantang ada gambar,mesti ada entry. Ehh! korang nampak kan  parcel dari skynet tu? Isi dalam bungkusan tu sangat penting bagi saya,ibarat penentu masa depan gitu..wuhehe..
Tidur tak lena dek kerana parcel nih:P
Baiklah, bagi sesiapa yang pernah melalui pengalaman tempah baju untuk majlis penting seperti pertunangan, akad nikah atau resepsi, korang mesti direct gi ambil baju korang yang dah siap tu dekat butik tu kan?Tapi berbeza bagi saya,baju masih disiapkan di Shah Alam,tapi tuan empunya badan dah di Penang.Mana taknya,saya sangat sibuk..banyak perkara nak diuruskan kat sini sampaikan perlu balik lebih awal ke kampung halaman.
Saya nak ucap jutaan terima kasih untuk Ami Syaqry yang belum habis penat balik kerja then terus shoot ke Old Blossom Box di Shah Alam semata-mata nak ambil & pos baju pertunangan saya ke Penang. *Terharu gedix!Terima kasih banyak-banyak juga untuk Mine (Jezmine Zaidan) yang member…

Aku Si Penggubah Bunga?

Assalamualaikum
Macam tak percaya saya kini dah berani menggubah bunga.Zaman budak-budak dulu bila nak raya nenek ajak gubah bunga mesti tak nak,tak minat,tak pandai. Tapi akhirnya, untuk pertama kalinya atas sebab tiada pilihan+nak jimat+nak puas hati..Makanya saya gubah sendiri! Bila dah sampai majlis sendiri, semua yang mustahil saya buat,semua yang saya tak yakin..saya cuba.Biarpun hasilnya tak seberapa, tapi saya seronok buat semua tu:) Mungkin ini adalah sebahagian minat atau hobi yang saya tak pernah sedar selama ni:)


Antara bunga-bungaan yang digunakan
Tapi yang tak syok nya,saya hanya kenal spesies bunga & dedaun yang ‘glamour’ je. Macam ‘Cala Lilly’, ‘Baby Breath’, ‘Iron Leaf’ camtu.Cam roses,hydrangea, carnation tak payah cerita la..seangkatan dengan lidah buaya or daun kari je tuh.Kebanyakkan orang tahu:P Bila saya dah tak kenal tu faham-faham la kan, saya akan panggil or namakan apa saja yang kedengaran sedap dicuping telinga saya ni.Luar dari blog ni korang bole bantah.…

Persediaan Suku Akhir

Assalamualaikum
Kini tiba sudah laporan gerak kerja saya untuk peringkat suku akhir. Semakin masa berjalan, semakin banyak pulak benda-benda merepek yang saya buat ikut ‘kepala’ & citarasa saya. Tapi seronok sebab saya boleh bereksperimen dengan apa saja.Baik dari segi warna, material & deco.Terima kasih ibu & ayah kerana selain menjadi pengkritik yang paling jujur,mereka juga penuh sabar melihatkan keadaan rumah mereka yang macam tongkang pecah dalam beberapa minggu yang  mencabar ni.
Lanjutan dari entry-entry yang lepas, ini adalah rupa tag yang dah siap digunting bagi gift untuk para tetamu.Saya tambah mini ribbon rose untuk menambahkan seri pada gift tersebut la kononnya.
Nak gunting 200 keping sesorang  memang gigih gak ar..tapi kuatkan semangat!
Pastu boleh la hiaskan ribbon & tag tu cenggini.Huhu:P
Saya sediakan 2 warna je untuk para tetamu:)
Beza gift yang saya kasi ni kalau nak dibandingkan dengan yang selalu jual kat kedai,gift ni baunya lebih wangi & tahan lam…

Deco & Gubahan Hantaran

Assalamualaikum
Entry kali ni mungkin saya akan banyak sentuh tentang deco & peralatan asas yang diperlukan untuk gubahan hantaran. Macam saya sendiri, saya tidak peruntukkan bajet yang tinggi untuk dulang/pahar dan sebagainya.Cuma diakui saya banyak buang duit kat minyak kereta sebab banyak survey. Huhu..*Terima kasih Ami Syaqry yang banyak bersusah payah untuk majlis ni.
Untuk pemilihan dulang hantaran, fokus saya lebih kepada yang simple & tak mahal sangat sebab minat saya lebih tertumpu kepada bunga-bungaan:P  Nasihat saya, dalam urusan pertunangan..korang boleh pilih apa saja mengikut minat korang.Nak yang cute?fancy?Belasah je.Tapi berbeza bila sampai bab nikah kahwin, ianya macam sebuah misi yang lebih serius.  Suntikan element ‘exclusive’ dalam urusan nikah kahwin seringkali diberikan keutamaan.*Sembang kencang macam dah pernah kahwin,itu hanyalah pendapat berdasarkan penelitian saya:)
Memandangkan saya tiada pengalaman gubah-menggubah ni, apa yang mampu saya pertaruhkan …

Welcome Card,Tag & Topper

Assalamualaikum
Alhamdulilllah saya diberikan kekuatan untuk buat sendiri beberapa persediaan untuk e-day nanti. Makanya entry-entry lepas ni mungkin kebanyakkan akan update tentang perkongsian idea saya yang tak seberapa ni dengan para B2B.
Saya memang orang yang tak terancang,boleh tahan pelupa kadang-kadang tu. Makanya saya cuba disiplinkan diri saya untuk menulis dalam buku ni,sekurang-kurangnya dengan menulis & mencatat, saya akan lebih ingat:)
Buku 555 saya:P
Baiklah, saya mulakan dengan perkara-perkara minor terlebih dahulu:) Alhamdulillah saya dah selesai dengan beberapa design untuk majlis nanti. Saya memilih untuk bikin sendiri sebab memang boleh jimat banyak.*wink wink! Korang hanya keluarkan duit untuk print sahaja:) Lagipun untuk sebuah majlis pertunangan, ianya berbentuk santai. Jadi takde la rasa terikat sangat dengan konsep dan sebagainya. Saya pun apa lagi, memang syok sendiri habesss la..huhu:P Ini adalah antara beberapa koleksi saya yang tak seberapa..tapi penuh kas…

Cincin OH Cincin !

Assalamualaikum
Alhamdulillah, minggu ni berlalu dengan indahnya.Pelbagai perkara yang dipermudahkan. Terlebih dahulu sebelum bercerita panjang lebar,siang-siang saya nak kasi tahu yang walaupun tajuk entry hanyalah berkisar tentang cincin, namun entry kali ni merupakan edisi 'bumper' dan turut menyelitkan aktiviti saya sepanjang pencarian cincin ni.Bukan apa,risau pulak kalau ada yang ingat ini edisi cincin 100%.Blog saya ni rojak.Macam-macam benda merepek ada.Tapi setakat apa yang saya tahu,kita boleh kongsi ok,no problem bebeyhhh!
Hari tu saya & family Ami Syaqry, atau lebih dikenali sebagai 'abe' sebagai panggilan manjanya dikalangan ahli keluarga lepak lunch sesama. *Panggilan abe tu lekat sebab dari kecik dulu family dia panggil dia baby.Ohh..jambu kan?Heheee:P Biasa la hujung-hujung minggu kan..buat aktiviti bersama keluarga rasa syok sikit.Baru la takde rasa kurang kasih sayang ke hape kn?Perut pun tengah meronta-ronta sambil bergendang-gendut tali kecapi, ma…