Akad Nikah 1.3.2013
October 12, 2013
Assalamualaikum
Menjengah ke blogku yang usang, terdetik rasa nak kembali mengabadikan saat-saat indah di blog ni memandangkan kini bermulanya fasa baru dalam hidup.Dah lama dah pun mula:P Namun dimana harusku mulakan?Chewaahh! Mungkin jauh ketinggalan setelah berbulan-bulan lamanya berlalu. Namun memadai untuk dijadikan kenangan, InsyaAllah.
Memudahkan cerita, saya mulakan dari majlis akad nikah yang berlangsung pada beberapa bulan yang lepas. Jumaat, 1 Mac 2013 sekitar jam 3.30 ptg usai Solat Jumaat. Detik indah yang tak pernah pudar dari kotak ingatan saya. Dihadiri Pakcik Man penghulu, Pakcik Yaakob imam 1 masjid,Jurunikah daerah Ustaz Saad, wakil keluarga kedua belah pihak & para saksi.
Bercerita bab saksi ni, memang ayah saya dah lama berniat mendapatkan saksi yang terbaik, yang memiliki ilmu & latarbelakang pendidikan agama yang baik. (Tak semestinya yang lebih tua itu lebih berilmu ye dakk?) walaupun kami bukanlah berlatarbelakangkan keluarga ustaz,ulama atau tahfiz. Tapi itulah impian ayah untuk majlis ni selain menikahkan sendiri anak perempuannya, Alhamdulillah termaqbul kedua-dua hajat & impian ayah tu:)
Jurunikah daerah,Penghulu & Imam tempat saya:)
Menjengah ke blogku yang usang, terdetik rasa nak kembali mengabadikan saat-saat indah di blog ni memandangkan kini bermulanya fasa baru dalam hidup.Dah lama dah pun mula:P Namun dimana harusku mulakan?Chewaahh! Mungkin jauh ketinggalan setelah berbulan-bulan lamanya berlalu. Namun memadai untuk dijadikan kenangan, InsyaAllah.
Memudahkan cerita, saya mulakan dari majlis akad nikah yang berlangsung pada beberapa bulan yang lepas. Jumaat, 1 Mac 2013 sekitar jam 3.30 ptg usai Solat Jumaat. Detik indah yang tak pernah pudar dari kotak ingatan saya. Dihadiri Pakcik Man penghulu, Pakcik Yaakob imam 1 masjid,Jurunikah daerah Ustaz Saad, wakil keluarga kedua belah pihak & para saksi.
Bercerita bab saksi ni, memang ayah saya dah lama berniat mendapatkan saksi yang terbaik, yang memiliki ilmu & latarbelakang pendidikan agama yang baik. (Tak semestinya yang lebih tua itu lebih berilmu ye dakk?) walaupun kami bukanlah berlatarbelakangkan keluarga ustaz,ulama atau tahfiz. Tapi itulah impian ayah untuk majlis ni selain menikahkan sendiri anak perempuannya, Alhamdulillah termaqbul kedua-dua hajat & impian ayah tu:)
Jurunikah daerah,Penghulu & Imam tempat saya:)
Merujuk kepada gambar di atas,waktu ni saya hanya mampu selawat & ucap 'Good Luck' je dalam hati untuk my husband sebab selain taklimat, beliau akan berhadapan dengan beberapa soalan ujian komprehensif. Hahaa.. saya tengok kalau di kL,memang mudah..terus ijab & qabul je kan?Tapi kalau di kampung-kampung, sesi pop kuiz masih meriah. Malah untuk pengantin perempuan yang hantar borang permohonan untuk nikah pun akan ada sesi soal jawab agama ni.Tapi bagi pendapat saya, molek sangatlah sesi ni sebab setiap pasangan yang ingin disatukan sekurang-kurangnya mesti memperkukuhkan diri dengan ilmu asas seperti solat & ibadat harian kan? InsyaAllah ilmu yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kita akan sangat-sangat membantu nak jawab soalan tu:)
Ayahku yang comel berani macam pahlawan woo time ni:p
Tapi part ayah sebak tu, cukuplah dirakam dalam video full version. Highlight nye pun dah memadai,sebab kalau tengok yang full version nye,ibu saya kena sediakan tisu:P Ayah tetiba sebak bila baca penyerahan tanggungjawab tu. Saya yang asalnya cool & steady ni pun goyah. I'm still your little girl la ayah..taknak la sedih:(
Reaksi muka saya terhadap tingkah laku ayah jelas bebenor melalui tatapan gambo di bawah:
Gambo 1: Aikk...lain macamm je ayah aku ni?
Gambo 2: Alamakkk...ayah nanges laa.Ohh no!
Tak boleh tengok ayah nanges! sebab tak pernah tengok:P Tisu disumbangkan oleh orang-orang sekeliling, terima kasih banyak:)
Alhamdulillah...Allah permudahkan segalanya. Now, ayah dah jadi orang paling bersyukur & happy atas mukabumi:)
Pengantin perempuan tu tak payah cerita laa...dia memang bercita-cita nak kahwin sejak dari tadika lagi:P
Haa...kan dah cakap...elok aminkan doa je terus sengih:P
Dok bakar line anak-anak dara kat sebelah:P
Keluarga kedua belah pihak.Sekarang saya dah ada ibu,ayah,mama,papa. Alhamdulillah:)
Terima kasih ibu,ayah,mama & papa atas segala pengorbanan, kesabaran, didikan & komunikasi antara kita selama ni. Moga fasa baru ni merapatkan lagi ikatan kekeluargaan kita.Amin..
My Inangs...Sayang semua
Untuk hantaran, 7 berbalas 9 semuanya.Tapi frame ni kasi muatkan 6 je. Hantaran ni walaupun idak le secantik mana, tapi penuh dengan kasih sayang & mata panda sebab pengantin pompuan buat sendiri sampai kol 3 pagi baru tido:p (tapi tu bukan bermakna siap sepenuhnya lagi taw) Serius asalnya tak terfikir langsung nak DIY pape untuk majlis kahwin sebab dah tak larat or serajin majlis tunang dulu.Tapi tetiba jumpa pemborong bunga,boleh pulak bertukar fikiran nak gubah hantaran sendiri. Tapi apa yang boleh saya nasihatkan untuk bakal pengantin yang nak guna fresh flower namun blom pernah berjinak-jinak dengan bunga-bungaan tersebut,(cam saya dulu la) usah la korang merisikokan hantaran korang tu.Saya bila terfikir balik,rasa cam buat penat badan je berjaga sampai lewat pagi.Kan lebih elok bakal pengantin rehat je secukup-cukupnya? tapi syukur la bila bangun pagi, my aunties semua yang siapkan sireh junjung,sahabatku eyda buatkan kek.Aduhaii...terima kasih sangat-sangat.Jasamu kukenang:)
Tapi...tapi...kalo korang tetap nak DIY gak hantaran korang menggunakan fresh flower, apa yang saya boleh nasihatkan ialah:
i) Pastikan kalau korang dah beli bunga tu sehari awal, korang letak jambangan bunga tu dalam baldi berisi air dengan tangkai-tangkai,daun sekali.Usah petik awal-awal untuk kekalkan kesegaran bunga tu. Kalau sape ada petiais besar cam kat kedai bunga tu memang terbaik laa..
ii)Bila dah siap gubah tu,letak gubahan tu di kawasan berhawa dingin.Buka aircond kuat-kuat sebab lagi sejuk, lagi bagus:)
Alhamdulillah..kini telah sah bergelar isteri kepada Ami Mohd Syaqry B.Ahmad
Pada hari akad nikah, saya memakai cincin merisik,bertunang dan yang terpenting cincin akad nikah ibu dulu. Alhamdulillah ibu masih menyimpan cincinnya dalam keadaan baik walaupun dah mencecah 29 tahun usia perkahwinan ibu & ayah. Moga saya dapat simpan pemberian suami & ibu saya ni sebaik mungkin. InsyaAllah..
Kurang pasti husband menunjukkan reaksi muka berkuasa atau apa:p
Untuk inang-inang tersayang, saya memilih semua mereka dikalangan adik beradik saya sendiri sebab tujuannya kalau panjang umur, InsyaAllah...nanti anak-anak tanya sape ni mommy? senang nak explain ni mama eika,mama cha,mama nyok & mama dila. Senang anak nak kenal sebab semua dari 1 keluarga:P
Terima kasih inangku sayang kerana menceriakan hariku & menghilangkan gabra. Love you sooo much!
Ibu & Ayah...
Haa..ayah memang cenggitu,tak boleh pakai baju melayu lebih dari 3-4 jam, cepat rimas.Selain comel, ayahku yang rockstar ni memang cool & sempoi. Ibu kalo depan kamera malu-malu sket, tapi hakikat sebenar... tersangat peramah. Kalau kawan-kawan datang rumah tu peramah jugak,alamat 3 hari 3 malam depa boleh borak. Saya merasakan saya adalah peramah kerana mewarisi kemahiran berkomunikasi band 5 macam ibu kot. Uhukkkk:P
Mama & Papa...
Alhamdulillah,kalau dulu panggil aunty,uncle je..skrg dah biasakan diri panggil mama papa. Rasanya zaman sekarang ni kebanyakkan keluarga mertua lebih terbuka & friendly sangat. Rasa disayangi macam kita dalam keluarga sendiri.Terima kasih mama papa sudi terima wani dalam keluarga mama papa. Mama yang sebelum ni membesarkan kesemua anak lelaki, saya kira sangat prihatin. Mencabar taww menjaga kebajikan anak-anak lelaki ni.Macam-macam tips boleh belajar dari mama tentang anaknya itu. Dari makanan kegemaran, tabiatnya & macam-macam rahsia lagi.Seronok kalau dengar cerita husband kita waktu kecik-kecik dulu kan?
Keluarga sebelah husband
Terima kasih orang kuat saya Eyda yang baju hitam tu tolong temankan saya buat hantaran,dia buatkan cake, candy booth.Aduhaaiiii...terima masih.Peluk ketat-ketat...Terima kasih miha & chaa sudi mai. Muahx:)
Outdoor photoshoot plak buat dekat pantai yang terdekat dengan rumah.Tak larat laa nak turun Ferringhi sebab sebelah malamnya nak buat majlis berinai pulak.Jadi molek la simpan tenaga sket, takot malam nanti tak larat nak senyum:P
Doakan kami ya! :)
Disini saya kongsikan highlight untuk majlis akad nikah saya. Moga majlis ini menjadi kenangan terindah untuk sepanjang hayat saya & pasangan serta keluarga kami.Amin.. Entry seterusnya mungkin akan diteruskan dengan malam berinai,sanding & bertandang. Kalau mood menulis dah mai... berentry-entry berhajat nak tulis:p
Solemnization of Ami & Wanie: "Keabadian Cinta" by Digimax Video Productions from Digimax Video Productions on Vimeo.
0 comments