Skip to main content

Agenda Merisik & Meminang


Assalamualaikum

Dah sampai usia-usia senja ni baru saya tahu yang risik dan pinang ni adalah dua perkara yang sama:)  Ianya mungkin sekadar adat, tiada apa yang istimewa.Tapi bagi seorang wanita, *ececeh..wanitanya saya! Moment ini mungkin memberikan makna tersendiri dan kenangan peribadi bagi dikenang oleh dirinya seumur hidup. Alhamdulillah.. ianya juga adalah babak-babak indah yang akan tersimpan rapi dalam diari hidup saya:)

Syukur, setelah selesai test hari sabtu baru ni, saya pun bergegas balik ke Penang. Maklum laa..khabarnya ada 'pihak' nak datang merisik khabar saya yang montel nih:P Sebelum memulakan perjalanan ke Penang diakui saya rasa serabut sebab baru siapkan test, diri pun tak terurus sangat, 'bateri' pun dah weak!Tapi saya minta ibu doakan saya kuat. Saya anggap ini sebagai dugaan kecil dalam merealisasikan satu impian besar. Di saat genting macam tu,saya berpegang kepada falsafah cinta 'Lautan Api Sanggup Ku Seberangi' *Nampak sangat tipunya tu:P .

25 Disember 2011 (Ahad), 4.30pagi waktu Malaysia saya selamat sampai di Penang.Alhamdulillah! *Fuhh!Bajet macam sampai dari Frankfurt:P Sekitar pukul 8 pagi,saya terpaksa tidur sekejap memandangkan kepala saya dah gelong:( kelopak mata saya dah tak mampu buka. Tidur sejam dua je,saya dah terjaga, tapi Alhamdulillah...tidur sekejap yang memadai untuk saya 'charge bateri' yang tingtong sejak semalam.

Alhamdulillah sekitar selepas Zohor, kunjungan tetamu yang saya nanti-nanti dah sampai. Happy mengatasi nervous sejujurnya:)


Ini dia tetamu yang paling letih sekali.. Ummar:)

Masak simple-simple je hidangan buat tetamu. Time-time gini skill masak maggi saya memang sekupang pun tak berguna. Terkubur hasrat orang nak pinang kalau masak maggi je beb! So,apa lagi..time ni la nak buktikan kehandalan untuk menambat hati bakal mertua walaupun hakikatnya saya masak nasi pun kadang-kadang ke laut:P Tapi saya wat masakan kampung je.Maklum laa..saya kan orang kampung je. Ulam & sambal belacan kira ok sket la,kalau tak..kat penang asyik kari je..boring la muka dah macam aney!!Tapi berselera sikit makan masakan kampung ni *bagi pendapat saya la:P


Aww..agen perisik bawa kek laa.Terima kasih:)

                                           


Soalan yang diajukan kepada saya "Adakah saya sudi menerima lamaran tersebut? "
Sape yang nak pinang saya tu ye?Eceehh buat tak tahu plak..lempang kang!


Saya masih tidak menjawab soalan memandangkan tak tahu pula soalan itu perlu dijawab.
 Bajet macam zaman dulu-dulu..diam tanda setuju..muahaha:P

Kek merisik & tepak cincin. Nama atas kek tu kalau orang zaman dulu-dulu tulis kat pokok:P

Sarung cincin time..baju bersilat di dapur mesti bau sambal belacan..cisss!!

Ku mohon restu agar aunty sudi menerima diriku yang debab ni 
      sekaligus mendoakan wani jadi kurus:P

Sayang Ibu Ayah:)


         Seronoknye dapat hadiah..macam menang cabutan bertuah.Terima kasih 
Ami Syaqry & Family:)

Moga ibu ayah senantiasa mendoakan kami:)

Insan-Insan comel dihati saya:)


Alhamdulillah segalanya selesai dengan sempurna.Macam tak percaya cepatnya masa berlalu.Rasanya baru semalam mengayuh basikal roda dua,namun hari ini ada yang sudi menawarkan diri untuk sama-sama meneruskan kayuhan tanpa roda.Akan ada jatuh bangun,luka sini dan sana.Namun moga parut itu membuatkan kita belajar & menjadi lebih kuat untuk sama-sama menerokai kehidupan yang sementara ini. Saling membimbing untuk mengejar bahagia yang abadi *Makk aihh perumpamaan...overr kauu wani :P


Sesungguhnya jodoh,pertemuan,ajal & maut itu milik ALLAH,moga ALLAH membentangkan jalan & mempermudahkan perancangan kami,dan tidak memalingkan hati kami setelah beroleh bahagia.Amin Ya Rabbal Alamin..

Popular posts from this blog

Deco & Gubahan Hantaran

Assalamualaikum
Entry kali ni mungkin saya akan banyak sentuh tentang deco & peralatan asas yang diperlukan untuk gubahan hantaran. Macam saya sendiri, saya tidak peruntukkan bajet yang tinggi untuk dulang/pahar dan sebagainya.Cuma diakui saya banyak buang duit kat minyak kereta sebab banyak survey. Huhu..*Terima kasih Ami Syaqry yang banyak bersusah payah untuk majlis ni.
Untuk pemilihan dulang hantaran, fokus saya lebih kepada yang simple & tak mahal sangat sebab minat saya lebih tertumpu kepada bunga-bungaan:P  Nasihat saya, dalam urusan pertunangan..korang boleh pilih apa saja mengikut minat korang.Nak yang cute?fancy?Belasah je.Tapi berbeza bila sampai bab nikah kahwin, ianya macam sebuah misi yang lebih serius.  Suntikan element ‘exclusive’ dalam urusan nikah kahwin seringkali diberikan keutamaan.*Sembang kencang macam dah pernah kahwin,itu hanyalah pendapat berdasarkan penelitian saya:)
Memandangkan saya tiada pengalaman gubah-menggubah ni, apa yang mampu saya pertaruhkan …

Lollipop Bouquet

Assalamualaikum
Jom kali ni muqaddimah pendek je sebab banyak lagi preparation yang belum siap.Wuaaa…dah start takut!Tinggal 2-3 hari je lagi.Ngeee..
Kali ni nak cerita tentang idea yang tercetus bila saya tengok lollipop chupa chups yang saya beli tu agak membosankan.Jadi saya fikir & fikir..nak buat apa ye kasi lollipup murahan ni nampak cute untuk budak-budak kecik?Ibu kasi idea letak ribbon je:P
Rupa asal lollipop seperti yang kita sedia maklum..colourful & sedap:)
Bila idea dah tercetus, saya pun terus capai creepe paper saya yang berbaki,then terus gunting-gunting dan balut lollipop tu & jadikan ia macam kuntuman bunga.Sesiapa nak pakai tissue paper pun boleh,tapi tissue paper saya dah habis buat bunga haritu.Jadi saya recycle je apa yang ada.Hehhe:P
Bab sepahkan rumah...serahhhh!Haa..ini dia bunga raya bunga kebangsaan:P
Pastu saya mula susun atas polisterin yang saya bikin dalam entry yang lepas. *Berguna gak rupanya polisterin nih:P Saya mulakan dengan bunga kuning tu.…

Malam Berinai

Assalamualaikum
Hujan-hujan cenggini, seronok gak menulis...sambil makan cucur bilis & kopi panas, nyummss!!Entry malam berinai plak kali ni. Rasa tak sabar nak buat entry tergendala yang lain,nak cepat-cepat completekan semua story,tak sabar nak menulis pasal kehidupan yang terkini je.Tapi kena siapkan cerita ikut turutan la rasanya,sebab nak simpan wat kenangan kan:) Biasa la orang sentimental ni:P
Lepas sesi outdoor untuk akad nikah, malam tu terus buat majlis berinai. Wat majlis berinai kecik je..seronok-seronok & gelak-gelak adik beradik je. Selalu orang berinai sebelum akad nikah kan?tapi sunyi la bergambar sesorang. *Walaupun saya memang kaki bergambar & husband adalah sebaliknya:P Tapi seronok tengok gelagat beliau yang cuba beraksi tu.Huhuu! Adik beradik sekeliling pun tak kurang dengan adegan & tips bergambar yang diaorang cadangkan. Lagi over...lagi bagus kata diaorang!Padahal sesaja seronok membahan pengantin baru gituew.Uhukkss:P Walaupun family saya tak …