Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2012

Kemaskini Memori Terindah

Assalamualaikum
Di suatu pagi yang nyaman & indah, berbekalkan bebelan ibu & ayah dek kerana sampai harini saya masih belum mula mengecat bilik. Maka saya pun memulakan langkah awal dengan duduk termenung memikirkan masa depan bilik saya. Bersakit pinggang saya cat sendiri bilik saya zaman cuti-cuti sekolah dulu, sekarang sebagai persediaan awal untuk menerima menantu, ibu & ayah minta jasa baik saya untuk tukarkan bilik bajet barney & friends saya ni kepada suasana yang lebih mendamaikan gitu:P *Nampak sangat bilik saya sebelum ni hiruk pikuk!
Dekat setengah jam saya duduk berfikir, sebab saya memang bukan dalam mood nak pegang berus cat.*karya seni memerlukan mood jiwa yang mendalam:P.Tapi nak tunggu mood, tahun depan belum tentu sampai.Fikir punya fikir konsep apa saya nak buat, last-last hal lain pulak terpacul kat kepala ni. Saya risau kalau satu hari nanti saya akan merindui bilik lama saya.*Cehh!bajet deco bersama eric,tukar almost 100%. Untuk mengelakkan sebarang…

1 Syawal 2012

Assalamualaikum
Sesungguhnya saya tidak memiliki sebarang gambar raya melainkan apa yang telah saya cetak rompak dari folder sepupu sepapat & sanak saudara saya. Thanks korang!Muahxx:)
Alhamdulillah berkesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri pada tahun ni bersama ayah, ibu & sanak saudara di kampung opah saya di Lenggong, Perak. Aktiviti beraya diteruskan dengan acara kunjung mengunjung secara berkumpulan. Saya yang sudah lanjut usia turut tidak terkecuali untuk menyertai aktiviti tahunan kitaorang sejak kecil ni :P

Ini la sungai belakang rumah opah tempat mandi manda kecik-kecik dulu.Skrg air dah cetek:(
LipLap LipLap...Panas Terik!
Bergerak ke rumah Pakcik Azhar..Jalan kaki aje:)
Raya 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ayah with Makteh & Marissa
Makteh & Family :)
Kak Rinni & Husband. Baby Qaseh & Qeisha
Cucu Opah:)
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.Saya mohon maaf salah & silap:)




Tentang Ibu

Assalamualaikum
Susah sangat nak lelapkan mata malam tadi, terfikirkan banyak perkara. Antaranya tentang ibu. Hampir sebulan saya melepak kat rumah ni.Malah tak mula cari kerja pun lagi sejak habis belajar ni.Seronok pulak menghabiskan masa kat rumah.Sejak masuk asrama (2003), inilah kali pertama saya melekat lama kat rumah. Ibu 'bagi muka' habis-habisan mungkin sebab memikirkan ini kali terakhir saya hidup bujang bersenang lenang. Hari-hari saya minta ibu gorengkan nugget tempura. Bukan tak boleh goreng sendiri, tapi mengada-ngada..rasa ibu goreng lagi sedap.Memang melampau!
Ya...saya sedang bercakap mengenai wanita ini. Dia Ibuku!
Sejenak saya terfikir, dengan apa yang telah saya capai hari ini (bukanlah ada apa yang membanggakan sangat pun), cuma jika difikirkan semula..Alhamdulillah, banyak perkara yang telah saya berjaya lalui dengan baik. Persoalannya, apa yang saya capai hari ini adakah benar-benar setimpal dengan usaha saya? Saya suka menghabiskan masa dengan banyak perka…