Tentang Ibu
August 13, 2012
Assalamualaikum
Susah sangat nak lelapkan mata malam tadi, terfikirkan banyak perkara. Antaranya tentang ibu. Hampir sebulan saya melepak kat rumah ni.Malah tak mula cari kerja pun lagi sejak habis belajar ni.Seronok pulak menghabiskan masa kat rumah.Sejak masuk asrama (2003), inilah kali pertama saya melekat lama kat rumah. Ibu 'bagi muka' habis-habisan mungkin sebab memikirkan ini kali terakhir saya hidup bujang bersenang lenang. Hari-hari saya minta ibu gorengkan nugget tempura. Bukan tak boleh goreng sendiri, tapi mengada-ngada..rasa ibu goreng lagi sedap.Memang melampau!
Ya...saya sedang bercakap mengenai wanita ini. Dia Ibuku!
Sejenak saya terfikir, dengan apa yang telah saya capai hari ini (bukanlah ada apa yang membanggakan sangat pun), cuma jika difikirkan semula..Alhamdulillah, banyak perkara yang telah saya berjaya lalui dengan baik. Persoalannya, apa yang saya capai hari ini adakah benar-benar setimpal dengan usaha saya? Saya suka menghabiskan masa dengan banyak perkara melalaikan. Study ala kadar, buat kerja last minute..fokus baru sejam dua dah jemu. Disebalik semua sikap buruk yang saya ada ni, saya ada satu tabiat yang saya lakukan dengan ikhlas dan anggap ia sebagai jalan singkat yang saya suka buat untuk menenangkan hati saya iaitu dengan menelefon ibu di kampung.
Setiap kali perbualan, saya mesti suruh ibu tolong doakan saya. Walhal saya ni baca buku masuk 2 mukasurat pun belum tentu lagi.Saya suka sangat cakap dialog "Ibu tolong doakan wani yee!".Awal perbualan,ditengah perbualan sampai laa nak letak telefon pun saya akan ulang dialog yang sama.Esok lusanya saya akan telefon lagi & buat perangai yang sama.Ibu selalu layankan aje..Bila ibu cakap, InsyaALLAH nanti ibu buatkan solat hajat,hati saya akan berbunga-bunga riang walaupun usaha saya memang tak seberapa. Ayah pulak bicaranya lebih realistik.."Doa ibu ayah memang tak pernah putus..tapi U kena la usaha kuat!Kalau semua usaha last minute, susah la nak cemerlang!". Saya akui saya pilih bidang engineering sebab pilihan & dorongan ayah, bukanlah atas minat yang mendalam. Cukuplah tahun pertama saya menyuarakan "wani tak minat langsung course ni!". Daripada luluh hati ayah berterusan mendengar statement yang sama berkali-kali, saya teruskan juga perjuangan kerana saya yakin apa yang saya buat ni ada restu ibu ayah & ada doa mereka mengiringi.
Pertama kali seingat saya, saya meletakkan usaha yang lebih adalah pada tahun terakhir pengajian. Iaitu ketika saya berhadapan dengan final year project. Inilah kali pertama saya menyediakan presentation slides lebih awal dari kebiasaan. Saya mulakan latihan, kuatkan pemahaman. Pendek kata saya meletakkan sedikit usaha, walaupun mungkin tak sebanyak mana..tapi ianya luar dari kebiasaan diri saya. Saat saya melakukan presentation yang paling penting & kritikal baru-baru ini, serentak itu juga ibu saya melakukan solat hajat..berdoa agar ALLAH membantu anaknya ini.Dan Alhamdulillah, terlalu banyak perkara & urusan yang dipermudahkan.Malah feedback yang saya terima sangatlah memberangsangkan.Ianya seolah-olah seperti sebuah keajaiban:)
Mulai hari itu saya yakin bahawa berkat doa ibu itu banyak membantu 'menyelamatkan' kita dari pelbagai bentuk kesukaran. Namun doa ibu yang diringi dengan usaha anak itu sendiri pasti akan menjadikan kita insan cemerlang. Bagaimana pula bila ibu telah tiada?Terputuskah doa ibu buat kita? Ya..Benar, maka hilanglah satu keberkatan dalam hidup kita bila tiada lagi doa seorang ibu yang mendoakan kita. Apa yang mampu saya katakan, Terima Kasih Ibu atas Doamu yang sentiasa menjadi senjata yang paling ampuh dalam setiap perjuanganku. Moga doaku, anakmu yang hina & kerdil disisi ALLAH ini mampu 'diterima' sebagai doa seorang anak buat ibunya.Amin..
Seorang ibu mampu membesarkan 10 orang anak..Namun 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.Subhanallah!Hebatnya ibu kita:) Hebat jua cabaran untuk kita sebagai anak..Mampukah kita?Berdoalah moga diberikan kita kekuatan.InsyaALLAH..
0 comments