Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Bertandang

Assalamualaikum

Inshaallah.. bertandang ni dah dikira episode akhir entry perkahwinan. Makanya boleh berkongsi perihal atau memori lain pulak lepas ni..Inshaallah:)

Majlis bertandang sebelah lelaki yang berlangsung keesokkan harinya di Ipoh, Ahad 3/3/2013. Alhamdulillah berjalan dengan baik. Fuhhh!! jauh lebih relax rupanya majlis bertandang ni bagi pengantin perempuan, datang bawa badan je.Selebihnya mama papa dah uruskan semua. Kalau di Penang pun sama, bab-bab catering semua pengantin tak payah nak serabut fikir, ibu ayah dah selesaikan semua.Paling rajin pun turun padang tengok orang pasang khemah jela:p tu pun tak menyempat nak buat.Terima kasih mama papa & ibu ayah:)

Untuk persalinan di Ipoh, mama dah belikan kain lace untuk majlis tersebut. Dah pernah story dah pun kat entry kain bertandang dulu. Makanya, tinggal nak bikin baju je. Kecuali persalinan husbandku kena cari yang sedondon. Alaaa..susah apa, duchesse satin kat Jakel kan banyak. Pilih je warna apa yang berkenan d…

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum
Sambungan dari entry malam berinai tu, keesokan harinya Sabtu, 2.3.2013 terus berlangsung kenduri sebelah perempuan di Penang. Memang sekali harung je kenduri kitaorang ni.Lusanya, Ahad kenduri pihak lelaki pulak di Ipoh.*next entry cheq story:)
Untuk kad kahwin,kitaorang bincang untuk design yang simple sebab husband saya pun suka design yang clean & simple. Tapi apa yang paling penting, ibu ayah selalu pesan..kita taknak ada kad kahwin mahal+kad kahwin murah, maksudnya kad untuk vip design lain,untuk orang kampong design lain. Kita nak raikan semua tetamu sebagai tetamu istimewa.Tiada vip,vvvvip atau jkkkkk..Opsss!bermakna semua tetamu kami adalah dihargai.Walaupun sebagai tuan rumah kami mohon maaf, mungkin banyak kekurangan dari pihak kami,tapi keikhlasan layanan dalam menerima tetamu tu menjadi suatu perkara yang amat ayah & ibu titikberatkan.Jadi untuk seluruh orang kampong saya yang dijemput & rakan-rakan tersayang, saya edarkan kad yang sama. Sebab…