Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Tentang Aku & Dia

Assalamualaikum
InsyaALLAH..esok 3.3.2012 saya akan bergerak ke satu fasa yang tak banyak beza, tapi selangkah hampir dengan sebuah komitmen dengan seseorang yang saya sendiri tak pernah terfikir bahawa kami telah menempa jalan sejauh ini. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan segala ujian, dugaan & kebahagiaan yang telah ALLAH aturkan untuk mendekatkan kami.
Awal perkenalan kami di MRSM Taiping 2003(saya form 4) hanyalah sebagai senior-junior. Bermula dari sebuah program (caring brother,caring sister) *cehh..nama program tak nak kalah.Hhaha:P  program dimana para junior perlu  mencabut undi untuk nama caring brother/sister masing-masing. Bila tiba giliran saya,saya pun selawat segala bagai..dengan lafaz Bismillah saya cabut segulung kertas yang bila saya buka,nama yang tertera diatasnya ialah ‘AMI’.Ingatkan saya dapat caring sister nama Amirah/Aminah?Tekaan saya silap..dapat bro la der!caring brother la kira ni babe! Wuhuhee:P
 AMI MOHD SYAQRY B. AHMAD  


Ami Syaqry di zaman kurus belia…