Tentang Aku & Dia

March 02, 2012


Assalamualaikum

InsyaALLAH..esok 3.3.2012 saya akan bergerak ke satu fasa yang tak banyak beza, tapi selangkah hampir dengan sebuah komitmen dengan seseorang yang saya sendiri tak pernah terfikir bahawa kami telah menempa jalan sejauh ini. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan segala ujian, dugaan & kebahagiaan yang telah ALLAH aturkan untuk mendekatkan kami.

Awal perkenalan kami di MRSM Taiping 2003(saya form 4) hanyalah sebagai senior-junior.
Bermula dari sebuah program (caring brother,caring sister) *cehh..nama program tak nak kalah.Hhaha:P  program dimana para junior perlu  mencabut undi untuk nama caring brother/sister masing-masing. Bila tiba giliran saya,saya pun selawat segala bagai..dengan lafaz Bismillah saya cabut segulung kertas yang bila saya buka,nama yang tertera diatasnya ialah ‘AMI’.Ingatkan saya dapat caring sister nama Amirah/Aminah?Tekaan saya silap..dapat bro la der!caring brother la kira ni babe! Wuhuhee:P

 AMI MOHD SYAQRY B. AHMAD  


Ami Syaqry di zaman kurus beliau:P (Majlis Graduasi MRSM Taiping 2003) Muka saya cam makcik koperasi jerk:P

Jalan cerita kitaorang banyak gak la drama-drama babak hindustan tu..*Hero kerek,heroin bajet.Tapi Alhamdulillah,setahun lepas tu tak sangka nama yang dulunya atas kertas,sekarang dalam hati. *Poyo siott ko wani! Rasa nak pukul guna tombak:P lagu paling makan dalam dari zaman dulu sampai sekarang ialah 'If You're Not The One' by Daniel Bedingfield.* siap nak lagu-lagu bagai..memang sah la ko ni! hahadooii:P dengar pakai walkman je time tu:)

Kami tak macam pasangan lain, jarak telah memisahkan bila dia dah lanjutkan pengajian tapi saya baru nak ambil SPM.Jarak beribu batu terus memisahkan.Tapi takdir ALLAH itu mampu mendekatkan utara & selatan, timur & barat.Alhamdulillah, pertengahan tahun 2011 mendekatkan aku & dia. *Alaa..dgn caring brother td tu la:P Kemajuan teknologi juga diakui sangat-sangat membantu.Nak ambil peluang ni nak ucapkan terima kasih kepada YM & Friendster serta kawan-kawan terdekat yang banyak membantu menceriakan hidup kami:)

Dia yang ku kenal..dari rambut pendek,panjang,botak,pendek,panjang..blablabla:P

Kami punya cara tersendiri dalam mengisi kekosongan masa:P

Kepada pasangan jarak jauh,korang jangan la sedih-sedih.Sepanjang berjauhan kami teruskan hidup kami dengan bergembira bersama kawan-kawan,bersiar-siar,beriadah,melompat,menyanyi & makan-makan.*dengar cam tak berfaedah je semua kan? 

Lunch bersama Hana Tajima

Lunch atas jambatan kot:P

Modelling..sekadar mengisi masa lapang:)

Model/Duta Nutella? Muka nak kena jambu:P

Hari sabtu..tak pernah tak lepak!Chic Pop!

Beraktiviti

Melepak di Old Blossom Box

Mendaki Bukit :P

Bermandikan sinaran mentari di Pantai Queensbay

Berkelah

Lepak jumpa bff..Shazwani Pawan

Lepak ats batu dgn abg Hisyam

Lepak tahun baru

Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia..makanan ayam penyet Indonesia

Dato' Seri Anwar Ibrahim

4 Teruna Pingitan:P

Kakak2ku..sayang selalu

Hitam manis pilihanku..Haha!

My roomate..Nurul Baiti.Curik!Curik!Haha:P

Ambil angin malam sambil cari ilham:)

My coursemate..penghibur jiwa:)

Gaya terhangat di pasaran gitu:P

Nampak tak??saya asyik lepak makan je??Kalo dekat 5 tahun rutinnye makan je,tak hairan la dengan apa yang berlaku dengan saya sekarang ni:( Penantian bukan satu penyeksaan, tapi penantian mampu menaikkan berat badan:(

Selebihnya, berdoalah..mohon pada ALLAH moga diteguhkan hati,dikuatkan jodoh.Kita manusia hanya mampu merancang,namun ALLAH jualah sebaik-baik perancang.

Apa yang kita mampu buat adlh sama-sama teruskan berdoa:)

Sebagai manusia biasa, yang tiada daya melaksanakan segala impian seperti yang direncana..kami hanya mampu berdoa moga ALLAH menguatkan apa yang lemah di hati kami, memudahkan urusan & impian, membimbing kami untuk terus hampir denganNya, mengurniakan kami rasa CINTA hanya kerana ALLAH. Dengan berkat restu keluarga kedua belah pihak,moga  majlis pertunangan kami esok berjalan dengan lancar.InsyaALLAH..


Nak menambahkan lagi kepoyoan, nak taruh gak la lagu pertama yang Ami Syaqry memula kasi saya dulu:P Syok sendiri je bila layan lagu ni sesorang..


If You're Not The One by Daniel Bedingfield (2003)
'Cause I miss you, body and soul so strong that it takes my breath away
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today
Cause I love you, whether its wrong or right
And though I can’t be with you tonight
And know my heart is by your side'

You Might Also Like

0 comments