Ali Imran

BERTAPA CARI SET BERPANTANG

November 08, 2017

Assalamualaikum lovelies!

Ali Imran tengah tidur ni, wanie nak berkongsi pengalaman cari set berpantang anak ke-2. Yang Allah izinkan jauhhhh lebih baik keadaan berpantang dari yang sulong dulu. 

Mungkin sebab pengalaman berpantang dulu buat wanie serik(next entry wanie story taw) Sampaikan kepala ni dah mula merangka-rangka anak ke-2 ni wanie nak berpantang tiptop, 5 star bagai.

Jadi bermulalah misi giat survey set berpantang. Nak berpantang tiptop lah katakan:p 

Mula-mula hati terpaut pada 1 jenama traditional ni, punya kaji bagai nak rak..tapi nampak fungsinya lebih untuk bantu kembali slim. Anak jaundice tak boleh makan pulak.Aduhaii..risau tak habis macam set berpantang anak sulong dulu je.

Concern wanie yang dah 83kg pada saat tu tentu-tentu la nak slim. Tapi taknak ganggu penyusuan, nak ceria-ceria,meriah-meriah belaka harapan waktu tu. Nak cepat pulihkan luka, taknak jalan mengesot cam dulu. Nak bertenaga, dapat sokongan dari dalam.

 Sebab anak sulong dulu set berpantang banyak fokus luaran je.Oh seksa! cukup la sekali lemah terkulai tak bertenaga. Wanie taknak ganggu anak jaundice jugak. Bayangkanlah kalau baby jaundice 2 minggu? Takkan la after 2 minggu  wani yang badan dah lemau,lembik masuk angin ni baru nak berpantang sempurna kan?

Punya la banyak 'taknak' waktu tu..semuanya gara-gara serik pengalaman dulu. 

Akhirnya wanie study cari info sana sini, borak dengan kawan-kawan..ramai sangat bagi positive feedback. Akhirnya wanie nekad nak cuba set berpantang shaklee. 



Set berpantang dah sampai kat office, wanie tak bersalin lagi. So wanie pun excited giler la nak try sebelum bersalin. Dengan perut boyot tapi masih perkasa tu..wani usung kotak brader Gdex hantar tu bawak balik rumah.

harini order,esok dah sampai..lalala!

Malam tu sebelum tidur ambil ostematrix, Alhamdulillah...untuk malam pertama kakiku tak cramp! Tapi tak cukup kagum lagi..esok nak try ESP pulak!

Esok pepagi sebelum gi mengajar tu wani shake ESP. Siap pakej kalut tak sempat breakfast! Guess what? class 2 jam direct kat kolej tu tak terasa pun.Boleh berdiri steady je walaupun waktu tu kaki memang dah bengkak-bengkak, pinggang pun macam dah tak boleh laras:p 

Habis class pukul 1 baru teringat yang tak makan lagi. Pelik! takde la selera raksasa macam selalu. Tapi lelaju jugak balik lunch sebab nak isi perut jugak.

Alhamdulillah sempat wanie menjalani rutin ni dalam seminggu sebelum bersalin. Terkilan juga tak rasa nak cuba dari awal kandungan.Sampaikan berat badan dulu naik tak terkawal. 

Tapi takpe,jodoh kami mungkin lewat sedikit, tapi kenangan manis bersama wanie tak pernah lupa. Malah setia sampai harini.

Nanti wanie share pengalaman bersalin pulak ye. Sudi-sudikanlah jenguk blog picisan wanie ni. 

Eh,kalau nak order dari wanie pun boleh saja taw,nanti wanie guide & kita boleh kongsi-kongsi pengalaman. Roger je whatsapp wanie di 019-5150 945

moment last melepak dengan kawan-kawan before bersalin..Inilah gambo wanie yang paling slim:p




Activity

INGAT SIS TAK?

November 03, 2017

I'M BACK!!

Assalamualaikum lovelies! Wowww!! Masih ada ke yang ingat kewujudan blog wanie ni? Lama sungguh rasanya tak curahkan idea menulis kat blog.

Tapi bukan tak rindu...

Perkongsian terakhir pun tentang majlis kahwin je. Cer bayang sekarang dah anak 2? Ohmaii..kau nak mula cerita dari mana ni wanie?

Melihatkan anak-anak bujang yang kian membesar depan mata, rasa sayang kalau wanie tak simpan kenangan kisah mereka dibesarkan.

Rasa rugi jugak kalau tak sama-sama berkongsi idea & minat dengan geng mak dara & gadis-gadis kesayangan.

Kalau ada yang tertanya kenapa header blog 'AND EASE MY TASK FOR ME 20:26' ?

Haa...walaupun wanie bukan ustazah, tapi korang boleh rujuk surah Taha 20:26.

Analoginya wanie hanyalah seorang hamba yang dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar masalah semuanya mengharap pada Allah untuk dipermudahkan segala.

Sungguh tak mampu diri ini nak menanggung sendiri walau hanya sesaat.

Wanie doakan semua geng yang singgah baca blog ini diberikan jiwa yang tenang berbahagia, sentiasa positive & ceria selalu.

Salam Sayang wanie untuk semua geng yang dirindui.

                                   Ammar Naufal & Ali Imran sabotaj birthday daddy:p

Love

Kemaskini Memori Terindah

August 26, 2012

Assalamualaikum

Di suatu pagi yang nyaman & indah, berbekalkan bebelan ibu & ayah dek kerana sampai harini saya masih belum mula mengecat bilik. Maka saya pun memulakan langkah awal dengan duduk termenung memikirkan masa depan bilik saya. Bersakit pinggang saya cat sendiri bilik saya zaman cuti-cuti sekolah dulu, sekarang sebagai persediaan awal untuk menerima menantu, ibu & ayah minta jasa baik saya untuk tukarkan bilik bajet barney & friends saya ni kepada suasana yang lebih mendamaikan gitu:P *Nampak sangat bilik saya sebelum ni hiruk pikuk!

Dekat setengah jam saya duduk berfikir, sebab saya memang bukan dalam mood nak pegang berus cat.*karya seni memerlukan mood jiwa yang mendalam:P.Tapi nak tunggu mood, tahun depan belum tentu sampai.Fikir punya fikir konsep apa saya nak buat, last-last hal lain pulak terpacul kat kepala ni. Saya risau kalau satu hari nanti saya akan merindui bilik lama saya.*Cehh!bajet deco bersama eric,tukar almost 100%. Untuk mengelakkan sebarang rasa terkilan, saya rakam sebahagian objek yang saya sayang.

Fresh flower hanya wujud kalau saya lepak lama kat rumah.Kalau tak..jangan harap!saya suka ada makhluk hidup dalam bilik saya:P

Bunga palsu kesayanganku! 

Gigih saya pasang wallpaper ni zaman awal remaja dulu...Selamat Tinggal Baby:(

Album pertunangan yang saya sayang..

Baru saya perasan, saya tak pernah taruh gambar orang istimewa dihati saya dalam bilik.Mungkin segan kot:P  *Ohh!pemalunya saya:P Tapi segala pemberiannya saya simbolikkan sebagai hiasan yang menyerikan segenap bilik saya.

Walaupun dia cakap Disneyland tak best...tapi saya suka gift ni:)

Wondergirl? Wonderpets? 'W' for wani..cam tahu-tahu je saya memang gila pangkat & suke syok sendiri:)

Audi TT kesayangan..hari-hari drive dalam mimpi sampai tercabut tayar depan:P

3 ekor kesayangan. Ribbon biru yang mula-mula saya dapat (2003)
Dari kiri: London,Aremy,Wunny

Lolibum yang manja..teman tido saya:) Gonna miss u!

Selamat tinggal cadar riang ria,powerpuffgirl & rainbow..
lepas ni mesti banyak koleksi yang plain je kan? boringgg:/

Sayonara playgroundku!!

Sedang feeling saya menyelongkar barang-barang simpanan, terjumpa pulak kotak kuning dikhuatiri berpuaka ni:P Jom ushar ada apa kat dalam.Langkah berjaga-jaga boleh sediakan baldi, kot loya tekak kan:P

Ada jugak jasa DHL kat saya ni:P

Jengg..Jengg..Jengg..la sangattttttt....

Tadaaaa!!! Rindunya kat semua ni!

Ami Syaqry takkan mengaku dia pernah buat semua ni.Muahahaha!! 
Mana dia layan lagu-lagu bagai ni skrg:P

Poskad dari orang yang sama..dipos dari tempat yang berbeza:)

Too Cute:)

Manusia yang mula-mula jadikan nama saya WANIE ROSLI. 
Terima kasih sebab kekalkan nama ayah saya:) Ni zaman sekolah,pakai posmen upahan je:P

Ni akibat kalo senior dah abes skola..tapi masih tak bole lupakan junior.Uweeeekkkk!!

Yippiee!! Dah abes skola+Kad raya terakhir!

Ini diaaa...paling kesayangan.Album zaman kanak-kanaknya.
Kalau rasa nak marah, tengok ni boleh ketawa mengilai. Cute macam Humpty Dumpty!

Dapat Cadbury berbeza saiz...Ada unsur rasuah ni:P

Selamat tinggal bilik riang riaku! Apa pun rupamu selepas ni, kau tetap akan menjadi gudang simpanan semua pemberian & khazanah kenangan terindahku. Saya sayang bilik saya:)

Family

Tentang Ibu

August 13, 2012

Assalamualaikum

Susah sangat nak lelapkan mata malam tadi, terfikirkan banyak perkara. Antaranya tentang ibu. Hampir sebulan saya melepak kat rumah ni.Malah tak mula cari kerja pun lagi sejak habis belajar ni.Seronok pulak menghabiskan masa kat rumah.Sejak masuk asrama (2003), inilah kali pertama saya melekat lama kat rumah. Ibu 'bagi muka' habis-habisan mungkin sebab memikirkan ini kali terakhir saya hidup bujang bersenang lenang. Hari-hari saya minta ibu gorengkan nugget tempura. Bukan tak boleh goreng sendiri, tapi mengada-ngada..rasa ibu goreng lagi sedap.Memang melampau!

Ya...saya sedang bercakap mengenai wanita ini. Dia Ibuku!

Sejenak saya terfikir, dengan apa yang telah saya capai hari ini (bukanlah ada apa yang membanggakan sangat pun), cuma jika difikirkan semula..Alhamdulillah, banyak perkara yang telah saya berjaya lalui dengan baik. Persoalannya, apa yang saya capai hari ini adakah benar-benar setimpal dengan usaha saya? Saya suka menghabiskan masa dengan banyak perkara melalaikan. Study ala kadar, buat kerja last minute..fokus baru sejam dua dah jemu. Disebalik semua sikap buruk yang saya ada ni, saya ada satu tabiat yang saya lakukan dengan ikhlas dan  anggap ia sebagai jalan singkat yang saya suka buat untuk menenangkan hati saya iaitu dengan menelefon ibu di kampung.

Setiap kali perbualan, saya mesti suruh ibu tolong doakan saya. Walhal saya ni baca buku masuk 2 mukasurat pun belum tentu lagi.Saya suka sangat cakap dialog "Ibu tolong doakan wani yee!".Awal perbualan,ditengah perbualan sampai laa nak letak telefon pun saya akan ulang dialog yang sama.Esok lusanya saya akan telefon lagi & buat perangai yang sama.Ibu selalu layankan aje..Bila ibu cakap, InsyaALLAH nanti ibu buatkan solat hajat,hati saya akan berbunga-bunga riang walaupun usaha saya memang tak seberapa. Ayah pulak bicaranya lebih realistik.."Doa ibu ayah memang tak pernah putus..tapi U kena la usaha kuat!Kalau semua usaha last minute, susah la nak cemerlang!". Saya akui saya pilih bidang engineering sebab pilihan & dorongan ayah, bukanlah atas minat yang mendalam. Cukuplah tahun pertama saya menyuarakan "wani tak minat langsung course ni!". Daripada luluh hati ayah berterusan mendengar statement yang sama berkali-kali, saya teruskan juga perjuangan kerana saya yakin apa yang saya buat ni ada restu ibu ayah & ada doa mereka mengiringi. 

Pertama kali seingat saya, saya meletakkan usaha yang lebih adalah pada tahun terakhir pengajian. Iaitu ketika saya berhadapan dengan final year project. Inilah kali pertama saya menyediakan presentation slides lebih awal dari kebiasaan. Saya mulakan latihan, kuatkan pemahaman. Pendek kata saya meletakkan sedikit usaha, walaupun mungkin tak sebanyak mana..tapi ianya luar dari kebiasaan diri saya. Saat saya melakukan presentation yang paling penting & kritikal baru-baru ini, serentak  itu juga ibu saya melakukan solat hajat..berdoa agar ALLAH membantu anaknya ini.Dan Alhamdulillah, terlalu banyak perkara & urusan yang dipermudahkan.Malah feedback yang saya terima sangatlah memberangsangkan.Ianya seolah-olah seperti sebuah keajaiban:)

Mulai hari itu saya yakin bahawa berkat doa ibu itu banyak membantu 'menyelamatkan' kita dari pelbagai bentuk kesukaran. Namun doa ibu yang diringi dengan usaha anak itu sendiri pasti akan menjadikan kita insan cemerlang. Bagaimana pula bila ibu telah tiada?Terputuskah doa ibu buat kita? Ya..Benar, maka hilanglah satu keberkatan dalam hidup kita bila tiada lagi doa seorang ibu yang mendoakan kita. Apa yang mampu saya katakan, Terima Kasih Ibu atas Doamu yang sentiasa menjadi senjata yang paling ampuh dalam setiap perjuanganku. Moga doaku, anakmu yang hina & kerdil disisi ALLAH ini mampu 'diterima' sebagai doa seorang anak buat ibunya.Amin..

Seorang ibu mampu membesarkan 10 orang anak..Namun 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.Subhanallah!Hebatnya ibu kita:) Hebat jua cabaran untuk kita sebagai anak..Mampukah kita?Berdoalah moga diberikan kita kekuatan.InsyaALLAH..

Birthday

I am 25 years old girl

July 09, 2012

Assalamualaikum

Terlebih dahulu, Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-28 tahun untuk ibu & ayah tersayang (7/7/84). Moga ALLAH memelihara rasa cinta,kasih & sayang dalam hati kita sekeluarga. Moga ibu & ayah dikurniakan kelapangan jiwa, kegembiraan hati & kesihatan yang baik untuk beramal ibadat.InsyaALLAH.. Tak sabar nak balik Penang Ramadhan ni:) Selamat Hari Lahir juga buat bakal mama mertua, Pn.Miskiah Rais (4/7/56).Moga aunty selalu berada dalam Rahmat & kasih sayang ALLAH,serta berbahagia selalu disamping keluarga & cucu tersayang, Ummar Raimy B. Ammie Syaffieq.


Obsess betol saya dengan umur 25 tahun ni sebab 12 tahun lalu saya selalu terfikir tentang diri sendiri pada usia 25 tahun.*Mmg dari kecik dah kuat berangan:P Alhamdulillah masih diizinkan ALLAH untuk bernafas di atas muka bumi ini & didampingi oleh insan-insan yang tak lokek kasih sayang mereka untuk dikongsi.Terima kasih yang tak mampu dikira dengan jari,dihitung dengan kalkulator, wang ringgit & harta benda buat ibu yang melahirkan wani ke dunia ni (8/7/87).Penantian selama 3 tahun pasangan comel ni dimaqbulkan apabila dikurniakan seorang anak perempuan yang kuat ketawa, menggelabah & kuat makan ni:P Lahir-lahir je kat dunia tapak kaki kiri & kanan dah ada tahi lalat, memang kuat sungguh berjalan.*Ada kena mengena ke?:P Tapak tangan pun ada tahi lalat gak,kata orang..boleh bisu taw kalau makan penampar dari tapak tangan bertahi lalat ni:P Woiihh..hang merapu apa ni wani? Ok,berbalik kepada konteks asal kita ye*macam mesyuarat kabinet! 


Diberi nama Nurhazwani Bt Rosli  yang bermaksud 'Cahaya pemberianku anak perempuan Utusanku' *Hameekk..siap dengan maksud nama ayah sekali.Mesti laaa..nama ayah memang saya tak boleh tinggal.Sebab ayah ni dekat sangat kat hati saya:) Dari maksud nama saya kadang-kadang terfikir & terdetik di hati, "Apa sumbangan aku?", "Sebagai seorang anak,apa yang boleh dibanggakan tentang aku?" Cari punya cari jawapan..memang tak jumpa babe! Bila dah tak jumpa tu,mula la nak menggelabah.*sambil terduduk..tangan kiri pegang dahi,tangan kanan digenggam erat,then tumbuk-tumbuk lantai:P Kemonnn wani...sepanjang 25 tahun buat apa?Buat bodoo kaa? *Ada jugak laa..kerap gak berbuat demikian:(

Sambutan Hari Lahir tahun ni memang sangat-sangat berbeza la.Dah takde partayyy liar cam selalu:P Lepak makan je semata.Kek pun makin kecik!Besor sket je dari cupcake:P Cuma bezanya, ucapan hari lahir dari ibu & bakal mertua tahun ni semakin panjang lebar dari sebelum2 ni.Hehehee.. yela, seram kot tengok anak/bakal menantu yang asyik hiphip horeyyy cam saya ni! InsyaALLAH..Hari lahir tahun ni bakal menjadi sambutan terakhir saya sebagai bujangan.Tolong doakan ye:) Terima kasih ibu/ bakal mama mertua atas ucapan, nasihat & doa kalian.Moga wani dapat menjadi 'seseorang' yang lebih berfungsi untuk diri sendiri & keluarga.Amin..

Bajet birthday girl sangattttt sebab pakai baju ayah hadiahkan..kasut pun ayah hadiahkan time bertunang dulu.Terima kasih ayah:)

Bajet seni di Delicious..

Ini nama dia..melepak!sape tak reti lepak..meh nak ajar:P

Bantal-bantal ni menggalakkan saya untuk tido:P

My Birthday cake yang kecik genit, comel & montel:)

Dia & Latte..saya bukan penggemar coffee.Tapi suke gak poww orang punye!

Asyik ulang tayang muka sendiri..biasa laa..dah kata birthday girl kann:P

Ok foinee...Ami Syaqry nak gambo dengan cake jugak:P

Makan timee..nun jauh di Korea!Kitaorang gi Dubu-Dubu di Midvalley yang menyajikan masakan Korea. Seronok makan kat sini,ramai student UM. Rasa cam cinta kampus gitueww:P

Kami bukan k-pop follower! Blurr gilaaa nak order apa:P

Spicy Toppoki!

Zoom sket..Sayur-Mayur gitu:P

Gileerr ahh...Pedas!!Tapi sedap:)

Spicy Chicken

Citreon Dubu

Dinner:)

Jambu VS Senget

Bakar-Bakar

Ngaapp..Ngaapp..

Hari lahir saya yang paling mudah.Hehe..borak,bincang & makan. Mungkin lebih banyak tanggungjawab yang perlu saya galas selepas ini, masih banyak yang perlu dipelajari dalam masa yang singkat. Tapi saya seronok untuk explore, untuk belajar, untuk tahu:) Yessss! Saya dah bersedia..InsyaALLAH..
































Family

AYAH

May 29, 2012

Assalamualaikum


Ayah!Ayah! Wani Sayang Ayah! I Love You So Much. Sangat susah kalau bercerita tentang ayah sebab tempat ayah selalu di hati saya.Bila perlu diluahkan tentang ayah, ianya akan menjadi satu ayat yang sangat susah untuk diatur kerana hanya ALLAH yang Maha Mengetahui betapa bertuahnya saya dianugerahkan seorang ayah yang menghabiskan separuh hayatnya untuk mendidik saya, untuk bersabar dengan saya,untuk memegang tangan saya jatuh & bangun, untuk menukarkan air mata saya kepada semangat & kekuatan, untuk bersama saya membuat keputusan penting dalam hidup & untuk melihat kebahagiaan saya. Alhamdulillah..kerana hari ini,saya masih diberi kesempatan untuk mendengar suara ayah. Suara yang saya akan rindu sampai bila-bila...


Tiada bentuk penghargaan yang mampu saya balas,tiada majlis hebat atau hadiah mahal yang mampu saya beri sebagai penghargaan. Namun jika jarak & masa itulah yang menjauhkan kita.. mungkin itulah yang perlu saya belajar 'curi' dari hidup saya. Saya perlu curi lebih masa untuk telefon & dengar suara ayah.Saya perlu curi lebih masa untuk balik kampung tengok muka ayah. Setelah sekian lama hanya ucapan hari lahir yang mampu saya luahkan di corong telefon. Namun di usia ayah 56 tahun baru-baru ini (25 MAY 1956). Alhamdulillah atas pelbagai urusan lain sebagai hikmah, sempat juga saya mencuri masa untuk pulang meraikan bersama-sama ibu & ayah. Terima kasih Ami Syaqry & kawan-kawan yang turut menemani.

Syukur..masih diberikan kesempatan utk moment seperti ini

Ayah..Hero Pertamaku!Sayang Ayah..

Doa Ibu..senjata paling penting bagi saya:)

Terima kasih Mai,Nadia,Tahsriq & Ami Syaqry:)

Pendekatan seorang ayah itu mungkin berbeza. Ada yang lembut tutur nasihatnya, ada yang tegas, ada yang bengis lagaknya. Bersyukur andai kita punya ayah yang nasihatnya kita bawa kemana-kemana, namun andai sebaliknya..bagaimana sekalipun pendekatannya sebagai seorang ayah, percayalah...dalam hati setiap ayah kita, anak mereka adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki & ketahuilah besar sungguh harapan mereka terhadap kita. Sejauh mana kita melangkah, bagi yang masih memiliki ibu & ayah..selain berdoa,marilah kita sama-sama berusaha mencuri masa untuk diluangkan bersama mereka selagi masih ada hayat. Namun jika ibu & ayah telah tiada..doa seorang anak itu sebagai medium penghubung kasih sayang yang tak pernah berakhir. InsyaALLAH.

Untuk ibu & ayah.. Wani takkan mampu balas jasa ibu & ayah. Tapi wani harap wani mampu bahagiakan ibu & ayah. Moga doa dari ibu & ayah sentiasa memudahkan impian & cara untuk wani laksanakannya. Amin.

Selamat Hari Lahir yang ke-56 tahun Ayah!

Sayang Ibu...Sayang Ayah...

Engagement

My Engagement 3.3.2012

May 01, 2012

Assalamualaikum

Akhirnya..setelah hampir 2 bulan berlalu barulah saya berkesempatan nak bercerita lanjut tentang majlis pertunangan yang lepas. Mungkin dah lapuk untuk dikongsi, tapi ianya sesuatu yang bermakna untuk saya pahatkan dihati & di blog riang ria saya ni:)


Tapi cerita pun tak cerita sangat la kan, previous post dah banyak cerita.Makanya entry kali ni ringkas abes & agak skema, tapi banyak gambar je.Juling-juling mata tengok!Untuk saudara-mara & sahabat handai yang hadir, jutaan terima kasih saya ucapkan. Mohon ampun & maaf kalau ada salah & silap, terkurang layanan atau sebagainya. Budi baik kalian sangat saya hargai. Kalau saya ada terlepas pandang gambar korang takde ke, nanti roger-roger taw:)


Layankan ajee...









Rombongan dah sampai..mesyuarat dulu:P




Sesi menyarung cincin:)



Thank you aunty..Love you:)


Okey..sesi bergambar bersama insan-insan yang dekat dihati:)





Sesi bersama gadis-gadisku yang manja..awwww.Muahxxx...sayang korang!





Dengan Ami Syaqry pulak:)


Terima kasih semua yang terlibat.Dari crew,ahli keluarga kedua belah pihak,kawan-kawan semua.Kalian umpama pelangi yang menceriakan hari bahagia saya.Tudiaaaaa aihh perumpamaan..Apa yang penting,saya sayang semuaaaaaaa...