BAJU VS MAKEUP
November 22, 2017
Assalamualaikum.
Alhamdulillah dah selesai kenduri adik ipar wanie. Didoakan pasangan Age & Amalina berbahagia hingga ke Jannah.
ada tambahan ahli baru sebaya ammar..cer cari:p |
Jadi tujuan sebenar menulis ni sebab wanie nak kongsikan serba sikit idea untuk kawan-kawan yang berhajat nak tempah baju atau makeup untuk sebarang event. Dari segi harga wanie boleh katakan berbaloi sebab segala urusan dari A to Z semuanya mudah, tak renyah or leceh, hasil kerja pun puas hati. Memadai untuk tampak presentable di hari bahagia family kita.
Sebab kalau pengalaman tempah baju kahwin dulu memang lain la sentuhannya, setiap perincian sangat detail & halus. Komitmen u kat baju tu pun..perghh..perghh..nak cari material,nak fitting segala bagai.Oh letih! Zaman sekarang ramai yang suka tempah dekat IG je kan? tambah pulak bila raya, designer tu buatkan complete baju melayu suami & anak-anak sekali.
suke la husbandku dapat sedondon dengan i tu..muahaha |
Tapi wanie nampak macam harapan la nak tempah baju satu family macam tu sebab husbandku memang ada tailor dia sendiri yang dipercayai dari dulu,kini, selamanya agaknya. Tailor tu kiranya sangat tabah dengan perubahan size badan husbandku yang sekejap comel,sekejap sado tu:p
Dewan Jubli Perak Politeknik Ungku Omar |
Dipendekkan cerita, ini percubaan pertama wanie hantar baju ke bangunan Mara yang tepi sogo tu. Bukan taknak hantar kat tailor kahwin dulu..tapi harga 2017 untuk baju biasa pun dah wow caras baju pengantin agaknya. Lagipun kami nak tempah secara berjemaah kan.Baju mama,baju biras semua.
Tapi bila korang masuk kat bangunan mara tu memang ramai sangatlah tailor berbakat.Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Jadi kalau untuk baju wanie ni..wanie tempah kat R.I collection. Butik menghadap kedai kad kahwin nostalgia wanie tempah kad undangan dulu:)
Kekdahnye butik ni korang request la design saloma ke, hetty koes endang ke semua boleh...tapi dengan syarat, material semua sedia sendiri. So korang yang berhajat nak letak lace ke,combine dengan chiffon ke,kena ada ilmu la nak pakai berapa meter total kain. Kalau tak, boleh whatsapp Dewi pembantu kedai dulu tanya design gini nk guna berapa meter? Haa..itu tips tak menyesal dikemudian hari ye.
Untuk makeup pulak, ini paling pantas sekali wanie buat kerja.Sebab last minute. Setengah jam je scroll kat IG,cari MUA sekitar Ipoh, zass zass terus cari hashtag muaipoh...jumpa la IG @dhiaamran. Whatsapp, buat payment & locked! Alhamdulillah masih sempat slot in walaupun Dhia ada makeup orang bertunang pagi tu. Kalau bakal pengantin jangan cari pasal okay...last minute zaman sekarang memang harapan sangat kalau ada MUA yang available untuk awak. Wanie ni lain laa..suka-suka je..muahahaa..sebab wanie ada 4 batang je berus makeup yang membosankan. Siap satu berus tu Ali jilat pulak tu.Aiyakk!!
Jadi makeup dengan Dhia ni ceria & peramah orang nye. Siap offer wanie untuk dia stylekan tudung tak? wanie yang kertu dah lama tak merasa sentuhan MUA ni, mesti la hegeh-hegeh nak kenn..sebab dah tak kuasa mikir dah. Bayangan Neelofa, Vivy semua muncul laa:p Seronok orang stylekan,kita nii tinggal tadahkan muda je:p
alien! |
Tapi lepas makeup..ini adalah kehidupan realiti. Anak bergayut dengan baju kelawar |
Sempat wanie tanyakan Dhia, kalau jeragat ada makeup yang sesuai ke? Dhia jawab...ehh takpe wanie! sekarang memang trend makeup nampak kesan-kesan jeragat gituew..Makeup liquid based,light je. Tak tempek dah foundation macam krayon tu:p Makeup wanie ni pun simple je tanpa bulu mata.
Pendek kata keyakinan diri kena setinggi gigi hadid la kononnya..sebab trend makeup sekarang ala-ala runway model,no makeup makeup & sama spesies dengannya.
Ishhkk tak boleh bayang makeup wanie kalau tadah muka tanpa ikhtiar vivix & collagen dulu.Mahu nampak jeragat bertompok. Sekarang ni makeup light light je pun dah ok. Kulit pun makin lembab & sekata. Alhamdulillah. Member-member wanie yang ada parut jerawat yang biasa atau macam kawah tu memang best sangat kalau try collagen taw. Banyak lagi manfaat dia. Tapi kalau dah masuk usia 30an tu..masa terbaik untuk cuba:)
Those yang berminat nak cuba vivix atau collagen shaklee macam yang wanie consume ni, wanie pun ada jual jugak taw. Untuk consultation lengkap penggunaan yang berkesan,cara consume yang betul boleh hubungi wanie di 019 5150 945. Kita sihat & cantik sama-sama okay:)
0 comments