Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

AYAH

Assalamualaikum

Ayah!Ayah! Wani Sayang Ayah! I Love You So Much. Sangat susah kalau bercerita tentang ayah sebab tempat ayah selalu di hati saya.Bila perlu diluahkan tentang ayah, ianya akan menjadi satu ayat yang sangat susah untuk diatur kerana hanya ALLAH yang Maha Mengetahui betapa bertuahnya saya dianugerahkan seorang ayah yang menghabiskan separuh hayatnya untuk mendidik saya, untuk bersabar dengan saya,untuk memegang tangan saya jatuh & bangun, untuk menukarkan air mata saya kepada semangat & kekuatan, untuk bersama saya membuat keputusan penting dalam hidup & untuk melihat kebahagiaan saya. Alhamdulillah..kerana hari ini,saya masih diberi kesempatan untuk mendengar suara ayah. Suara yang saya akan rindu sampai bila-bila...


Tiada bentuk penghargaan yang mampu saya balas,tiada majlis hebat atau hadiah mahal yang mampu saya beri sebagai penghargaan. Namun jika jarak & masa itulah yang menjauhkan kita.. mungkin itulah yang perlu saya belajar 'curi' dari hidup…

Wondermilk

Assalamualaikum

Lepas tengok Avengers semalam,Yee.. saya antara rakyat Malaysia yang paling lewat menonton filem superhero tersebut disebabkan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. *ayat bahasa melayu SPM kertas II tu:P. Untuk menggantikan jogging sebagai aktiviti riadah petang hari saya, saya pun ringan kaki je pergi melepak di sebuah kedai comel ni*yoyo ooo jerk, tak 'relevant' langsung! Ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki disini, tapi selalunya saya 'tapaw' jerk!Tapi memandangkan anak tekak ni mengidam sesuatu yang manis & berbaur kebaratan, makanya terus je duduk lepak sambil menghayati dengan penuh seni dekorasi vintage & comel kedai ni:P


Wondermilk kini menawarkan menu lain selain cupcakes. Dah boleh makan-makan & dating-dating kt sini..Ehhh!:P Tapi selera petang-petang hari ni,nak cari ganti serawa ke pengat pisang ke..makanya nak yang manis-manis aje:)

Yeayy..ini saya punya. Rainbow, Caramel,Red Velvet & Cheese Kiss!
Ini pakai sudu ok!K…

Butik Tufah

Assalamualaikum
Alhamdulillah cuti semester baru-baru ini, sebelum pulang ke kampung halaman tercinta sempat lagi menjayakan satu aktiviti yang telah agak lama ditinggalkan. Seronok juga sesekali kembali beraksi sebab waktu tu baru sedar diri ini dah montel tahap 3.Walaupun modelling hanyalah sekadar suka-suka..Tapi pleasee arr wani..ko tolong arr kurus!Tolongg arr! *bermonolog luaran sambil kunyah karipap beli kat cafe tadi:P
Blouse ringkas dipadukan bersama seluar palazzo..sangat selesa!
Jutaan terima kasih kepada kak zura,pemilik Butik Tufah kerana memberikan kepercayaan kepada wani untuk menggayakan busana-busana elegant dari Butik Tufah. Diharapkan kak zura pasrah arr dengan kemontelan wani sekarang,lepas ni janji nak jogging ok:) Kagum melihat kejayaan kak zura sebagai ibu muda yang memiliki butik & perniagaan sendiri.Satu hari nanti,kalau saya bukan seorang jurutera..InsyaALLAH saya akan menjadikan kak zura sebagai sifu & meminta tunjuk ajar beliau tentang selok belok bidan…

Bachelorette Party

Assalamualaikum
Lambat pula update entry berpartayy liar baru-baru ini:P Maklum la balik kampung,lupa diri jap!*orang lain balik kampung insaf:P Tengok tajuk dah sah-sah la party bujangan,tapi tajuk englishnye bunyi cam class je.Padahal gambar ntah hape-hape,macam sambutan harijadi kanak-kanak riang.Boleh la kan..asalkan ada kenangan terakhir saya bersama gadis-gadis kesayangan sebelum diaorang semua jadi isteri orang..mak orang bagai.
Sesungut antenna ni kitaorang DIY je:)
Alhamdulillah..pada satu malam minggu yang indah, kitaorang berkesempatan untuk sama-sama berkumpul di Full House,Sunway Pyramid untuk  lepak-lepak,makan-makan & bahan-membahan antara satu sama lain:P
Tempat yang menyuntik mood comel di hari bahagia..cheewahh!
Bab-bab order time lapar ni memang cobaan btol..rasa nak order lebih dari satu:P
Penata rias gaya...
Tak boleh blah..gagah nak tukar aset tu!senyuman asal sampai telinga taww:P

Selamat berbahagia korang.Aku doakan moga korang menjadi isteri yang solehah & ber…