Butik Tufah

May 09, 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah cuti semester baru-baru ini, sebelum pulang ke kampung halaman tercinta sempat lagi menjayakan satu aktiviti yang telah agak lama ditinggalkan. Seronok juga sesekali kembali beraksi sebab waktu tu baru sedar diri ini dah montel tahap 3.Walaupun modelling hanyalah sekadar suka-suka..Tapi pleasee arr wani..ko tolong arr kurus!Tolongg arr! *bermonolog luaran sambil kunyah karipap beli kat cafe tadi:P

Blouse ringkas dipadukan bersama seluar palazzo..sangat selesa!

Jutaan terima kasih kepada kak zura,pemilik Butik Tufah kerana memberikan kepercayaan kepada wani untuk menggayakan busana-busana elegant dari Butik Tufah. Diharapkan kak zura pasrah arr dengan kemontelan wani sekarang,lepas ni janji nak jogging ok:)
Kagum melihat kejayaan kak zura sebagai ibu muda yang memiliki butik & perniagaan sendiri.Satu hari nanti,kalau saya bukan seorang jurutera..InsyaALLAH saya akan menjadikan kak zura sebagai sifu & meminta tunjuk ajar beliau tentang selok belok bidang perniagaan  * Boleh tahan tinggi angan-angan kan?:P Secara peribadi, mendekati beliau..kak zura ni mesra & sangat humble orangnya.Seharian lepak kat butik tu pun tak terasa,ditambah pula dengan suasana & susun atur butik yang mendamaikan.Ini baru bertepatan dengan istilah 'Shopping is the best therapy'.*I Love Art..I Love Interior Design!silap amek course:P

Jom tengok sebahagian koleksi dari Butik Tufah yang beroperasi di Bandar Senawang ini & boleh didapati secara online.Saya kerap menggayakan shawl dalam rutin seharian,tapi pendapat saya terhadap tudung awning sama sekali telah berubah selepas mencuba koleksi dari Butik Tufah,sangat-sangat selesa, mudah & awningnye terletak cantik tanpa perlu dipin.*Rasa nak beli banyak-banyak buat koleksi pakai gi kenduri!Material untuk dress & jubah memang tiptop.Selain normal lycra, penggunaan material seperti velvet lycra menyuntik element mewah & selesa kepada pemakai.*Bunyi macam testimoni je..tp sebenarnya saya teruja bercerita pasal tudung awning..maklum la asyik pakai shawl je kan:)













Busana-busana ini semuanya sesuai untuk dikenakan tak semestinya pada hari raya atau sepanjang bulan Ramadhan je,tapi sangat sesuai juga untuk penampilan sopan ke pejabat, majlis keramaian atau nak berkunjung ke rumah mak mertua.Sejuk hati kann..Tapi kalau korang nak pakai gi main bowling pun tak salah la..tetap maintain selesa!Dijamin!








You Might Also Like

0 comments