Wondermilk

May 20, 2012

Assalamualaikum


Lepas tengok Avengers semalam,Yee.. saya antara rakyat Malaysia yang paling lewat menonton filem superhero tersebut disebabkan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. *ayat bahasa melayu SPM kertas II tu:P. Untuk menggantikan jogging sebagai aktiviti riadah petang hari saya, saya pun ringan kaki je pergi melepak di sebuah kedai comel ni*yoyo ooo jerk, tak 'relevant' langsung! Ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki disini, tapi selalunya saya 'tapaw' jerk!Tapi memandangkan anak tekak ni mengidam sesuatu yang manis & berbaur kebaratan, makanya terus je duduk lepak sambil menghayati dengan penuh seni dekorasi vintage & comel kedai ni:P



Wondermilk kini menawarkan menu lain selain cupcakes. Dah boleh makan-makan & dating-dating kt sini..Ehhh!:P Tapi selera petang-petang hari ni,nak cari ganti serawa ke pengat pisang ke..makanya nak yang manis-manis aje:)


Yeayy..ini saya punya. Rainbow, Caramel,Red Velvet & Cheese Kiss!

Ini pakai sudu ok!Kalo pakai gigi lagi ganas taww:P


Deco..sambil berangan-angan bila la nak beli camera:)





Muka gembira lepas dah tambah 3kg berat badan! Yeayy:P

Menurut kajian,bau cookies,kek & cupcakes yang sedang dimasak dalam oven tu dapat mengurangkan stress & sekaligus meningkatkan hormon ceria di dalam badan kita. Kalau nak rasa gembira, rajin-rajin la buat kek kat rumah atau datang je wondermilk ni, masuk-masuk kedai je dah bau buttercream..Nyummneyyhh!






















You Might Also Like

0 comments