Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Bertandang

Assalamualaikum

Inshaallah.. bertandang ni dah dikira episode akhir entry perkahwinan. Makanya boleh berkongsi perihal atau memori lain pulak lepas ni..Inshaallah:)

Majlis bertandang sebelah lelaki yang berlangsung keesokkan harinya di Ipoh, Ahad 3/3/2013. Alhamdulillah berjalan dengan baik. Fuhhh!! jauh lebih relax rupanya majlis bertandang ni bagi pengantin perempuan, datang bawa badan je.Selebihnya mama papa dah uruskan semua. Kalau di Penang pun sama, bab-bab catering semua pengantin tak payah nak serabut fikir, ibu ayah dah selesaikan semua.Paling rajin pun turun padang tengok orang pasang khemah jela:p tu pun tak menyempat nak buat.Terima kasih mama papa & ibu ayah:)

Untuk persalinan di Ipoh, mama dah belikan kain lace untuk majlis tersebut. Dah pernah story dah pun kat entry kain bertandang dulu. Makanya, tinggal nak bikin baju je. Kecuali persalinan husbandku kena cari yang sedondon. Alaaa..susah apa, duchesse satin kat Jakel kan banyak. Pilih je warna apa yang berkenan d…