My Wedding Prep

March 30, 2013


Assalamualaikum

Dah lama tak menjengah ke blog usang saya ni. Nak menulis pun ada sikit janggal, chewwah! Entry kali ini telah saya rojakkan memandangkan ianya aktiviti lepas yang tak sempat saya abadikan dalam blog picisan ni memandangkan kesibukan hidup sebelum ni. 

Alhamdulillah, majlis akad nikah saya & pasangan, Ami Syaqry telah selamat disempurnakan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan (Inshaallah), 1.3.2013, diikuti dengan majlis bersanding di Penang pada 2.3.2013 dan majlis bertandang di Ipoh, 3.3.2013 sebagai penutup majlis.Alhamdulillah,genap setahun kami bertunang (3.3.2012). Bersyukur dikurniakan Allah kekuatan & atas izin serta peliharaNya kami telah disatukan atas lafaz ijab & qabul. Insyaallah ada rezeki nanti, foto-foto sepanjang majlis berlangsung akan turut dimuatkan dalam blog ni.

Jutaan terima kasih & penghargaan saya ucapkan pada setiap individu terlibat,dari ibu & ayah yang banyak bersusah payah untuk saya. Untuk mertua saya mama & papa yang berpenat lelah ,  untuk seluruh ahli keluarga saya yang banyak membantu, untuk semua rakan-rakan yang hadir & mendoakan dekat atau jauh.Terima kasih.Moga Allah memudahkan segala urusan korang.

Sejurus selesainya kursus nikah,dari situlah bermulanya persediaan kami sedikit demi sedikit.Maklum la,nak ulang alik shah alam-penang selalu memang kurus la kan:p Tapi balik buat HIV test kat kampong relax je,gi klinik desa,sekejap je dah dapat result.Kalau di kL ni mencabarnya, kadang-kadang hiv rapid test kit tu pun boleh habis.Makanya memang jadi cerita panjang.

Lepas ni boleh diframekan dah:)

Sewaktu balik ke Penang, sempat juga saya menjengah ke beberapa butik pengantin kalau-kalau ada baju yang cun untuk disewa. Di Hassan Abu Bakar Wedding Couture ni memang banyak baju cantik-cantik.Bangsan juga sangat berbakat orangnya, friendly pulak tu. Mostly orang-orang utara memang friendly *cheewahh...sempat lagi tu. Kami suka buat ramai:p 

Seronoknya try baju yang dah siap..tinggal sarung je

Baju ni belum siap sepenuhnya lagi k.Belum ditatahkan berlian & labuci gituew:)

Simple & Sweet kan? Maksud saya baju tu.Erkkk??:p

Tapi memandangkan banyak gak bahagian yang perlu dialter untuk ngam dengan badan+susah nak suaipadan dgn baju pengantin lelaki+saya jarang balik penang, last-last tempah jela kat kL(senang nak fitting baju) Tapi terpaksa korbankan masa & idea untuk cari material la. Sekali harung je tempah baju pengantin lelaki & perempuan.Memang penat,tapi saya memang minat pun buat kerja mengadap kain ni sehari suntuk pun takpe:)

Selesaikan material untuk majlis sanding di Penang

Ok...kita kasi chance la,abang kite ni pun nak ikat-ikat kain kat belakang gak:P

Lily yang sangat baik membantu saya untuk baju akad nikah.

Alhamdulillah untuk majlis bertandang, mama mertua saya telah menghadiahkan kain lace yang dibelinya ketika pulang dari Mekah.Jadi saya hanya perlu menyuai padankan lace tersebut dengan mana-mana kain/lining yang dirasakan sesuai.Untuk part ni,kerja saya memang jadi double triple mudah.Terima kasih mama:)

Antara warna yang sempat di try,test,cuba

Test warna ni pulak..macam pilih warna cat dinding rumah:)

Bab kad jemputan, saya sangat-sangat pemalas.Map rumah saya pun Ami Syaqry yang tolong buatkan.Terima kasih sayang:)

Kad o Kad

Gigih kan?

Tapi bab cari barang hantaran memang saya suka,rasa macam shopping megasale.Memang rambang mata sebab dah bercampur aduk antara design casual & wedding. Maklum la, heels kahwin zaman sekarang dah semakin simple.Dah jarang yang berlabuci sangat kan melainkan yang custom made tu memang terbaeekk la.Letak pearl sket, diamond sket...wieewiett!

Nyum-nyum..nampak menyelerakan


Akhirnyaa..Heels & handbag yang berjaya menambat hati

Punya la rojak entry ni sampai nampak cam preparation hanya dibuat dalam tempoh seminggu je kan?hehe..susah senang, suka duka, ianya tetap akan menjadi sesuatu yang indah untuk dikenang:) Alhamdulillah.