Tetap Tarikh

April 28, 2012

Assalamualaikum

Ni lagi satu entry yang tajuknya tak selari dengan peristiwa sebab peristiwa tajuk tu saya rakam dihati. Wohohoh..bab nak poyo lebey memang serah! Merah-merah telinga orang baca:P Btw,Saya baru balik berjemur di Pantai Cherating,then terus balik Penang.Bahagia!

Alhamdulillah kedatangan keluarga Ami Syaqry ke Penang baru-baru ni untuk menetapkan tarikh nikah sanding dipermudahkan & berjalan dengan lancar. Seperti biasa la aktiviti makan tengahari kat rumah saya,lepak-lepak..dah pernah ada dalam entry terdahulu.Tapi  kali ni kitaorang wat aktiviti santai je,riadah kat penginapan diaorang dan keluar dinner sesama.

Cuaca petang yang baik untuk aktiviti riadah keluarga

Kanak-kanak sila mandi bawah rumah je ok!

Tapi kanak-kanak sorang ni kuat & berani..Ummar mandi kolam besar:P

Yeaayy..keluarga dari rumah biru dah bersediaaa!

Team orang bujang pun dah sedia..tapi saya hantar wakil jela:P

Tapi ini team paling sweet..sentiasa bercinta.Rahsia bahagia kena rujuk orang tua kita:)

Kasih ibu membawa ke syurga..Kasih ayah berkorban apa saja:)

Kasih kita? sama-sama la usaha:P

Selain pandai berenang gaya katak ni..Ami juga mahir renang berirama:P

Potret keluarga edisi kolam:)

Edisi gambar lebih teknikal..kurang seni:P

Malam dah tiba!Masa untuk onomnomnom..lapar kan pas mandi-manda. *Termasuk orang yang tak mandi pun lapar gak:P Cari makan sekitar Queensbay Mall je sebab dekat. 

Ummar sampai-sampai je terus lentok atas meja..penat berenang petang tadi:)

Antara perkara seni yang Ami Syaqry buat! Yesss!!

Team Tongkat Ali

Team Kacip Fatimah

Rezeki untuk malam ini...Alhamdulillah:)

Seorang ibu sentiasa berikan yang terbaik, even sukat isipadu air botol susu pun lagi tepat dari sukat tabung uji kat makmal zaman sekolah dulu taw:P

Ummi Ummar yang cantik:)

Alhamdulillah..selesai 1 bab. Lepas ni tarik nafas dulu dalam-dalam, slow-slow selesaikan satu-satu dulu apa yang patut. Saya bukan orang yang well organized, tetapi saya belajar untuk majukan diri. InsyaALLAH, moga semuanya dipermudahkan.































You Might Also Like

0 comments