Skip to main content

Hantaran Pertunangan

Assalamualaikum

Berkesinambungan dari entry-entry lepas, antaranya Ribbon Experiment. Entry ni ditujukan khas untuk gadis-gadis yang pernah inbox saya bertanyakan tentang hantaran dan khas untuk mereka yang minat buat kraftangan atau gubahan sendiri, mungkin ada idea yang boleh kita kongsikan bersama memandangkan saya DIY (do it yourself) kesemua hantaran pertunangan saya kecuali sirih junjung yang mendapat sentuhan housemate saya, Nadia Zamzuri.Thanks babe!Konsep hantaran ringkas dan mudah.Syok sendiri+berangan+jimat sebagai tips yang saya pegang untuk menjayakan misi ini.Isu tak cukup seni,tangan kayu dah tak timbul lagi dalam saat-saat genting macam tu.Saya belasah je buat sebaik mungkin.

Majlis bertunang sebelah utara kebanyakkan melibatkan makanan dan manisan. Belum lagi barang-barang keperluan seperti perfume dan sebagainya.Namun itu hanyalah adat, mungkin berbeza bagi setiap negeri.    
5 dulang berbalas 7 bukanlah jumlah yang banyak, tapi sedikit berat untuk orang yang amatur macam saya ni. Tapi Alhamdulillah semua tu dah berakhir.Fuhh legaaa..Jom kita layan gambar pulak! 
Credit to my OP, Gorgeously Pictured . Terima kasih Zam atas setiap moment indah yang dirakamkan:)

Tafsir Al-Quran Per Kata

Sirih junjung

Macarons

Vanilla Coklat:P

Kek Biskut Belanda

Buah Segar Pasar Pagi:)

Kemeja 


Itu je kesemuanya 7 dulang.Ringkas je,semua orang boleh buat! Yang penting, rajin-rajinkan diri anda untuk mencuba:)

Popular posts from this blog

Deco & Gubahan Hantaran

Assalamualaikum
Entry kali ni mungkin saya akan banyak sentuh tentang deco & peralatan asas yang diperlukan untuk gubahan hantaran. Macam saya sendiri, saya tidak peruntukkan bajet yang tinggi untuk dulang/pahar dan sebagainya.Cuma diakui saya banyak buang duit kat minyak kereta sebab banyak survey. Huhu..*Terima kasih Ami Syaqry yang banyak bersusah payah untuk majlis ni.
Untuk pemilihan dulang hantaran, fokus saya lebih kepada yang simple & tak mahal sangat sebab minat saya lebih tertumpu kepada bunga-bungaan:P  Nasihat saya, dalam urusan pertunangan..korang boleh pilih apa saja mengikut minat korang.Nak yang cute?fancy?Belasah je.Tapi berbeza bila sampai bab nikah kahwin, ianya macam sebuah misi yang lebih serius.  Suntikan element ‘exclusive’ dalam urusan nikah kahwin seringkali diberikan keutamaan.*Sembang kencang macam dah pernah kahwin,itu hanyalah pendapat berdasarkan penelitian saya:)
Memandangkan saya tiada pengalaman gubah-menggubah ni, apa yang mampu saya pertaruhkan …

Lollipop Bouquet

Assalamualaikum
Jom kali ni muqaddimah pendek je sebab banyak lagi preparation yang belum siap.Wuaaa…dah start takut!Tinggal 2-3 hari je lagi.Ngeee..
Kali ni nak cerita tentang idea yang tercetus bila saya tengok lollipop chupa chups yang saya beli tu agak membosankan.Jadi saya fikir & fikir..nak buat apa ye kasi lollipup murahan ni nampak cute untuk budak-budak kecik?Ibu kasi idea letak ribbon je:P
Rupa asal lollipop seperti yang kita sedia maklum..colourful & sedap:)
Bila idea dah tercetus, saya pun terus capai creepe paper saya yang berbaki,then terus gunting-gunting dan balut lollipop tu & jadikan ia macam kuntuman bunga.Sesiapa nak pakai tissue paper pun boleh,tapi tissue paper saya dah habis buat bunga haritu.Jadi saya recycle je apa yang ada.Hehhe:P
Bab sepahkan rumah...serahhhh!Haa..ini dia bunga raya bunga kebangsaan:P
Pastu saya mula susun atas polisterin yang saya bikin dalam entry yang lepas. *Berguna gak rupanya polisterin nih:P Saya mulakan dengan bunga kuning tu.…

Malam Berinai

Assalamualaikum
Hujan-hujan cenggini, seronok gak menulis...sambil makan cucur bilis & kopi panas, nyummss!!Entry malam berinai plak kali ni. Rasa tak sabar nak buat entry tergendala yang lain,nak cepat-cepat completekan semua story,tak sabar nak menulis pasal kehidupan yang terkini je.Tapi kena siapkan cerita ikut turutan la rasanya,sebab nak simpan wat kenangan kan:) Biasa la orang sentimental ni:P
Lepas sesi outdoor untuk akad nikah, malam tu terus buat majlis berinai. Wat majlis berinai kecik je..seronok-seronok & gelak-gelak adik beradik je. Selalu orang berinai sebelum akad nikah kan?tapi sunyi la bergambar sesorang. *Walaupun saya memang kaki bergambar & husband adalah sebaliknya:P Tapi seronok tengok gelagat beliau yang cuba beraksi tu.Huhuu! Adik beradik sekeliling pun tak kurang dengan adegan & tips bergambar yang diaorang cadangkan. Lagi over...lagi bagus kata diaorang!Padahal sesaja seronok membahan pengantin baru gituew.Uhukkss:P Walaupun family saya tak …