Sunday, 29 April 2012

E-Day Advert

Assalamualaikum

Cincin pertunangan

Tentang deco biarlah gambar je yang berbicara ye,sebab tak tahu sangat nak ulas apa.Nanti ayat banyak metafora & personafikasi, ada orang muntah-muntah pulak baca:P

Hadiah dari ayah semperna hari pertunangan,sekarang jadi kasut g kenduri:)

Terima kasih kak Zara atas pelamin comel sentuhan beliau yang melatari satu sudut. Ini masih dikategorikan pelamin mini bagi saya. Cuma ditambah dengan penggunaan bench untuk memberikan keselesaan kepada bakal mertua & diri sendiri. Boleh mengelakkan kebas kaki. *Panjang pulak ulasan tentang penggunaan bench ni:P

Pelamin berkonsepkan arabic kata kak zara:)

Hand bouquet saya request Garbera fresh flowers warna pink/purple/peach

HB disediakan oleh kak zara..Terima kasih akak comel:)

Ini perkakas deco tak habis kemas+ HP flipku yang banyak berjasa:)

Segala macam cuppies yang sedap,mini red velvet,apam polka disediakan oleh sahabat baik saya yang sangat berbakat, Eyda. Thank you so much sayang:)

Tahu kenapa saya cakap sedap?sebab even guna buttercream je untuk cuppies, tapi sangat wangi & sedap. Creamy,bukan oily.Plus, eyda nye cream cheese untuk mini red velvet pun just nice,tak terlalu manis macam beli kat the whisk tu.Arghh..sedapnye! sambil menaip pun teringat-ingat!!

Satu-satu nye buttercream yang dirindui:)

Apam polka comel

Untuk gambar seterusnya, saya dah pernah sentuh dalam entry terdahulu.BTS la kononya:P lollipop





Candy booth saya yang kecik genit:)

Untuk solekan pula, saya dapatkan khidmat housemate saya je. Masuri. Terima kasih dear sebab tolong tempek muka aku yang kelat ni. Sangat suka dengan sentuhan Mai ni sebab solekan dia  ringan & kemas. Untuk mereka sekitar Shah Alam-Klang, boleh sangat kalau nak dapatkan service dari Mai ni. Memang berbaloi-baloi:)

Mai yang ku kenal,komited,kreatif,disiplin, focus bila buat kerja:)

Dan paling tak dilupakan, zam dari Gorgeously Pictured yang merakamkan kesemua memori-memori indah saya bersama insan-insan tersayang. Terima kasih zam:)