Sunday, 26 February 2012

Aku Si Penggubah Bunga?


Assalamualaikum

Macam tak percaya saya kini dah berani menggubah bunga.Zaman budak-budak dulu bila nak raya nenek ajak gubah bunga mesti tak nak,tak minat,tak pandai. Tapi akhirnya, untuk pertama kalinya atas sebab tiada pilihan+nak jimat+nak puas hati..Makanya saya gubah sendiri! Bila dah sampai majlis sendiri, semua yang mustahil saya buat,semua yang saya tak yakin..saya cuba.Biarpun hasilnya tak seberapa, tapi saya seronok buat semua tu:) Mungkin ini adalah sebahagian minat atau hobi yang saya tak pernah sedar selama ni:)


Antara bunga-bungaan yang digunakan

Tapi yang tak syok nya,saya hanya kenal spesies bunga & dedaun yang ‘glamour’ je. Macam ‘Cala Lilly’, ‘Baby Breath’, ‘Iron Leaf’ camtu.Cam roses,hydrangea, carnation tak payah cerita la..seangkatan dengan lidah buaya or daun kari je tuh.Kebanyakkan orang tahu:P Bila saya dah tak kenal tu faham-faham la kan, saya akan panggil or namakan apa saja yang kedengaran sedap dicuping telinga saya ni.Luar dari blog ni korang bole bantah.Takde masalah:P

Bagi sesiapa yang pernah baca entry-entry lepas,saya dah bagitahu kan kat mana nak dapatkan bekas bunga ni?korang boleh semak di sini ye.Ok,jom tengok hasil gubahan bunga pertama saya. Untuk bunga pertama,saya pakai hydrangea. Say hello to Hydrangea!kena la berkenalan dulu..bila ada ‘feel’ baru leh menggubah:P  si hydrangea ni paling senang nak gubah sebab rasa ada ‘kebebasan’ sikit gubah bunga ni.Ia tidak terlalu terikat dengan teknik & sebagainya. Bab nak letak riben segala bagai tu terpulang kepada tahap kecomelan korang.Kalo korang rasa korang lebih suka imej anggun, gayakan bunga korang dengan imej anggun.Letak brooch ke,bulu ayam ke..Tapi kalo korang rasa korang macho macam abang angkatan tentera udara tu?saya rasa element bunga raya sesuai diterapkan sebab korang akan nampak macam patriotik & bersemangat juang!Tapi kalau korang ni jenis simple,letak kunci berserta pad mangga dah memadai :P Terpulang pada kreativiti memasing key:)


My Blue Velvet Hydrangea :)

Seterusnya lavender?yeke lavender?ke bunga padi?aarrghh..pape la!gasak arr!Yeaahhh bebeyhhh…bunga ni perlukan kesabaran okay!kena slow-slow,rilex-rilex,satu-satu,jangan gabra.Kalau teknik orang yang expert tak pasti la camne,tapi bagi amatur macam saya, saya potong 1-1,cucuk pun setangkai-setangkai.Hasilnya takde la mengagumkan sangat..biasa-biasa je.Cuma apa yang buat saya happy,sebab ibu tempah gubahan bunga dari saya jugak. *Maklum la..ibu tak minat sangat seni kraft ni, mungkin ibu minat seni suara kot!Haha..ampun ibu!!


Dingin Lavender..Chaiittt!! Ciplak tajuk drama:P

Bunga seterusnya ni saya namakan bunga telor.Shape simple,bulat-bulat.Warna striking.Nak gubah ni masuk kategori extra senang.Tak payah belajar pendidikan seni kat sekolah dulu pun mampu untuk gubah bunga ni.Sekayu-kayu jari-jemari pun InsyaALLAH boleh buat.Apa yang penting, yakin boleh!Yeayyy!


Telor bebola warna:P


Bunga ni paling senang.Agak-agak sendiri arr 2 kuntum je.Tak reti pun boleh taram jerk:P Eh korang..nama dia kekwa ke?


Sweet 17 :)

Bila bergabung...

Comelness dihatiku :P

Bila dh combine sekali,jelas sangat mereka ni dari spesies dan baka yang berbeza..tapi dapat hidup serumpun.Bunga kekwa saya takde dalam gambar memandangkan ia digubah akhir sekali.Lagipun ia spesies tak berapa nak mesra alam or berjiwa rakyat gitu.Ok,screw dah longgar..baik berhenti di sini dulu.Esok celoteh lagi.Take care semua..Wassalam:)