Parcel Penentu Masa Depan
February 27, 2012Assalamualaikum
Tajuk entry nak poyo saja:P Giat kan saya menulis 2-3 menjak ni?Pantang ada gambar,mesti ada entry. Ehh! korang nampak kan parcel dari skynet tu? Isi dalam bungkusan tu sangat penting bagi saya,ibarat penentu masa depan gitu..wuhehe..
Tidur tak lena dek kerana parcel nih:P
Baiklah, bagi sesiapa yang pernah melalui pengalaman tempah baju untuk majlis penting seperti pertunangan, akad nikah atau resepsi, korang mesti direct gi ambil baju korang yang dah siap tu dekat butik tu kan?Tapi berbeza bagi saya,baju masih disiapkan di Shah Alam,tapi tuan empunya badan dah di Penang.Mana taknya,saya sangat sibuk..banyak perkara nak diuruskan kat sini sampaikan perlu balik lebih awal ke kampung halaman.
Saya nak ucap jutaan terima kasih untuk Ami Syaqry yang belum habis penat balik kerja then terus shoot ke Old Blossom Box di Shah Alam semata-mata nak ambil & pos baju pertunangan saya ke Penang. *Terharu gedix!Terima kasih banyak-banyak juga untuk Mine (Jezmine Zaidan) yang memberikan komitmen yang baik dalam menyiapkan baju saya ni walaupun kitaorang jauh & terpaksa berhubung melalui telefon jerk.*Macam ucapan pengetua sekolah:P Alhamdulillah seronok & puas hati dengan hasil sentuhan Mine.
Dapat je parcel tu,petang tu jugak saya wat dry cleaning since saya hanya ada kurang dari 5 hari untuk menyarungnya.InsyaALLAH moga semuanya berjalan dengan lancar. Tapi seboleh-bolehnya akan datang,kalau ada rezeki..taknak la jadi macam ni lagi..huhu..dah serupa wat belian online pulak sebab selagi baju tak sampai kat tangan,memang tak tido lena rasanya T_T
0 comments