Deco & Gubahan Hantaran

February 18, 2012


Assalamualaikum

Entry kali ni mungkin saya akan banyak sentuh tentang deco & peralatan asas yang diperlukan untuk gubahan hantaran. Macam saya sendiri, saya tidak peruntukkan bajet yang tinggi untuk dulang/pahar dan sebagainya.Cuma diakui saya banyak buang duit kat minyak kereta sebab banyak survey. Huhu..*Terima kasih Ami Syaqry yang banyak bersusah payah untuk majlis ni.

Untuk pemilihan dulang hantaran, fokus saya lebih kepada yang simple & tak mahal sangat sebab minat saya lebih tertumpu kepada bunga-bungaan:P  Nasihat saya, dalam urusan pertunangan..korang boleh pilih apa saja mengikut minat korang.Nak yang cute?fancy?Belasah je.Tapi berbeza bila sampai bab nikah kahwin, ianya macam sebuah misi yang lebih serius.  Suntikan element ‘exclusive’ dalam urusan nikah kahwin seringkali diberikan keutamaan.*Sembang kencang macam dah pernah kahwin,itu hanyalah pendapat berdasarkan penelitian saya:)

Memandangkan saya tiada pengalaman gubah-menggubah ni, apa yang mampu saya pertaruhkan ialah sedikit keberanian untuk mencuba. Saya telah memilih dulang yang agak senang untuk digubah bagi mengurangkan risiko kerosakkan harta benda:P

Saya balas 7 dulang je semuanya:)

Dari sudut lain pulak:P

Aikk??macam takde beza je?Huhu:P

Untuk pemilihan bunga saya tidak terikat untuk sedondon sangat dengan baju atau sebagainya, pada pendapat saya, sedondon atau kontra terpulang kepada citarasa masing-masing. Biarpun kontra, tapi sekiranya anda bijak ‘mencuri’ unsur warna yang digunakan oleh tuan empunya diri/ahli keluarga, ianya tetap mampu membangkitkan seri:)

Nak tempek-tempek,ikat-ikat kat hantaran:P

Hasil & rupa paras gubahan hantaran akan menyusul dalam mana-mana entry akan datang, InsyaALLAH:)

Untuk deco pula, IKEA banyak membantu saya. Frame & pasu comel ni korang boleh dapatkan di IKEA dengan harga yang sangat berpatutan.*Terlupa…tp tak mahal la yang pasti:P

Dah abis majlis nanti..boleh taruh muka sendiri pulak dlm frame:P

Haaa..ini pulak si bunga kertas.Terpulang la korang nak guna crepe atau tissue paper.Ia  sangat sesuai untuk mencomelkan dekorasi majlis atau hantaran korang:)

Rupa bunga kertas setelah dilipat

Tadaaaa...camni la rupa bunga kertas yang dah siap:)

Cupcakes stand ni pulak saya nak gunakan untuk candy buffet.Tengah fikir cara nak hias stand ni..Fikir..Fikir..Fikir..*Gaya Jimmy Neutron:P

Nak buat magic jadikan ia warna lain ok tak?huhu:P

Perkakas & bahan-bahan yang diperlukan untuk menjayakan misi mustahil saya ni:)

Cukup dulu untuk kali ni.Korang pun mesti dah menguap-nguap baca entry ni kan?pekena milo dulu secawan:P 




You Might Also Like

0 comments