Skip to main content

Lollipop Bouquet


Assalamualaikum

Jom kali ni muqaddimah pendek je sebab banyak lagi preparation yang belum siap.Wuaaa…dah start takut!Tinggal 2-3 hari je lagi.Ngeee..

Kali ni nak cerita tentang idea yang tercetus bila saya tengok lollipop chupa chups yang saya beli tu agak membosankan.Jadi saya fikir & fikir..nak buat apa ye kasi lollipup murahan ni nampak cute untuk budak-budak kecik?Ibu kasi idea letak ribbon je:P

Rupa asal lollipop seperti yang kita sedia maklum..colourful & sedap:)

Bila idea dah tercetus, saya pun terus capai creepe paper saya yang berbaki,then terus gunting-gunting dan balut lollipop tu & jadikan ia macam kuntuman bunga.Sesiapa nak pakai tissue paper pun boleh,tapi tissue paper saya dah habis buat bunga haritu.Jadi saya recycle je apa yang ada.Hehhe:P

Bab sepahkan rumah...serahhhh!Haa..ini dia bunga raya bunga kebangsaan:P

Pastu saya mula susun atas polisterin yang saya bikin dalam entry yang lepas. *Berguna gak rupanya polisterin nih:P Saya mulakan dengan bunga kuning tu.*Guna basic gubah bunga.Kalo korang perasan..ianya hanya hasil dari cantuman kelopak.sebab ia tak makan ruang sangat macam bunga merah tu.So, si kuning saya susun di bahagian tengah.

Yang kuning ni cantuman kelopak je..susah kembang:(

Ikutkan hati nak susun sampai penuh,tapi memandangkan kestabilan polisterin yang tak mengizinkan, so sayang bercadang untuk buat 2-3 bouquet terus.Lagipun nampak renek & montel sket:P

Kaki polisterin boleh potong dua..kasi renek ok:)

Tadaaa…dah siap jambangan lollipop saya.selain sesuai digunakan untuk menambat hati kanak-kanak,ianya boleh juga digunakan sebagai pengganti bunga graduasi atau senjata memujuk emak korang kalau dia merajuk:P

Jambangan bunga-bunga cinta:P

Ok,jom sambung kerja!Masa itu emas.Arghhhh..stress pun ada!Nervous tak payah cerita la.Macam-macam nak difikirkan.Susah jugak jadi anak tunggal ni bila tiba bab kenduri-kendara, banyak benda yang saya perlu buat sendiri.Saya kena well organized,kalau tak..memang jenuh la sebab takde siblings lain nak jadi runner atau ingatkan saya itu ini.Syukur saya ada parents,saudara-mara & kawan-kawan rapat yang sangat membantu. Terima kasih semua.Sayang korang:)

Popular posts from this blog

Deco & Gubahan Hantaran

Assalamualaikum
Entry kali ni mungkin saya akan banyak sentuh tentang deco & peralatan asas yang diperlukan untuk gubahan hantaran. Macam saya sendiri, saya tidak peruntukkan bajet yang tinggi untuk dulang/pahar dan sebagainya.Cuma diakui saya banyak buang duit kat minyak kereta sebab banyak survey. Huhu..*Terima kasih Ami Syaqry yang banyak bersusah payah untuk majlis ni.
Untuk pemilihan dulang hantaran, fokus saya lebih kepada yang simple & tak mahal sangat sebab minat saya lebih tertumpu kepada bunga-bungaan:P  Nasihat saya, dalam urusan pertunangan..korang boleh pilih apa saja mengikut minat korang.Nak yang cute?fancy?Belasah je.Tapi berbeza bila sampai bab nikah kahwin, ianya macam sebuah misi yang lebih serius.  Suntikan element ‘exclusive’ dalam urusan nikah kahwin seringkali diberikan keutamaan.*Sembang kencang macam dah pernah kahwin,itu hanyalah pendapat berdasarkan penelitian saya:)
Memandangkan saya tiada pengalaman gubah-menggubah ni, apa yang mampu saya pertaruhkan …

Malam Berinai

Assalamualaikum
Hujan-hujan cenggini, seronok gak menulis...sambil makan cucur bilis & kopi panas, nyummss!!Entry malam berinai plak kali ni. Rasa tak sabar nak buat entry tergendala yang lain,nak cepat-cepat completekan semua story,tak sabar nak menulis pasal kehidupan yang terkini je.Tapi kena siapkan cerita ikut turutan la rasanya,sebab nak simpan wat kenangan kan:) Biasa la orang sentimental ni:P
Lepas sesi outdoor untuk akad nikah, malam tu terus buat majlis berinai. Wat majlis berinai kecik je..seronok-seronok & gelak-gelak adik beradik je. Selalu orang berinai sebelum akad nikah kan?tapi sunyi la bergambar sesorang. *Walaupun saya memang kaki bergambar & husband adalah sebaliknya:P Tapi seronok tengok gelagat beliau yang cuba beraksi tu.Huhuu! Adik beradik sekeliling pun tak kurang dengan adegan & tips bergambar yang diaorang cadangkan. Lagi over...lagi bagus kata diaorang!Padahal sesaja seronok membahan pengantin baru gituew.Uhukkss:P Walaupun family saya tak …