Welcome Card,Tag & Topper
February 17, 2012
Assalamualaikum
Alhamdulilllah saya diberikan kekuatan untuk buat sendiri beberapa persediaan untuk e-day nanti. Makanya entry-entry lepas ni mungkin kebanyakkan akan update tentang perkongsian idea saya yang tak seberapa ni dengan para B2B.
Saya memang orang yang tak terancang,boleh tahan pelupa kadang-kadang tu. Makanya saya cuba disiplinkan diri saya untuk menulis dalam buku ni,sekurang-kurangnya dengan menulis & mencatat, saya akan lebih ingat:)
Buku 555 saya:P
Baiklah, saya mulakan dengan perkara-perkara minor terlebih dahulu:) Alhamdulillah saya dah selesai dengan beberapa design untuk majlis nanti. Saya memilih untuk bikin sendiri sebab memang boleh jimat banyak.*wink wink! Korang hanya keluarkan duit untuk print sahaja:) Lagipun untuk sebuah majlis pertunangan, ianya berbentuk santai. Jadi takde la rasa terikat sangat dengan konsep dan sebagainya. Saya pun apa lagi, memang syok sendiri habesss la..huhu:P Ini adalah antara beberapa koleksi saya yang tak seberapa..tapi penuh kasih sayang:) *Tak larat nak upload semua:P
Dimulakan dengan welcome card. 1 masalah besar adalah bila sampai bab nak tulis apa? Makanya saya tulis simple-simple je sebab macam tandus idea lorrrhh!
Janggal rasa nak tulis apa...Gasak arr!!
Ni bahasa versi Francis Light, founder of the British colony of Penang. Ambil syarat je la. Saya prefer kalau design dah moden,tapi bahasa melayu dikekalkan bagi memudahkan makcik-makcik sekampong saya faham dengan jelas maksud & tujuan majlis.*sampai macam tu sekali ke aku fikir?ini dah masuk bab kejiranan:P
Yang ini lagi la tak taw nak tulis apa..bahasa Francis Light la katakan:)
Seterusnya untuk design tag lagi syok.Pas print, saya siap gunting sendiri u olls. Mana tak penuh kasih sayangnya..lenguh-lenguh jari perlukan kegigihan. Seperti yang saya pernah cakap sebelum ni,saat-saat mencabar macam ni korang kena tanamkan dalam hati, bukit sanggup ku daki,lautan api sanggup ku seberangi. Memang tak logic!tapi menghiburkan..so takde la stress sangat waktu buat persiapan tu.Rilex la korang.Syokk pe..bukan selalu pun kan?Gunting sambil gelak-gelak sudeyy:P *Ayat pujuk hati:P
Design simple bagi memastikan tak serabut macam buku hutang 555.
Yang ni buat backup..macam fancy je.Ntah la..
Bibirmu di Kakiku?Oh tidak..ini topper utk muffin je:)
Kesian Mr.Potato...misai dia hilang saya curik:P
A&W ni untuk frame utama:)
Ini masih dalam pertimbangan
Ibu tolong gunting design ni.Thankz ibu!
Tag untuk candy buffet:)
Bercerita tentang candy buffet/bar ni, saya bercadang untuk buat dalam majlis pertunangan memandangkan kalau panjang umur, ada jodoh,murah rezeki,InsyaALLAH..saya tak nak buat dah candy buffet dalam kenduri kahwin nanti.Malas dah nak deco sendiri..nak fikir perkara lain pulak.Walaupun candy bar saya pakai peralatan yang tak canggih,tapi peruntukkan masa tu agak banyak juga memandangkan saya masih belum expert:)Vendor kat penang pun takde yang betul-betul terlibat dalam deco benda-benda ni.Tunggu majlis aqiqah la pulak nanti ye kalau rajin.hehee:P
Yeayy...dah siap print!! Now,masa untuk menggunting dengan gigih:P
Testing 1,2,3..Testing 1,2,3..
Haaaa..inilah hasilnya bila dah masuk frame :)
Frame Hati :)
Banyak lagi yang saya perlu buat sendiri lepas ni rasanya.Huhu..next entry saya merapu lagi key.Saya susah nak rasa letih mungkin sebab saya minat kot.Bagi yang kurang minat,apa salahnya sekali sekala mencuba kan..bukannya majlis orang lain,majlis korang jugak kannnn?? Jom sambung gubah hantaran pulak!
0 comments