Persediaan Suku Akhir

February 25, 2012

Assalamualaikum

Kini tiba sudah laporan gerak kerja saya untuk peringkat suku akhir. Semakin masa berjalan, semakin banyak pulak benda-benda merepek yang saya buat ikut ‘kepala’ & citarasa saya. Tapi seronok sebab saya boleh bereksperimen dengan apa saja.Baik dari segi warna, material & deco.Terima kasih ibu & ayah kerana selain menjadi pengkritik yang paling jujur,mereka juga penuh sabar melihatkan keadaan rumah mereka yang macam tongkang pecah dalam beberapa minggu yang  mencabar ni.

Lanjutan dari entry-entry yang lepas, ini adalah rupa tag yang dah siap digunting bagi gift untuk para tetamu.Saya tambah mini ribbon rose untuk menambahkan seri pada gift tersebut la kononnya.

Nak gunting 200 keping sesorang  memang gigih gak ar..tapi kuatkan semangat!

Pastu boleh la hiaskan ribbon & tag tu cenggini.Huhu:P

Saya sediakan 2 warna je untuk para tetamu:)

Beza gift yang saya kasi ni kalau nak dibandingkan dengan yang selalu jual kat kedai,gift ni baunya lebih wangi & tahan lama.Boleh didapati di mana-mana cawangan deco mart.Ringkas & mudah, tak payah serabut-serabut fikir nak kasi apa..huhu:P

Seterusnya adalah aktiviti membalut polisterin.Saya sendiri tak tahu apa fungsi dan tujuan polisterin ni *memandangkan saya tak menggunakannya dalam hantaran.Maka, saya bercadang utk jadikan polisterin ni sebagai backup untuk candy buffet,in case nak buat lapik pinggan ke..cupcake ke..apa-apa sajalah!Bagi korang yang belum ada cupcake stand, korang boleh bikin stand sendiri dengan cara menggunakan polisterin.Sangat JIMAT!

Mari mengenal bentuk!

Tadaaaaa...Magic show:)

Lepas dah balut..rupa dia macam kek era 70-an gitu:P

Polisterin setelah dibalut..terus blur nak bikin apa.Dah la tetiba warna peach.Ahh..gasak arr!

Next,nak hias bakul untuk gift.Senang sikit nak diedarkan bila gift untuk para tetamu dah diletakkan setempat kan.Kalau tak..macam ni la ghupe nye kat dalam kotak tu.Macam mercun seludup musim raya tuh!

Kotak yang banyak berjasa..Terima Kasih kotak!

Cam saya sendiri,saya gunakan bakul yang tak perlu dihias banyak bagi memudahkan aktiviti industri desa saya ni. Yang simple-simple macam bakul nasi lemak tu pun style gak arr!

Saya namakannya bakul belah rotan..korang ingat cincin jeke ada belah-belah rotan ni?:P

Alhamdulillah sekejap je dah siap.Dan yang penting bakul ni tak menguji tahap kesabaran saya.Huhu!Ini la rupa bakulnya.Simple je,tak perlu nak tenung,belek lelama macam buat labu sayong tuh!

Senang kerja saya..Alhamdulillah:)

Tadaaaa…dah masuk bakul..jangan noti-noti tawww! 

Nampak la molek & tersusun sikit kan?

Alhamdulillah dah siap, if selesai satu bakul gift ni..kita topup lagi.Nak bikin 2-3 bakul sekaligus pun bisa aja dong!ikot semangat & kegigihan korang k.

Bagi stok-stok manisan untuk candy buffet,saya & family pergi ke sungai petani sebab kat Penang entah ada ke tidak.Pastu kalau ada sekalipun , confirm mahal. Sambil jalan-jalan jamu mata kat tempat orang,boleh borong sekali apa yang patut.Tapi yang beli dari Giant je pun ada.Haha..senang sikit:P Ini antara sebahagian stok manisan yang saya beli kat sungai petani.Saya pilih chupa chup sebab lagi sedap & jimat dari swirl lollipop walaupun si swirl lollipop sangat comel & colourful.Yeayyy!!


Saya beli jelly,wafer,candy,biskut belanda,lollipop.Muffin,cuppies, red velvet coming soon ye.Orang-orang kuat saya bikin nanti.InsyaALLAH:)

Serba sedikit manisan untuk kanak-kanak..orang tua-tua nak tumpang sekaki pun takde hal:P

Jom rehat dulu.Boleh juling mata baca banyak-banyak ni.Aduhaii kerja gubah menggubah ni dikategorikan dalam bab seni.Kena ada mood.Nak tunggu mood sampai,esok pagi belum tentu lagi ni.Jom tengok TV dulu sambil tunggu encik mood sampai k:) Jangan nakal-nakal ye semua.tataaaaaa!



You Might Also Like

0 comments