Cincin OH Cincin !

February 11, 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah, minggu ni berlalu dengan indahnya.Pelbagai perkara yang dipermudahkan. Terlebih dahulu sebelum bercerita panjang lebar,siang-siang saya nak kasi tahu yang walaupun tajuk entry hanyalah berkisar tentang cincin, namun entry kali ni merupakan edisi 'bumper' dan turut menyelitkan aktiviti saya sepanjang pencarian cincin ni.Bukan apa,risau pulak kalau ada yang ingat ini edisi cincin 100%.Blog saya ni rojak.Macam-macam benda merepek ada.Tapi setakat apa yang saya tahu,kita boleh kongsi ok,no problem bebeyhhh!

Hari tu saya & family Ami Syaqry, atau lebih dikenali sebagai 'abe' sebagai panggilan manjanya dikalangan ahli keluarga lepak lunch sesama. *Panggilan abe tu lekat sebab dari kecik dulu family dia panggil dia baby.Ohh..jambu kan?Heheee:P Biasa la hujung-hujung minggu kan..buat aktiviti bersama keluarga rasa syok sikit.Baru la takde rasa kurang kasih sayang ke hape kn?Perut pun tengah meronta-ronta sambil bergendang-gendut tali kecapi, maka kami dengan girang hatinya gi serbu  Hartz Chicken Buffet. Time-time lapar gini rasa nak makan semua...kerusi meja skali kalau boleh! *Ehh..tak boleh lagi over ke?Tapi dalam lapar-lapar tu sempat lagi ambil gambar..jangan tak tahu:P

Doa makan jangan lupa taww:)

Pasangan bahagia..Abg long & Kak Eda (abg & kak ipar Ami Syaqry) serta babyboy sulong mereka..Ummar Raimy yang baru tumbuh gigi..weeeee!!

Ami Syaqry & adik bongsunya, Age macho!Wuhuuuhu..comel je korang:)

Saya & Aunty (Mama/Buah Hati/Cinta Pertama Ami Syaqry:)

Tempat ni sangat sesuai untuk peminat ayam tegar seperti saya.Mereka yang dikategorikan sebagai tegar adalah mereka yang mampu hidup dengan 'chubby'nya di mukabumi ini dengan hanya makan ayam semata. Kepupusan ayam akibat ancaman virus dan sebagainya mungkin akan mendatangkan kemurungan terhadap orang-orang seperti ini:P

Lepas dah penat makan kat sini *makan pun penat? kitaorang pun beredar dengan langkah yang perlahan akibat kesukaran membawa perut masing-masing. Alhamdulillah kenyang & seronok sangat dapat makan ramai-ramai kat sini:)

Lepas makan mula la rasa mengantuk, tapi ada seorang je yang kekal cergas.Yeayy!!

Biarpun mata papanya dah layu..Mata Ummar tetap membutang luas!Masa untuk bermain:)

Kan dah cakap...

Yeaahhh...semakin hyper bila dengan umminye:)

Tapi akhirnya...setelah dapat bantal baru*wink*wink

Beradu jua Ummar Raimy B. Ammie Syaffieq nih..huhu:)

Kak eda sebagai ikon ummi berkarier...wewieett!!

Pastu kak eda ada belikan ini...Serius sedap!Cupcakes Chic:P

Sedap belaka...tak boleh lupa:)

Dah selesai semuanya, barulah saya & parents Ami Syaqry memulakan misi mencari si cincin. Terus terang saya katakan saya bukanlah pemakai emas atau perhiasan,gasak la pakai emas apa pun saya tak kisah,tapi sekarang saya perlu belajar menjinakkan diri. Kehadiran orang tua kita dalam misi mencari cincin ni Alhamdulillah sangat membantu, kerana hanya jauhari mengenal manikam. Orang tua kita tahu apa yang terbaik untuk kita, kualiti apa yang terbaik untuk jangka masa panjang & masa depan.. InsyaALLAH.

Aunty..penasihat utama..Muahxxx:)

Semua kedai kitaorang survey.Bukan apa,nak buat pilihan bijak bak kata aunty kena la berpenat lelah sikit kan:) Tapi Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari tentang cincin ni dari uncle & auntie. Tambahan uncle yang pernah bertugas di Africa sangat arif bab-bab ni*Africa negara kaya berlian tapi penduduknya miskin,aduhai sedih tengok kesengsaraan mereka.Ehh..lari topik dah! Makanya nasihat dari uncle sangat lah membantu saya yang tiada apa-apa pengetahuan am mengenai hal ini.*Thank you uncle!

Ni mungkin kedai bertuah yang ke-101..Haha nampak beno menipunya tuh:P

Jadi tips untuk kawan-kawan yang bercadang nak beli cincin, korang terlebih dahulu kena pastikan adakah korang nak beli berlian atau batu Russia.Beza antara dua jenis batu ni adalah, berlian kekal bersinar,bergemerlapan sepanjang hayat. Manakala batu Russia lama kelamaan ia akan pudar. Takde la manfaat apa pun kalo bersinar sepanjang hayat, tapi kalau panjang umur..boleh la dijadikan cincin pusaka.Hahaahaa..gitu ke niat asalnya?*Haha..ntah la,tak pernah terfikir pun! Tapi kalau nak versi jiwang..kilauan berlian sepanjang hayat tu biarlah sama dengan cintamu buatku sepanjang hayat.Cheewaaah!

Jadi sebelum beli tu, sila buat semakan dulu k. Ini dia sempat pula dirakamkan sesi staff kedai tu buat semakan berlian.Simple je..guna diamond detector. Sejenis bunyi 'beep' akan dikeluarkan bagi batu jenis berlian, namun selain dari berlian..alat ini akan menjerit,melalak..'Tolong!!Tolong!!" *Auta teruk! Tapi betul la,memang sejenis bunyi akan dihasilkan sekiranya diuji ke atas objek selain berlian.

Dah serupa pakai chip pulak cincin-cincin zaman sekarang:P

Akhirnnya, berbekalkan semangat tinggi pekerja kedai ni melakukan pelbagai eksperiment,silap mata & pelbagai teori, maka kami telah mencapai kata sepakat untuk beli cincin kat sini setelah meneliti inferens & hipotesis,perbincangan telah dijalankan & diakhiri dengan kesimpulan untuk kasi angkat saja la sama itu cincin maa!

Akhirnya..design cincin yang simple & kabur ni jua yang menambat hati*haha..kabur di lens kamera,dihati jangan:P 

Hmm..nak kasi nama apa ye kat dia?Mmm..

Terima kasih aunty,uncle & Ami Syaqry :)

Alhamdulillah, selesai sudah misi saya untuk kali ini.Terima kasih Ami Syaqry sekeluarga yang sangat banyak membantu:) Banyak lagi misi yang ntah ke berapa yang perlu saya laksanakan. Seronok dapat meluangkan masa bersama mereka sekeluarga yang sememangnya membuatkan saya rasa dekat dihati. Moga hubungan baik & kasih sayang yang wujud antara kami semua sentiasa dalam pelihara ALLAH. InsyaALLAH:)


































You Might Also Like

0 comments