Assalamualaikum mommies!
Dah bersiap-siap nak lapor diri kat hospital ke tu? In Shaa Allah wanie doakan lancar urusan semua ibu-ibu yang pergi berjuang melahirkan para khalifah ke muka bumi ni.
Setiap hospital tak sama. Ada yang dah sediakan hampir semua kelengkapan. Maksudnya check in hospital bawa diri je pun boleh.
Tapi persediaan awal tak pernah rugi sebab kita nak selesa-selesa je kat sana. Taknak kurang itu ini kan..susah jugak nanti semua nak kirim kat en.suami ulang alik belikan kat kedai.
Sebab wanie anak sulong dulu bersalin awal,ngam 36wks. Jadi malam dilanda contraction tu la baru mula nak mengemas. Alhamdulillah tak terasa kekurangan apa sangat cuma termos je ibu & mama terpaksa gi belikan lepas bersalin tu sebab nak bancuh milo. Termos tula wanie bawak ke hospital sampai anak ke3 ni. Ishkk..sayang sungguh kat termos tu. Hehee..
Jadi kelengkapan nak check in hospital ni wanie bahagikan kepada 3 kategori yang wanie dah ringkaskan.
1. RAGA
2. BEG IBU
3. BEG BABY
RAGA
Gaya nak gi berkelah dalam wad:) |
Ok,dalam raga wanie bawak barang-barang ni :
Memang dari dulu suka angkut ESP dalam tong. Kurma & air zamzam pun memang wanie tak tinggal. |
Senjata rahsia tak missed bawak dari anak ke-2 dulu..best sangat! |
Nikmat weyhh minum milo panas lepas bersalin. |
Charger & buku doa sebagai peneman |
BEG IBU
Selipar ikut keselesaan ibu ye kalau yang sarung tanpa jari tu pun ok. Nursing bra, panties & maternity pad tiada dalam gambar. Sila bawa ye:) |
Barut belacu tu sesaja bawa kalau rasa perut terlondeh boleh pakai untuk badan rasa kemas. |
Towel memang bawa dua...sehelai lagi towel rambut |
Kalau chinese tak basah rambut, orang melayu pagi boleh..mandi petang yang tak digalakkan basah |
Setiap paket asasnya letak la kain batik, baju lengan panjang, stokin, bra. panties & maternity pad. Sonang idup tak memunggah nak pergi mandi walaupun toilet dalam bilik:) |
Orang cakap dalam pantang kena busuk-busuk sikit..tapi kalau ketiak hangit i tak tahan uolls:p Sikat & getah rambut nak sanggul tinggi jangan lupa ye:) |
Cukup la busuk herba. Jangan busuk gigi, busuk rambut, busuk hati..hoii jangan! |
BEG BABY
Untuk 2hari 1malam..tapi ni terlebih sebab hospital ada baju baby sendiri. |
Untuk husband bagi kat nurse dalam labor room label sesiap ye. |
Pek siang..bawa baju butang depan/tepi lebih senang nak jaga pusat baby |
Pek malam..kalau sleepsuit dah ada stokin,so tak perlu sertakan |
Baju nak balik rumah..yehuuu!! |
Baju & diapers tambahan..kot-kot tak cukup:) |
Normal & face towels |
Toiletries..selalunya hospital dah ada. Bawa shaklee head to toe tu je pun dah cukup |
Alhamdulillah walaupun pengalaman bersalin wanie kongsi haritu ada pahit manisnya. Tapi syukur wanie cepat pulih. Lepas masuk wad tu tak menyempat tunggu 2jam wanie terus shake ESP. Esok tu husband tegur "sayang nampak sihat dah!" Mungkin semalam bersalin dia tengok isteri dia macam dah nazak gamaknye..erkk!
Sejak dah kenal set berpantang shaklee waktu bersalinkan Ali Imran dulu, memang wanie sendiri jual sendiri makan sebab puas hati sangat! Luka cepat sembuh kenyang lebih lama, ikhtiar untuk menyusukan anak pun makin mudah. Paling best sebab badan fresh & bertenaga waktu berpantang. Bila ada tenaga, stress pun kurang.
Anak sulong dulu wanie stress level menangis. Murah sungguh air mata, sensitive sungguh hati tisu ni sebab badan lemah sangat. Sakit seluruh sendi & jahitan. Nak mengesot je ambil anak bila dia nak menyusu. Nak terima tetamu dulu pun bersalah sangat rasa sebab takde tenaga nak layan. Makan lewat memang gigil badan. Pakej boleh menangis+rasa nak marah. Tapi Allah ganti sesuatu yang indah, Ammar Naufal anak yang mudah. Tak banyak ragam atau menduga jiwa ummi yang lemah waktu tu. SubhanAllah..Allah yang Maha Tahu kemampuan hambaNya.
Allahu... Pengalaman dulu mengajar wanie pentingnya emosi dalam berpantang. Tak salah nak berpantang first class setelah 9 bulan badan kita cukup kuat menahan kesakitan, alahan, sakit pinggang hingga saat berjuang melahirkan. Bab berpantang next entry wanie story taw. Wanie doakan semua mommies diberikan kesihatan fizikal yang baik & jiwa yang tenang selepas melahirkan. Aamiin.