Open House

September 01, 2012

Assalamualaikum

Phewwww...giat seharian ber 'open house' ke sana sini. Gigih membawa perut yang berat, padat & sendat ke sana ke mari.Dan apa yang paling penting, saya dapat jumpa semula kawan-kawan lama dari sekolah rendah-menengah dulu.Dapat menghabiskan masa bersama-sama untuk berkongsi cerita dan perkembangan terkini. Hmm..cepatnya masa berlalu.Alhamdulillah, masing-masing bahagia dengan kehidupan terkini.Happy:)

Seronok bila Miha, Suhaili & Liza datang menjemput saya dirumah, rasa macam nak gi kutip duit raya lagaknya. Berbekalkan perut yang kosong & berkeroncong.Dalam kereta,saya & kawan-kawan tak habis-habis meneka menu-menu menarik yang bakal dihidangkan. Rumah Ayu selaku rumah pertama yang diserang hendap oleh kami dijangkakan akan mengalami kerugian yang amat dahsyat akibat kedatangan tetamu yang mampu melicinkan apa saja.Tinggal pinggan mangkuk je selamat.Tu pun hampir-hampir jee..skett je lagi:P

Kamilah Si Gadis Desa...Phewwiett yang kanan tuh!Hahahaa:P
Dari kiri: Miha, Wani(nak jugak!),Liza,Suhaili & Ayu.

Alhamdulillah..bergelar Dr. sudah sahabatku ini..Dr.Liza. Semulajadi sangat sopan.Terus sembuh kalo jadi pesakit Liza ni:)

Dah alang-alang hijau cam padi tu kannn..Menggedik skali:P

Itu dia..tuan rumah bakar sate bertemankan angin sawah padi yang sepoi-sepoi bahasa.Mana nak dapat makan sate kat tempat best camni babe!syurrrr jee:)


Sate tiada had.Makan selagi termampu.Diaorang akan terus bakar..dan bakar.. dan bakar..

Nasi tomato,bihun sup,mee goreng..alaaaa..macam-macam ada:) sesuai dengan keperluan perut kami:P

Sate round ke-4.Ini memang jaguh bertahan..cakap banyak pun tak guna maaa:P

Tuan rumah silap besar arr buat puding karamel giler sedap nihh..lepas tu jemput pulak org mcm saya. Erkkk:P

Lepas dah pening-pening lalat akibat kekenyangan tu..kitaorang bertandang pula ke rumah suhaili.Akibat perut dah penuh, so kami terpaksa menggunakan perut kedua.*Ehh!ko ingat lembu ke ada sampai 4 perut? Tapi yela kan..dah mak suhaili hidangkan laksa, takkan saya & kengkawan nak tengok je kan?Favourite tuhh!so,memang gasak arr guna spare tyre ke,perut kedua ke,asal dicerna & dihadam dengan baik dah la. Nyumeyhh..

Comel sangat ada buah anggur tu, simbolik santapan diraja gitu.I like..like! Thanks makcik!


Fuhh..lagakku mengalahkan tuan rumah."Ye..jemput makan semua, jangan malu-malu:P"

Lepas dah tersandar kekenyangan, kitaorang mencari mangsa untuk dibuli & diuli. Apa lagi, si Aleesya gebu ni la pengubatnya.Mommy Aleesya ni senior saya dari sekolah rendah & samihah ni pulak auntynya.Kecik je kan dunia ni? Baby Aleesya ni baby susu ibu 100%, kalau pump simpan dalam botol pun dia taknak taw. Nak yang fresh,segar dari ladang.Memang mencabar gak kan sebab mommy dia berkarier.Tapi Alhamdulillah, urusan yang baik itu sentiasa Allah permudahkan. Aduhaaii, sangat la cerdik & menghiburkan. Mommy dia memang tak bosan kalau duduk rumah sesorang pun. Keletah si Aleesya bukan setakat atok & nenek dia je yang rindu, kitaorang aunty-aunty ni pun asyik teringat-ingat nak jumpa dia lagi:)


So adorable

Ok...slowly dah boleh jadi geng:)

Aleesya sibuk melayan tetamu

Opsss...sabar jela aku budak nih.Geraamm:)

Serius kan??cam BFF je dengan suhaili..Hahaha:P

Dengan aunty penyayang:)


Brilliant Aleesya disamping aunty wani:) 

Layanan Aleesya kat kitaorang semalam memang tiptop.Rasa nak datang lagi sebab dia laa.Part paling best, bila kitaorang nak balik..Aleesya siap nangis-nangis lagi sebab dia rasa macam hilang kawan/teman agaknya.Dah takde orang ramai-ramai nak melayan dia kan..walaupun dia mungkin nak mengada-ngada je. tapi ntah la,saya cam touching sket la.Berat hati gak rasa.It's ok,nanti Aleesya dah besar sikit..kitaorang datang lagi ye:)

Why so sad?? sedih la aunty camnnih:(

Seronok sangat umur-umur macam sekarang ni masih berkesempatan menghabiskan masa dengan kawan-kawan sekolah.Rasa muda & innocent abes.Hehehe..Lepas ni,saya akan merindui kawan-kawan saya. Walaupun lepas ni kehidupan masing-masing akan berubah, tapi saya harap kami masih diberi kesempatan untuk berjumpa atau bertanya khabar. InsyaALLAH..