BAJU VS MAKEUP

November 22, 2017

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah selesai kenduri adik ipar wanie. Didoakan pasangan Age & Amalina berbahagia hingga ke Jannah.
ada tambahan ahli baru sebaya ammar..cer cari:p

Jadi tujuan sebenar menulis ni sebab wanie nak kongsikan serba sikit idea untuk kawan-kawan yang berhajat nak tempah baju atau makeup untuk sebarang event. Dari segi harga wanie boleh katakan berbaloi sebab segala urusan dari A to Z semuanya mudah, tak renyah or leceh, hasil kerja pun puas hati.  Memadai untuk tampak presentable di hari bahagia family kita.


Sebab kalau pengalaman tempah baju kahwin dulu memang lain la sentuhannya, setiap perincian sangat detail & halus. Komitmen u kat baju tu pun..perghh..perghh..nak cari material,nak fitting segala bagai.Oh letih! Zaman sekarang ramai yang suka tempah dekat IG je kan? tambah pulak bila raya, designer tu buatkan complete baju melayu suami & anak-anak sekali.

suke la husbandku dapat sedondon dengan i tu..muahaha

Tapi wanie nampak macam harapan la nak tempah baju satu family macam tu sebab husbandku memang ada tailor dia sendiri yang dipercayai dari dulu,kini, selamanya agaknya. Tailor tu kiranya sangat tabah dengan perubahan size badan husbandku yang sekejap comel,sekejap sado tu:p

Dewan Jubli Perak Politeknik Ungku Omar

Dipendekkan cerita, ini percubaan pertama wanie hantar baju ke bangunan Mara yang tepi sogo tu. Bukan taknak hantar kat tailor kahwin dulu..tapi harga 2017 untuk baju biasa pun dah wow caras baju pengantin agaknya. Lagipun kami nak tempah secara berjemaah kan.Baju mama,baju biras semua. 

Tapi bila korang masuk kat bangunan mara tu memang ramai sangatlah tailor berbakat.Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Jadi kalau untuk baju wanie ni..wanie tempah kat R.I collection. Butik menghadap kedai kad kahwin nostalgia wanie tempah kad undangan dulu:)

Kekdahnye butik ni korang request la design saloma ke, hetty koes endang ke semua boleh...tapi dengan syarat, material semua sedia sendiri. So korang yang berhajat nak letak lace ke,combine dengan chiffon ke,kena ada ilmu la nak pakai berapa meter total kain. Kalau tak, boleh whatsapp Dewi pembantu kedai dulu tanya design gini nk guna berapa meter? Haa..itu tips tak menyesal dikemudian hari ye.

Untuk makeup pulak, ini paling pantas sekali wanie buat kerja.Sebab last minute. Setengah jam  je scroll kat IG,cari MUA sekitar Ipoh, zass zass terus cari hashtag muaipoh...jumpa la IG @dhiaamran. Whatsapp, buat payment & locked! Alhamdulillah masih sempat slot in walaupun Dhia ada makeup orang bertunang pagi tu. Kalau bakal pengantin jangan cari pasal okay...last minute zaman sekarang memang harapan sangat kalau ada MUA yang available untuk awak. Wanie ni lain laa..suka-suka je..muahahaa..sebab wanie ada 4 batang je berus makeup yang membosankan. Siap satu berus tu Ali jilat pulak tu.Aiyakk!!

Jadi makeup dengan Dhia ni ceria & peramah orang nye. Siap offer wanie untuk dia stylekan tudung tak? wanie yang kertu dah lama tak merasa sentuhan MUA ni, mesti la hegeh-hegeh nak kenn..sebab dah tak kuasa mikir dah. Bayangan Neelofa, Vivy semua muncul laa:p Seronok orang stylekan,kita nii tinggal tadahkan muda je:p

alien! 

Tapi lepas makeup..ini adalah kehidupan realiti. Anak bergayut dengan baju kelawar

Sempat wanie tanyakan Dhia, kalau jeragat ada makeup yang sesuai ke? Dhia jawab...ehh takpe wanie! sekarang memang trend makeup nampak kesan-kesan jeragat gituew..Makeup liquid based,light je. Tak tempek dah foundation macam krayon tu:p Makeup wanie ni pun simple je tanpa bulu mata. 

Pendek kata keyakinan diri kena setinggi gigi hadid la kononnya..sebab trend makeup sekarang ala-ala runway model,no makeup makeup & sama spesies dengannya.

Ishhkk tak boleh bayang makeup wanie kalau tadah muka tanpa ikhtiar vivix & collagen dulu.Mahu nampak jeragat bertompok. Sekarang ni makeup light light je pun dah ok. Kulit pun makin lembab & sekata. Alhamdulillah. Member-member wanie yang ada parut jerawat yang biasa atau macam kawah tu memang best sangat kalau try collagen taw. Banyak lagi manfaat dia. Tapi kalau dah masuk usia 30an tu..masa terbaik untuk cuba:)

Those yang berminat nak cuba vivix atau collagen shaklee macam yang wanie consume ni, wanie pun ada jual jugak taw. Untuk consultation lengkap penggunaan yang berkesan,cara consume yang betul boleh hubungi wanie di 019 5150 945. Kita sihat & cantik sama-sama okay:)










Ali Imran

BERTAPA CARI SET BERPANTANG

November 08, 2017

Assalamualaikum lovelies!

Ali Imran tengah tidur ni, wanie nak berkongsi pengalaman cari set berpantang anak ke-2. Yang Allah izinkan jauhhhh lebih baik keadaan berpantang dari yang sulong dulu. 

Mungkin sebab pengalaman berpantang dulu buat wanie serik(next entry wanie story taw) Sampaikan kepala ni dah mula merangka-rangka anak ke-2 ni wanie nak berpantang tiptop, 5 star bagai.

Jadi bermulalah misi giat survey set berpantang. Nak berpantang tiptop lah katakan:p 

Mula-mula hati terpaut pada 1 jenama traditional ni, punya kaji bagai nak rak..tapi nampak fungsinya lebih untuk bantu kembali slim. Anak jaundice tak boleh makan pulak.Aduhaii..risau tak habis macam set berpantang anak sulong dulu je.

Concern wanie yang dah 83kg pada saat tu tentu-tentu la nak slim. Tapi taknak ganggu penyusuan, nak ceria-ceria,meriah-meriah belaka harapan waktu tu. Nak cepat pulihkan luka, taknak jalan mengesot cam dulu. Nak bertenaga, dapat sokongan dari dalam.

 Sebab anak sulong dulu set berpantang banyak fokus luaran je.Oh seksa! cukup la sekali lemah terkulai tak bertenaga. Wanie taknak ganggu anak jaundice jugak. Bayangkanlah kalau baby jaundice 2 minggu? Takkan la after 2 minggu  wani yang badan dah lemau,lembik masuk angin ni baru nak berpantang sempurna kan?

Punya la banyak 'taknak' waktu tu..semuanya gara-gara serik pengalaman dulu. 

Akhirnya wanie study cari info sana sini, borak dengan kawan-kawan..ramai sangat bagi positive feedback. Akhirnya wanie nekad nak cuba set berpantang shaklee. 



Set berpantang dah sampai kat office, wanie tak bersalin lagi. So wanie pun excited giler la nak try sebelum bersalin. Dengan perut boyot tapi masih perkasa tu..wani usung kotak brader Gdex hantar tu bawak balik rumah.

harini order,esok dah sampai..lalala!

Malam tu sebelum tidur ambil ostematrix, Alhamdulillah...untuk malam pertama kakiku tak cramp! Tapi tak cukup kagum lagi..esok nak try ESP pulak!

Esok pepagi sebelum gi mengajar tu wani shake ESP. Siap pakej kalut tak sempat breakfast! Guess what? class 2 jam direct kat kolej tu tak terasa pun.Boleh berdiri steady je walaupun waktu tu kaki memang dah bengkak-bengkak, pinggang pun macam dah tak boleh laras:p 

Habis class pukul 1 baru teringat yang tak makan lagi. Pelik! takde la selera raksasa macam selalu. Tapi lelaju jugak balik lunch sebab nak isi perut jugak.

Alhamdulillah sempat wanie menjalani rutin ni dalam seminggu sebelum bersalin. Terkilan juga tak rasa nak cuba dari awal kandungan.Sampaikan berat badan dulu naik tak terkawal. 

Tapi takpe,jodoh kami mungkin lewat sedikit, tapi kenangan manis bersama wanie tak pernah lupa. Malah setia sampai harini.

Nanti wanie share pengalaman bersalin pulak ye. Sudi-sudikanlah jenguk blog picisan wanie ni. 

Eh,kalau nak order dari wanie pun boleh saja taw,nanti wanie guide & kita boleh kongsi-kongsi pengalaman. Roger je whatsapp wanie di 019-5150 945

moment last melepak dengan kawan-kawan before bersalin..Inilah gambo wanie yang paling slim:p




Activity

INGAT SIS TAK?

November 03, 2017

I'M BACK!!

Assalamualaikum lovelies! Wowww!! Masih ada ke yang ingat kewujudan blog wanie ni? Lama sungguh rasanya tak curahkan idea menulis kat blog.

Tapi bukan tak rindu...

Perkongsian terakhir pun tentang majlis kahwin je. Cer bayang sekarang dah anak 2? Ohmaii..kau nak mula cerita dari mana ni wanie?

Melihatkan anak-anak bujang yang kian membesar depan mata, rasa sayang kalau wanie tak simpan kenangan kisah mereka dibesarkan.

Rasa rugi jugak kalau tak sama-sama berkongsi idea & minat dengan geng mak dara & gadis-gadis kesayangan.

Kalau ada yang tertanya kenapa header blog 'AND EASE MY TASK FOR ME 20:26' ?

Haa...walaupun wanie bukan ustazah, tapi korang boleh rujuk surah Taha 20:26.

Analoginya wanie hanyalah seorang hamba yang dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar masalah semuanya mengharap pada Allah untuk dipermudahkan segala.

Sungguh tak mampu diri ini nak menanggung sendiri walau hanya sesaat.

Wanie doakan semua geng yang singgah baca blog ini diberikan jiwa yang tenang berbahagia, sentiasa positive & ceria selalu.

Salam Sayang wanie untuk semua geng yang dirindui.

                                   Ammar Naufal & Ali Imran sabotaj birthday daddy:p