KELENGKAPAN KE HOSPITAL BERSALIN

July 17, 2018

Assalamualaikum mommies!

Dah bersiap-siap nak lapor diri kat hospital ke tu? In Shaa Allah wanie doakan lancar urusan semua ibu-ibu yang pergi berjuang melahirkan para khalifah ke muka bumi ni. 

Setiap hospital tak sama. Ada yang dah sediakan hampir semua kelengkapan. Maksudnya check in hospital bawa diri je pun boleh.

Tapi persediaan awal tak pernah rugi sebab kita nak selesa-selesa je kat sana. Taknak kurang itu ini kan..susah jugak nanti semua nak kirim kat en.suami ulang alik belikan kat kedai.

Sebab wanie anak sulong dulu bersalin awal,ngam 36wks. Jadi malam dilanda contraction tu la baru mula nak mengemas. Alhamdulillah tak terasa kekurangan apa sangat cuma termos je ibu & mama terpaksa gi belikan lepas bersalin tu sebab nak bancuh milo. Termos tula wanie bawak ke hospital sampai anak ke3 ni. Ishkk..sayang sungguh kat termos tu. Hehee..

Jadi kelengkapan nak check in hospital ni wanie bahagikan kepada 3 kategori yang wanie dah ringkaskan.

1. RAGA
2. BEG IBU
3. BEG BABY


RAGA

Gaya nak gi berkelah dalam wad:)

Ok,dalam raga wanie bawak barang-barang ni :

Memang dari dulu suka angkut ESP dalam tong. Kurma & air zamzam pun memang wanie tak tinggal.
Senjata rahsia tak missed bawak dari anak ke-2 dulu..best sangat! 
Nikmat weyhh minum milo panas lepas bersalin.

Charger & buku doa sebagai peneman 

BEG IBU

Selipar ikut keselesaan ibu ye kalau yang sarung tanpa jari tu pun ok. Nursing bra, panties & maternity pad tiada dalam gambar. Sila bawa ye:)

Barut belacu tu sesaja bawa kalau rasa perut terlondeh boleh pakai untuk badan rasa kemas.

Towel memang bawa dua...sehelai lagi towel rambut

Kalau chinese tak basah rambut, orang melayu pagi boleh..mandi petang yang tak digalakkan basah

Setiap paket asasnya letak la kain batik, baju lengan panjang, stokin, bra. panties & maternity pad. Sonang idup tak memunggah nak pergi mandi walaupun toilet dalam bilik:)

Orang cakap dalam pantang kena busuk-busuk sikit..tapi kalau ketiak hangit i tak tahan uolls:p Sikat & getah rambut nak sanggul tinggi jangan lupa ye:)

Cukup la busuk herba. Jangan busuk gigi, busuk rambut, busuk hati..hoii jangan!


BEG BABY

Untuk 2hari 1malam..tapi ni terlebih sebab hospital ada baju baby sendiri.

Untuk husband bagi kat nurse dalam labor room label sesiap ye.

Pek siang..bawa baju butang depan/tepi lebih senang nak jaga pusat baby

Pek malam..kalau sleepsuit dah ada stokin,so tak perlu sertakan

Baju nak balik rumah..yehuuu!!

Baju & diapers tambahan..kot-kot tak cukup:)

Normal & face towels

Toiletries..selalunya hospital dah ada. Bawa shaklee head to toe tu je pun dah cukup

Alhamdulillah walaupun pengalaman bersalin wanie kongsi haritu ada pahit manisnya. Tapi syukur wanie cepat pulih. Lepas masuk wad tu tak menyempat tunggu 2jam wanie terus shake ESP. Esok tu husband tegur "sayang nampak sihat dah!" Mungkin semalam bersalin dia tengok isteri dia macam dah nazak gamaknye..erkk!

Sejak dah kenal set berpantang shaklee waktu bersalinkan Ali Imran dulu, memang wanie sendiri jual sendiri makan sebab puas hati sangat! Luka cepat sembuh kenyang lebih lama, ikhtiar untuk menyusukan anak pun makin mudah. Paling best sebab badan fresh & bertenaga waktu berpantang. Bila ada tenaga, stress pun kurang.

Anak sulong dulu wanie stress level menangis. Murah sungguh air mata, sensitive sungguh hati tisu ni sebab badan lemah sangat. Sakit seluruh sendi & jahitan. Nak mengesot je ambil anak bila dia nak menyusu. Nak terima tetamu dulu pun bersalah sangat rasa sebab takde tenaga nak layan. Makan lewat memang gigil badan. Pakej boleh menangis+rasa nak marah. Tapi Allah ganti sesuatu yang indah, Ammar Naufal anak yang mudah. Tak banyak ragam atau menduga jiwa ummi yang lemah waktu tu. SubhanAllah..Allah yang Maha Tahu kemampuan hambaNya.

Allahu... Pengalaman dulu mengajar wanie pentingnya emosi dalam berpantang. Tak salah nak berpantang first class setelah 9 bulan badan kita cukup kuat menahan kesakitan, alahan, sakit pinggang hingga saat berjuang melahirkan. Bab berpantang next entry wanie story taw. Wanie doakan semua mommies diberikan kesihatan fizikal yang baik & jiwa yang tenang selepas melahirkan. Aamiin.

BERSALIN LAGI KE?

July 09, 2018


27 Ramadhan, 12 Jun 2018

10.35 am : ada rasa mild contraction, macam menstrual cramps tu.
Ok, waktu ni dok mesej family whatsapp group lagi tanya biras, pernah rasa brixton hicks tak?
Mama dah siap google & bagi info pasal brixton hicks ni. Thank you mama & birasku, kak eda😘

Lepas tu tanya kat kengkawan fb pulak. Rata-ratanya yang hadapi brixton hicks ni seminggu ke 2 minggu sebelum betul-betul bersalin.

Tapi sakit ni walaupun mild, tapi boleh rasa makin lama dia tak se ‘mild’ awal-awal tadi.

Tapi tetap positive walaupun usia kandungan 37w5d dah waktu tu. Memang logik sangat dah kau boleh bersalin. Tapi masih dalam denial state sebab tak turun tanda apa-apa pun?
Ammar Naufal dulu kembar darah, Ali Imran pulak kembar air. Yang kali ni takde turun tanda pun? Memang sohih dok ingat brixton hicks. Syukur la Ammar pun dah cuti sekolah waktu tu. Boleh la ummi relax sekejap layan contraction.

Sebelum zohor tu husband call, tu hari terakhir beliau kerja sebelum cuti raya. Husband tanya semua ok tak? Nak abang balik sekarang ke?
Memula tu wanie cakap rasanya balik petang nanti pun takpe kot. Tapi lepas tu cakap.. ishkk..tapi macam makin sakit je nak banding pagi tadi. Otak ni dah tak boleh buat keputusan dengan waras dah. Syukur la husbandku tak telan bulat-bulat cakap isteri dia😬

Ngamm baru lepas sehari kemas beg..tuptup dah rasa contraction
Sementara husband nak sampai tu dah boleh rasa contraction makin kuat. Tanda dia makin kuat bila korang susah nak layan sakit tu sambil buat kerja. Tapi layan contraction sambil baring lagi seksa ok.. jadi wanie pilih untuk berjalan tawaf rumah sambil kemas beg 2 bujang tu nak teman ummi tidur kat hospital. Korang yang ada gym ball pun membantu jugak.

Anak sulong dulu siap pergi antenatal class. Anak ke3 ni jenuh nak ingat balik. Bila sakit tu datang, wanie bersidai jap kat meja makan, tapi wanie tak duduk. Husband sampai rumah tu tengok isterinya muka dah macam peninju tomoi dah. Husband terus suruh gi mandi & jom menyerah diri kat hospital. Sambil tu husband mandi & siapkan anak-anak. Lepas mandi terus shake minuman protein ESP untuk tenaga, ambil kalsium ostematrix ikhtiar elak cramp dalam labour room,makan kurma & minum air zamzam. Anak kedua dulu pun wanie amal gini je sebab nak ada tenaga dalam LR nanti.

Sebelum keluar rumah wanie cium, minta maaf  dengan suami & anak-anak. Tapi cium anak sulong ni tak boleh lama-lama nanti umminya nanges. Rasa macam tak terjaga semua perasaan dia selama ni. Ada ke mommies yang rasa macam ni? Sobsss! Ok ummi kena kuat, tak boleh layan emosi koyak time gini.

4.00 pm : Turun je kereta guard terus keluarkan wheelchair. Mommies terus cari wheelchair taw sebab pengalaman wanie anak sulong dulu usaha jalan kaki masuk ke hospital sedangkan tak tahu dah 9cm waktu tu. Patut rasa nak terkeluar anak tengah jalan.

Guard tolak gi check tekanan darah semua. Husband gi parking kereta. Elok Dr nak ve baru nampak ada show. Blood spot. Kat hospital baru turun tanda. Ni sama macam Ammar, kembar darah. Dr cek je dah 7cm, terus tolak gi LR.

4.30 pm : Kat dalam LR tu jugak buat CTG. Sambil tu dok dengar suara nurse & husband bincang ambil bilik pakej apa. Bila contraction menyerang, mesin tu biasa la kann..bunyi dia macam cemas tu! Contraction serang sekali lagi terus pecah air ketuban. Ni pulak sama macam Ali, kembar air. Anak dara ni kira kembar darah & air. Sapu bersih semua. Kiranya malam tu berterawikh kat wad ja anak beranak:)

Toilet bersih & tak perlu berebut..senang husband nak mandikan anak-anak
Nak bawa anak-anak berkhemah kat sini
Cari benda tersembunyi

Thank you husband check in kan percutian 2 hari 1 malam

Tapi beza contraction anak lelaki memang padu. Rasa macam dilanggar-langgar dia punya nak keluar. Yang gegirl ni sakit memang sakit..tapi rempuhan dia mild sikit.

5.00 pm : Awal-awal tu Dr pesan jangan push lagi. Kita tunggu sikit lagi. Yang kita ni pun dok confuse tunggu contraction yang paling padu sebab kali ni tak cukup kuat triggered diri untuk push walaupun tak ambil epidural ke apa. Lastly sampai Dr pesan nak push bagitahu ye.

So mommies tak perlu bazir tenaga dengan menjerit atau meneran setiap masa. Akan ada gelombang macam tsunami nanti sebagai petanda mommies kena pushhhh!! gelombang macam korang rasa nak berak sembelit tu. Waktu tu mommies tarik nafas, tutup mulut jangan nampak gigi, tangan pegang tumit kaki..mata tengok perut & pushh!! Ini apa yang wanie buat untuk 2 anak sebelum ni.

Tapi kali ni macam silap teknik daa.. dah katil tu ada besi untuk letak kaki tu, kita ni excited la pi try. Adududu! Nampaknya mungkin besi tu berguna untuk orang lain, tapi bukan diriku. Memang boleh buat sepakan penalti je kalau dapat besi tu. Siap tukang urut tanya lagi Pn ada guna tempat letak kaki tu tak? Sebab urat lari. Dan kalau untuk pandangan CL, diaorang memang tak galakkan. Tapi bab ni ikut keselesaan korang k.

5.34 pm : Alhamdulillah..anak dara sulong kami selamat dilahirkan. Atas izin Allah, husband masih sempat untuk teman sekejap bagi semangat, menyaksikan kelahiran, potong tali pusat & azan untuk si anak walaupun terpaksa keluar masuk labour room. Mana taknya, bujang 2 ketul tu ada kat luar LR. Takde siapa yang nak tengokkan. Jadi daddynya ulang keluar masuk LR sementara tunggu mama & papa sampai dari Ipoh.
Alhamdulillah..anak dara sulong.
Fresh from oven..lahir muka Ali,skrg mcm muka Ammar pulak
Mengopi tapi takde geng membawang

Lepas anak dah keluar, ingatkan dah lega. Keluarkan uri, jahit semua tu. Rupanya anak dara terlekat uri. Busy nak keluar tadi, tertinggal handbag. Part ni nak story pun masih terasa nyilu & sakitnya lebih dari bersalin tadi. Dengan sakit bersalin pun belum hilang, kalini Dr masukkan tube kencing tu. Kalau tekan perut keluarkan uri tu rasa senak & macam contraction sikit kan? Ok, tapi tahap sakit kali ni badan dah tak boleh nak tolerate, suami kat sini bagi semangat lebih dari bersalin tadi..hehee..itulah kali pertama dalam hidup wanie minta oxygen (entonox) tu. Tu pun masih sakittt! Cuma high dalam 20%  je. Rasa macam jenazah pun ada,dengar setiap patah orang uruskan kita, tapi takde daya dah nak buat pape. Insof! Sedih sangat! First time nangis lepas bersalin weyhh.. sebab rasa macam dah nak mati. Waktu tu fikir syukur anak dah selamat jer. Alhamdulilah..baru 3 anak pun dah rasa macam-macam pengalaman. mommies yang beranak 5-10 dah tentu-tentu ada banyak cerita. Next entry In Shaa Allah wanie kongsikan senarai barangan nak berangkut ke hospital ye. Take care mommiess!