Bertandang

November 12, 2013

Assalamualaikum

Inshaallah.. bertandang ni dah dikira episode akhir entry perkahwinan. Makanya boleh berkongsi perihal atau memori lain pulak lepas ni..Inshaallah:)

Majlis bertandang sebelah lelaki yang berlangsung keesokkan harinya di Ipoh, Ahad 3/3/2013. Alhamdulillah berjalan dengan baik. Fuhhh!! jauh lebih relax rupanya majlis bertandang ni bagi pengantin perempuan, datang bawa badan je.Selebihnya mama papa dah uruskan semua. Kalau di Penang pun sama, bab-bab catering semua pengantin tak payah nak serabut fikir, ibu ayah dah selesaikan semua.Paling rajin pun turun padang tengok orang pasang khemah jela:p tu pun tak menyempat nak buat.Terima kasih mama papa & ibu ayah:)


Untuk persalinan di Ipoh, mama dah belikan kain lace untuk majlis tersebut. Dah pernah story dah pun kat entry kain bertandang dulu. Makanya, tinggal nak bikin baju je. Kecuali persalinan husbandku kena cari yang sedondon. Alaaa..susah apa, duchesse satin kat Jakel kan banyak. Pilih je warna apa yang berkenan di hati:)

Untuk khidmat solekan, saya tetap memilih sentuhan Farah Dina sebab mudah bekerjasama dengan Farah ni & hasilnya pun tidak mengecewakan. Kiranya untuk semua majlis dari nikah, berinai, sanding & tandang saya menggunakan perkhidmatan MUA yang sama. Alhamdulillah Farah memang best! Untuk menatarias pengantin lelaki pulak,khidmat tersebut dilakukan oleh suami Farah. Kiranya diaorang ni pasangan yang bergabung, meletopss gitueeww!Hehehe..

Traditional tak muka saya?Hehee..mama kata kenduri ni bertemakan melayu traditional.So pejam mata,tarik nafas dalam-dalam & amek aura Tun Fatimah gitueww.Over kan menantu mama?:p

Saya suka cara husband farah pakaikan sampin untuk suamiku bagi ke 2-2 majlis. Simple & kemas:)

Pelamin traditional bagi majlis bertandang..Ok,mood Tun Fatimah dah sampai :p

Hahaa...sesampai je dewan nampak ada frame gambar bertunang dulu untuk guest turunkan tandatangan. Terima kasih mama papa sebab sediakan semua ni. Ikutkan pengantin, guestbook pun tak sempat nak sediakan. Sebab bila dah saat-saat akhir, terpaksa lebih focus untuk hal-hal major. Jadi yang mana terlepas pandang tu, kira pejam mata jela. Tapi tak sangka mama papa dah sediakan sebesar-besar ini. Oh terharu!Huhuu..


Gambar kenangan majlis pertunangan 3/3/2012 yang telah diframekan

Ok, pengantinnya dah sampai. Dalam kereta nervous la konon, turun-turun  kereta je bila dah senyum kat semua orang...rasa macam konsert jelajah era je, terus rasa ok. *Poyo ngko bajet artiss tak hengat:p Lambai orang pun guna jari jemari je uollss..padahal gaya lambaianku yang sebenar adalah macam mamat jaga parking tu..husband pun cakap camtu..sobsss:p  Tapi betul la kawan-kawan, untuk diri saya la kan..senyuman membuatkan tekanan darah saya stabil & rasa lebih tenang,yakin boleh, berdedikasi & berfikiran jauh..Haaaa...tu over dah tu! Tapi saya yakin, korang semua pun percaya kepada kuasa senyuman kan? acehhhh:p

Tips untuk bakal pengantin, selawat je waktu ni..bila dah pandang je muka tetamu, senyum lebar-lebar. Inshaallah semuanya ok:)

Terlalu sibuk senyum kat tetamu sampai terlupa tengok muka husband manis ke cuak.Hahaha:p


Adik pandang-pandang:p

Papa

Comel-comel plak adik-adik penari mama carikan ni:)

Keluarga sebelah suamiku

Keluarga besar beliau

Keluarga besar saya

Kawan-kawan husband

Kawan-kawanku yang hadir majlis sebelah Ipoh, thank you bebeyhh!

Jyeaahh bro...wassuppp!! aksi kawan-kawan lama:p

Potong kek...nyummmss..

Yeaahh..kami dah bersedia nak beramah mesra dengan tetamu. Ada gaya cam putera william tak my husband lambai tangan?Hahaaa..kasi chance arr raja sehari.p

Memperkenalkan...ini opah saya!! orang Perak gak yob! kalo tengok gaya ayah wat memek muka or ketawa di usia-usia gini ni, mesti teringat kat opah:) anak beranak kann..

Ciuman ewa penyekkkk dari ibu terchenta. Love u ibu!

Melayan para tetamu

Kawan-kawan mama yang sudi datang dari kL..terima kasih semua:)

Maknjang & Makcu saya.. orang kuat saya. Thank u aunties!!Muahxxx..

Anak dara yang cepat besar panjang..Marissa:)

Kami buah hati opah!!

Pasangan pengapitku yang bakal menimang cahaya mata Januari tahun depan, Inshaallah sama la kitee..moga urusan kita dipermudahkan:)

Bahu ni laa tempat bersandar,menangis, bersorak sorai,bergelak ketawa & mengusik en. husband. Kalau zaman bujang dulu saya suka usik ayah, sekarang berjangkit ke suami pulak:)

My buah hati..pengarang jantung.Oucchh!! Huhuu..

Cakkk!!

Model jualan harga runtuh jakel :p

Sama kes seperti diatas la nihh:p

Alhamdulillah...selesai sudah entry perihal nikah kahwin ni. Inshaallah entry-entry akan datang mungkin lebih banyak perkongsian kisah seorang isteri atau bakal mommy. Ecehhh:p

Hari disatukan adalah moment terindah untuk dikenang bagi setiap pasangan. Oleh itu, jadikanlah percintaan kita terus indah sepanjang usia perkahwinan. Cinta itu tidak pernah mengalami tua selama mana tuanya perkahwinan. Pahit manis, suka duka, tangis tawa..itulah baja menyemai cinta. Berlandaskan cinta utama terhadap Allah & Rasul.Tempatkan cinta itu dihati,perelokkan ia dengan sesuatu yang indah dimata & ditelinga. Moga percintaan saya & suami, kalian & pasangan sentiasa dalam pelihara & rahmat Allah. Inshaallah...