Melaka..With Love!

July 06, 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah minggu lepas, habis je paper..esoknye terus cabut pergi bercuti meringankan kepala di Melaka. Nak kata bercuti sangat pun tak jugak sebab hajat bebenornye nak pergi kenduri adik comel saya, Irine Nadia Marcello. Tapi sesambil tu sempat jugak la dimanfaatkan hujung mingguku yang indah. Serius dah agak lama tak rasa berseronok macam ni sejak buat thesis,presentation..blog pun dah agak lama tak update! yada-yada:P

Perjalanan ke Melaka..biarpun muka makin jelas berbentuk sfera,tapi saya tetap suka bergambar:)

Perjalanan dari Shah Alam ke Masjid Tanah,Melaka yang mengambil masa sekitar 2 jam,campur dengan sesat-sesat pulak kat pekan Masjid Tanah tu, menambahkan lagi keceriaan saya ke rumah kenduri. Saya sorang jela ceria sebab suka merapu, buat lawak bodoh dalam kereta, driver muka dah makin ketat babe sebab sesat.Lalala:P Tapi driver sporting..Thanks awak!

Sesampainya di perkarangan rumah Irine, terus hilang penat sebab pengantinnya sangat cantik. Comel sangat-sangat.Tak keterlaluan kalau saya katakan ini pasangan paling comel saya pernah jumpa! Keserasian mereka comel, jelingan mata pun comel, malu-malunye pun comel, bajunye pun comel,majlisnye pun cantik & comel. Wuargghh..akak sukee semua skali tentang majlis Irine. PERFECTO!Cuma sewaktu ketibaan kitaorang tu majlis memang di kemuncak, sangat-sangat sibuk. Makanya gambar-gambar yang sempat saya rakamkan pun memang tahap sibuk seolah-olah saya kena kerah cuci pinggan je gaya sibuknya:P Yang pasti saya seronok tengok majlis perkahwinan setiap negeri,berbeza dengan adat & makanan tradisi penduduk setempat:)

Maaf tak dpt snap proper pic..pengantin busy. Akak doakan Irine jadi isteri yang solehah & comel ok:)



Suasana gamat & meriah melatari majlis Irine:)

Asal boleh! Main belasah je nak duduk sebelah pengantin tanpa menghiraukan faktor size badan sendiri:(

Pemanis wajah di majlis Irine..

Adat la kalau jejalan ke tempat orang, tak sampai 2-3jam melantak nasi minyak..lapar balik.Kalo selama ni boleh makan pagi & malam je, tapi bila dah jejak ke bumi Melaka ni..terus bertukar jadi selera pahlawan:P

Ini dia pahlawan sedang makan:P

Tak susah pun kan nak ceriakan saya?Dapat makan je happy. Hilang merajuk-rajuk semua ke laut kalau orang bawa keluar makan.Hehee..

Benarlah kata pepatah, 'Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati' :P dari gambar jelas menggambarkan mood jalan-jalan saya kembali berkobar-kobar selepas makan. *Ko apa yang tak suka wani oii? makan,jalan-jalan,buang masa..memang rutin kot!

Bunga-bunga yang warna sedondon dengan baju semua jadi mangsa:)

Pakaian paling tak sesuai sekali untuk aktiviti riadah! 

Pose edisi lebaran..buat poskad raya nak pos kat ibu:)

Aktiviti malam diteruskan dengan Melaka River Cruise. Weehuuu! Susah nak cerita feeling naik bot malam-malam disertai dengan alunan muzik romantis, deruan angin Laut China Selatan, percikan bungapi & simbahan lampu neon bergemerlapan di kiri & kanan laluan bot.Terasa sangattttttt Venice u ollss..Fuhhh!Tak merasa kat Italy..kat Malaysia pun tak kurang hebatnye.Yang penting..feeling tu mau lebeeyhh!Bab ni korang kena belajar kuasai emosi la,dalam erti kata lain..syok sendiri:P

Selamat Belayar:P

Inilah Venice,Italy mengikut tafsiran khayalan saya yang kuat berangan-angan:P

Panorama indah yang dapat disaksikan dari atas bot:)

Meriah Melaka ni...Banyak Pesta:)

Turun-turun bot je perut minta isi.Apa lagi, saya kan penggemar tegar asam pedas.Yehaaa..cari port asam pedas yang baru.Baru boleh tahu asam pedas yang termasyhur & tersedap seantero Melaka:P

Terbaik di Melaka setakat ini! 

Hari ke-2 di Melaka,sebelum bertolak pulang ke Shah Alam, sempat saya singgah di Sizzling Stonegrill,Melaka. Ini dah jadi tempat kegemaran plak rasanya..wajib singgah kalau ke Melaka sebab kL takde:(

Mengenakan half top from SUGARSCARF. Bajet muda serta-merta:)

My Grilled Salmon & Prawns! Boombastikk!

Si dia & kambingnya :)

I. LOVE. U

Memandangkan kecintaan saya terhadap senibina,*walaupun gambar yang diambil tak berunsurkan seni langsung.Sempat juga saya meluangkan masa ke Kampung Morten yang masih lagi mengekalkan unsur senibina melayu lama yang masih dipelihara baik oleh penduduk setempat. Perkampungan ini mendapat pembiayaan penuh oleh kerajaan negeri untuk proses penambahbaikkan & pemuliharaan struktur binaannya. Lengkap spotlight lagi semua rumah-rumah kat sini.Pemandangan indahnya dapat disaksikan sambil menaiki Melaka River Cruise di waktu malam.

Selamat Datang ke Kampung Morten. Kampungku Indah..Melakaku Sayang (Motto negeri)

Penunggu Kampung Morten!

Rumah Hang Tuah agaknye dulu macam ni la rupanya. Cantik kan?

Halaman rumah ada rebana bagai..Rumah korang ade?Takde kan?Hebat la Kg.Morten!

Comel je serambi rumah ni..sekilas tengok saya terbayangkan Tun Fatimah:)

Rumah yang telah diubahsuai,namun masih mengekalkan struktur asal.


Suasana aman & tenang 


Teringin nak posing kat tingkap rumah ni:) Macam rumah iklan Adabi.

Rumah ni ceria & ada unsur Hari Raya. Salam Lebaran semua:P

Seharian di Bumi Melaka, mengembalikan nostalgia 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' *cheewahh..cam berkempen plak! Balik Shah Alam tengok rumah pangsa,rumah kedai,rumah teres laa pulak:P
















You Might Also Like

0 comments