Bertandang

November 12, 2013

Assalamualaikum

Inshaallah.. bertandang ni dah dikira episode akhir entry perkahwinan. Makanya boleh berkongsi perihal atau memori lain pulak lepas ni..Inshaallah:)

Majlis bertandang sebelah lelaki yang berlangsung keesokkan harinya di Ipoh, Ahad 3/3/2013. Alhamdulillah berjalan dengan baik. Fuhhh!! jauh lebih relax rupanya majlis bertandang ni bagi pengantin perempuan, datang bawa badan je.Selebihnya mama papa dah uruskan semua. Kalau di Penang pun sama, bab-bab catering semua pengantin tak payah nak serabut fikir, ibu ayah dah selesaikan semua.Paling rajin pun turun padang tengok orang pasang khemah jela:p tu pun tak menyempat nak buat.Terima kasih mama papa & ibu ayah:)


Untuk persalinan di Ipoh, mama dah belikan kain lace untuk majlis tersebut. Dah pernah story dah pun kat entry kain bertandang dulu. Makanya, tinggal nak bikin baju je. Kecuali persalinan husbandku kena cari yang sedondon. Alaaa..susah apa, duchesse satin kat Jakel kan banyak. Pilih je warna apa yang berkenan di hati:)

Untuk khidmat solekan, saya tetap memilih sentuhan Farah Dina sebab mudah bekerjasama dengan Farah ni & hasilnya pun tidak mengecewakan. Kiranya untuk semua majlis dari nikah, berinai, sanding & tandang saya menggunakan perkhidmatan MUA yang sama. Alhamdulillah Farah memang best! Untuk menatarias pengantin lelaki pulak,khidmat tersebut dilakukan oleh suami Farah. Kiranya diaorang ni pasangan yang bergabung, meletopss gitueeww!Hehehe..

Traditional tak muka saya?Hehee..mama kata kenduri ni bertemakan melayu traditional.So pejam mata,tarik nafas dalam-dalam & amek aura Tun Fatimah gitueww.Over kan menantu mama?:p

Saya suka cara husband farah pakaikan sampin untuk suamiku bagi ke 2-2 majlis. Simple & kemas:)

Pelamin traditional bagi majlis bertandang..Ok,mood Tun Fatimah dah sampai :p

Hahaa...sesampai je dewan nampak ada frame gambar bertunang dulu untuk guest turunkan tandatangan. Terima kasih mama papa sebab sediakan semua ni. Ikutkan pengantin, guestbook pun tak sempat nak sediakan. Sebab bila dah saat-saat akhir, terpaksa lebih focus untuk hal-hal major. Jadi yang mana terlepas pandang tu, kira pejam mata jela. Tapi tak sangka mama papa dah sediakan sebesar-besar ini. Oh terharu!Huhuu..


Gambar kenangan majlis pertunangan 3/3/2012 yang telah diframekan

Ok, pengantinnya dah sampai. Dalam kereta nervous la konon, turun-turun  kereta je bila dah senyum kat semua orang...rasa macam konsert jelajah era je, terus rasa ok. *Poyo ngko bajet artiss tak hengat:p Lambai orang pun guna jari jemari je uollss..padahal gaya lambaianku yang sebenar adalah macam mamat jaga parking tu..husband pun cakap camtu..sobsss:p  Tapi betul la kawan-kawan, untuk diri saya la kan..senyuman membuatkan tekanan darah saya stabil & rasa lebih tenang,yakin boleh, berdedikasi & berfikiran jauh..Haaaa...tu over dah tu! Tapi saya yakin, korang semua pun percaya kepada kuasa senyuman kan? acehhhh:p

Tips untuk bakal pengantin, selawat je waktu ni..bila dah pandang je muka tetamu, senyum lebar-lebar. Inshaallah semuanya ok:)

Terlalu sibuk senyum kat tetamu sampai terlupa tengok muka husband manis ke cuak.Hahaha:p


Adik pandang-pandang:p

Papa

Comel-comel plak adik-adik penari mama carikan ni:)

Keluarga sebelah suamiku

Keluarga besar beliau

Keluarga besar saya

Kawan-kawan husband

Kawan-kawanku yang hadir majlis sebelah Ipoh, thank you bebeyhh!

Jyeaahh bro...wassuppp!! aksi kawan-kawan lama:p

Potong kek...nyummmss..

Yeaahh..kami dah bersedia nak beramah mesra dengan tetamu. Ada gaya cam putera william tak my husband lambai tangan?Hahaaa..kasi chance arr raja sehari.p

Memperkenalkan...ini opah saya!! orang Perak gak yob! kalo tengok gaya ayah wat memek muka or ketawa di usia-usia gini ni, mesti teringat kat opah:) anak beranak kann..

Ciuman ewa penyekkkk dari ibu terchenta. Love u ibu!

Melayan para tetamu

Kawan-kawan mama yang sudi datang dari kL..terima kasih semua:)

Maknjang & Makcu saya.. orang kuat saya. Thank u aunties!!Muahxxx..

Anak dara yang cepat besar panjang..Marissa:)

Kami buah hati opah!!

Pasangan pengapitku yang bakal menimang cahaya mata Januari tahun depan, Inshaallah sama la kitee..moga urusan kita dipermudahkan:)

Bahu ni laa tempat bersandar,menangis, bersorak sorai,bergelak ketawa & mengusik en. husband. Kalau zaman bujang dulu saya suka usik ayah, sekarang berjangkit ke suami pulak:)

My buah hati..pengarang jantung.Oucchh!! Huhuu..

Cakkk!!

Model jualan harga runtuh jakel :p

Sama kes seperti diatas la nihh:p

Alhamdulillah...selesai sudah entry perihal nikah kahwin ni. Inshaallah entry-entry akan datang mungkin lebih banyak perkongsian kisah seorang isteri atau bakal mommy. Ecehhh:p

Hari disatukan adalah moment terindah untuk dikenang bagi setiap pasangan. Oleh itu, jadikanlah percintaan kita terus indah sepanjang usia perkahwinan. Cinta itu tidak pernah mengalami tua selama mana tuanya perkahwinan. Pahit manis, suka duka, tangis tawa..itulah baja menyemai cinta. Berlandaskan cinta utama terhadap Allah & Rasul.Tempatkan cinta itu dihati,perelokkan ia dengan sesuatu yang indah dimata & ditelinga. Moga percintaan saya & suami, kalian & pasangan sentiasa dalam pelihara & rahmat Allah. Inshaallah...

Kenduri Kahwin

October 29, 2013

Assalamualaikum

Sambungan dari entry malam berinai tu, keesokan harinya Sabtu, 2.3.2013 terus berlangsung kenduri sebelah perempuan di Penang. Memang sekali harung je kenduri kitaorang ni.Lusanya, Ahad kenduri pihak lelaki pulak di Ipoh.*next entry cheq story:)

Untuk kad kahwin,kitaorang bincang untuk design yang simple sebab husband saya pun suka design yang clean & simple. Tapi apa yang paling penting, ibu ayah selalu pesan..kita taknak ada kad kahwin mahal+kad kahwin murah, maksudnya kad untuk vip design lain,untuk orang kampong design lain. Kita nak raikan semua tetamu sebagai tetamu istimewa.Tiada vip,vvvvip atau jkkkkk..Opsss!bermakna semua tetamu kami adalah dihargai.Walaupun sebagai tuan rumah kami mohon maaf, mungkin banyak kekurangan dari pihak kami,tapi keikhlasan layanan dalam menerima tetamu tu menjadi suatu perkara yang amat ayah & ibu titikberatkan.Jadi untuk seluruh orang kampong saya yang dijemput & rakan-rakan tersayang, saya edarkan kad yang sama. Sebab saya sayang & berterima kasih pada semua yang sudi hadir & memeriahkan majlis kami sekeluarga dan tak kurang juga bagi teman-teman yang mendoakan dari jauh. Terima kasih.

Alhamdulillah...

Saya dah tak boleh ingat start pukul berapa saya mula bersiap-siap & disolek oleh sis Farah Dina yang sweet ni. Tapi bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan di kampong, saya nasihatkan sila bersiap extra awal.Sebab mengikut pengalaman saya,sekitar pukul 9 ke 10 camtu,once kumpulan bacaan Yassin dah habiskan bacaan,mesti dah ramai makcik-makcik nak jenguk u olls kan?nak bagi tips rumahtangga,tengok pengantin pakai baju warna apa & macam-macam lagi la kan.. kalau pengantin tak siap-siap lagi,alamat bertalu-talu la pintu bilik korang menerima ketukan kunjungan tetamu. Kalau dah bersedia awal kan best, duduk je atas katil tu sambil senyum tersiput-siput malu, terkebil-kebil mata sambil bersalaman dengan makcik-makcik tu. Tak gitueww gadis-gadisku si bakal pengantin?:p

Tak gemar duduk selesa sangat sebab saya mudah tido kalo orang main muka atau rambut:P

Sentuhan Farah Dina

Sentuhan diri sendiri ada laa sumbangan 3%. Hari kahwin dah tak kuasa nak siapkan diri sendiri.Jadilah apa pownn!!

Pak..Pak...Ketipak ketipongg.Yeayy,dah gi sambut husbandku! Untuk pengapit kitaorang takde yang rasmi sangat sebab bersanding kat rumah je pun.Pakai saudara mara sendiri je.. sorang musician,sorang doktor..Hahahaa..perfect combination! 

Thanks Affad & Mimi.  Akak & Abg Ami love you :)

Untuk kek kahwin, meja makan,bunga tangan semua tak payah pening dah sebab Sue red gincu yang buatkan pelamin & sediakan semua ni.Terima kasih banyak dear sebab telah melancarkan majlis wani walaupun Sue sedang sarat mengandung waktu tu. Kalau diingatkan, ramai ibu-ibu mengandung yang terlibat dalam membantu majlis ni dari akad nikah sampai kenduri. Dari bantal hantaran,kek hantaran, candybooth akad nikah,bunga nikah/sanding,pelamin,meja makan,kek kahwin semuanya disediakan oleh bakal-bakal ibu ni. Love u mommies! Terima kasih nadia,eyda & sue:)


My husband ni cermat orangnya..penat wife dia bukak mulut cam ikan paus,ciput je dia suap:P

Kek 2 tingkat pertama dalam hidupku. Selalu sambut birthday kek sepotong jee:P

Janggal betul pakai pedang ni..dapat pisau rambo tu terbaekk!!

Hahaaa...saya kalau dapat tengok husband beraksi beria gini memang suka sangat sebab sesaja beliau tidak akan sama sekali memberikan aksi hot ala majalah mangga ni:P Tapi senyuman tetap Darlie gitueww:)

Ecececeehhh...

Yang tengah syok sendiri ni..kita kasi chance la kan..smpai sekarang pun dia perangai camni lagi:(

Alhamdulillah...dulu solo,kini dah bersuami.Moga nikmat pinjaman Allah ini dapat menjadi pembimbing saya dunia akhirat.

Penat ku beraksi ala majalah pengantin edisi bumper sedangkan husband wat muka gaya akhbar sekolah keluaran rabu:P Sebab tu yang sayang lebih kat dia tuhh:)

Amboii abang Hang Tuah tak lepas keris di tangan..

3 Dara Pingitan..Tetappp!!

Kawan-kawan UiTM yang sesama bersusah payah dulu.Love u girls:)



Model Gulatis tak??Hahahaaa:P

Let‘s grow old together

Ia hanyalah moment indah yang dirakamkan melalui penceritaan gambar. Namun lebih dari itu, ia adalah permulaan sebuah kisah cinta,tanggungjawab & kesabaran. Moga Allah pelihara kami dan pasangan lain diluar sana dengan bimbinganNya. InsyaAllah..