Love

Kemaskini Memori Terindah

August 26, 2012

Assalamualaikum

Di suatu pagi yang nyaman & indah, berbekalkan bebelan ibu & ayah dek kerana sampai harini saya masih belum mula mengecat bilik. Maka saya pun memulakan langkah awal dengan duduk termenung memikirkan masa depan bilik saya. Bersakit pinggang saya cat sendiri bilik saya zaman cuti-cuti sekolah dulu, sekarang sebagai persediaan awal untuk menerima menantu, ibu & ayah minta jasa baik saya untuk tukarkan bilik bajet barney & friends saya ni kepada suasana yang lebih mendamaikan gitu:P *Nampak sangat bilik saya sebelum ni hiruk pikuk!

Dekat setengah jam saya duduk berfikir, sebab saya memang bukan dalam mood nak pegang berus cat.*karya seni memerlukan mood jiwa yang mendalam:P.Tapi nak tunggu mood, tahun depan belum tentu sampai.Fikir punya fikir konsep apa saya nak buat, last-last hal lain pulak terpacul kat kepala ni. Saya risau kalau satu hari nanti saya akan merindui bilik lama saya.*Cehh!bajet deco bersama eric,tukar almost 100%. Untuk mengelakkan sebarang rasa terkilan, saya rakam sebahagian objek yang saya sayang.

Fresh flower hanya wujud kalau saya lepak lama kat rumah.Kalau tak..jangan harap!saya suka ada makhluk hidup dalam bilik saya:P

Bunga palsu kesayanganku! 

Gigih saya pasang wallpaper ni zaman awal remaja dulu...Selamat Tinggal Baby:(

Album pertunangan yang saya sayang..

Baru saya perasan, saya tak pernah taruh gambar orang istimewa dihati saya dalam bilik.Mungkin segan kot:P  *Ohh!pemalunya saya:P Tapi segala pemberiannya saya simbolikkan sebagai hiasan yang menyerikan segenap bilik saya.

Walaupun dia cakap Disneyland tak best...tapi saya suka gift ni:)

Wondergirl? Wonderpets? 'W' for wani..cam tahu-tahu je saya memang gila pangkat & suke syok sendiri:)

Audi TT kesayangan..hari-hari drive dalam mimpi sampai tercabut tayar depan:P

3 ekor kesayangan. Ribbon biru yang mula-mula saya dapat (2003)
Dari kiri: London,Aremy,Wunny

Lolibum yang manja..teman tido saya:) Gonna miss u!

Selamat tinggal cadar riang ria,powerpuffgirl & rainbow..
lepas ni mesti banyak koleksi yang plain je kan? boringgg:/

Sayonara playgroundku!!

Sedang feeling saya menyelongkar barang-barang simpanan, terjumpa pulak kotak kuning dikhuatiri berpuaka ni:P Jom ushar ada apa kat dalam.Langkah berjaga-jaga boleh sediakan baldi, kot loya tekak kan:P

Ada jugak jasa DHL kat saya ni:P

Jengg..Jengg..Jengg..la sangattttttt....

Tadaaaa!!! Rindunya kat semua ni!

Ami Syaqry takkan mengaku dia pernah buat semua ni.Muahahaha!! 
Mana dia layan lagu-lagu bagai ni skrg:P

Poskad dari orang yang sama..dipos dari tempat yang berbeza:)

Too Cute:)

Manusia yang mula-mula jadikan nama saya WANIE ROSLI. 
Terima kasih sebab kekalkan nama ayah saya:) Ni zaman sekolah,pakai posmen upahan je:P

Ni akibat kalo senior dah abes skola..tapi masih tak bole lupakan junior.Uweeeekkkk!!

Yippiee!! Dah abes skola+Kad raya terakhir!

Ini diaaa...paling kesayangan.Album zaman kanak-kanaknya.
Kalau rasa nak marah, tengok ni boleh ketawa mengilai. Cute macam Humpty Dumpty!

Dapat Cadbury berbeza saiz...Ada unsur rasuah ni:P

Selamat tinggal bilik riang riaku! Apa pun rupamu selepas ni, kau tetap akan menjadi gudang simpanan semua pemberian & khazanah kenangan terindahku. Saya sayang bilik saya:)

Family

1 Syawal 2012

August 24, 2012

Assalamualaikum

Sesungguhnya saya tidak memiliki sebarang gambar raya melainkan apa yang telah saya cetak rompak dari folder sepupu sepapat & sanak saudara saya. Thanks korang!Muahxx:)

Alhamdulillah berkesempatan menunaikan solat sunat Aidilfitri pada tahun ni bersama ayah, ibu & sanak saudara di kampung opah saya di Lenggong, Perak. Aktiviti beraya diteruskan dengan acara kunjung mengunjung secara berkumpulan. Saya yang sudah lanjut usia turut tidak terkecuali untuk menyertai aktiviti tahunan kitaorang sejak kecil ni :P


Ini la sungai belakang rumah opah tempat mandi manda kecik-kecik dulu.Skrg air dah cetek:(

LipLap LipLap...Panas Terik!

Bergerak ke rumah Pakcik Azhar..Jalan kaki aje:)

Raya 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Ayah with Makteh & Marissa

Makteh & Family :)

Kak Rinni & Husband. Baby Qaseh & Qeisha

Cucu Opah:)

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.Saya mohon maaf salah & silap:)





Family

Tentang Ibu

August 13, 2012

Assalamualaikum

Susah sangat nak lelapkan mata malam tadi, terfikirkan banyak perkara. Antaranya tentang ibu. Hampir sebulan saya melepak kat rumah ni.Malah tak mula cari kerja pun lagi sejak habis belajar ni.Seronok pulak menghabiskan masa kat rumah.Sejak masuk asrama (2003), inilah kali pertama saya melekat lama kat rumah. Ibu 'bagi muka' habis-habisan mungkin sebab memikirkan ini kali terakhir saya hidup bujang bersenang lenang. Hari-hari saya minta ibu gorengkan nugget tempura. Bukan tak boleh goreng sendiri, tapi mengada-ngada..rasa ibu goreng lagi sedap.Memang melampau!

Ya...saya sedang bercakap mengenai wanita ini. Dia Ibuku!

Sejenak saya terfikir, dengan apa yang telah saya capai hari ini (bukanlah ada apa yang membanggakan sangat pun), cuma jika difikirkan semula..Alhamdulillah, banyak perkara yang telah saya berjaya lalui dengan baik. Persoalannya, apa yang saya capai hari ini adakah benar-benar setimpal dengan usaha saya? Saya suka menghabiskan masa dengan banyak perkara melalaikan. Study ala kadar, buat kerja last minute..fokus baru sejam dua dah jemu. Disebalik semua sikap buruk yang saya ada ni, saya ada satu tabiat yang saya lakukan dengan ikhlas dan  anggap ia sebagai jalan singkat yang saya suka buat untuk menenangkan hati saya iaitu dengan menelefon ibu di kampung.

Setiap kali perbualan, saya mesti suruh ibu tolong doakan saya. Walhal saya ni baca buku masuk 2 mukasurat pun belum tentu lagi.Saya suka sangat cakap dialog "Ibu tolong doakan wani yee!".Awal perbualan,ditengah perbualan sampai laa nak letak telefon pun saya akan ulang dialog yang sama.Esok lusanya saya akan telefon lagi & buat perangai yang sama.Ibu selalu layankan aje..Bila ibu cakap, InsyaALLAH nanti ibu buatkan solat hajat,hati saya akan berbunga-bunga riang walaupun usaha saya memang tak seberapa. Ayah pulak bicaranya lebih realistik.."Doa ibu ayah memang tak pernah putus..tapi U kena la usaha kuat!Kalau semua usaha last minute, susah la nak cemerlang!". Saya akui saya pilih bidang engineering sebab pilihan & dorongan ayah, bukanlah atas minat yang mendalam. Cukuplah tahun pertama saya menyuarakan "wani tak minat langsung course ni!". Daripada luluh hati ayah berterusan mendengar statement yang sama berkali-kali, saya teruskan juga perjuangan kerana saya yakin apa yang saya buat ni ada restu ibu ayah & ada doa mereka mengiringi. 

Pertama kali seingat saya, saya meletakkan usaha yang lebih adalah pada tahun terakhir pengajian. Iaitu ketika saya berhadapan dengan final year project. Inilah kali pertama saya menyediakan presentation slides lebih awal dari kebiasaan. Saya mulakan latihan, kuatkan pemahaman. Pendek kata saya meletakkan sedikit usaha, walaupun mungkin tak sebanyak mana..tapi ianya luar dari kebiasaan diri saya. Saat saya melakukan presentation yang paling penting & kritikal baru-baru ini, serentak  itu juga ibu saya melakukan solat hajat..berdoa agar ALLAH membantu anaknya ini.Dan Alhamdulillah, terlalu banyak perkara & urusan yang dipermudahkan.Malah feedback yang saya terima sangatlah memberangsangkan.Ianya seolah-olah seperti sebuah keajaiban:)

Mulai hari itu saya yakin bahawa berkat doa ibu itu banyak membantu 'menyelamatkan' kita dari pelbagai bentuk kesukaran. Namun doa ibu yang diringi dengan usaha anak itu sendiri pasti akan menjadikan kita insan cemerlang. Bagaimana pula bila ibu telah tiada?Terputuskah doa ibu buat kita? Ya..Benar, maka hilanglah satu keberkatan dalam hidup kita bila tiada lagi doa seorang ibu yang mendoakan kita. Apa yang mampu saya katakan, Terima Kasih Ibu atas Doamu yang sentiasa menjadi senjata yang paling ampuh dalam setiap perjuanganku. Moga doaku, anakmu yang hina & kerdil disisi ALLAH ini mampu 'diterima' sebagai doa seorang anak buat ibunya.Amin..

Seorang ibu mampu membesarkan 10 orang anak..Namun 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.Subhanallah!Hebatnya ibu kita:) Hebat jua cabaran untuk kita sebagai anak..Mampukah kita?Berdoalah moga diberikan kita kekuatan.InsyaALLAH..