Family

AYAH

May 29, 2012

Assalamualaikum


Ayah!Ayah! Wani Sayang Ayah! I Love You So Much. Sangat susah kalau bercerita tentang ayah sebab tempat ayah selalu di hati saya.Bila perlu diluahkan tentang ayah, ianya akan menjadi satu ayat yang sangat susah untuk diatur kerana hanya ALLAH yang Maha Mengetahui betapa bertuahnya saya dianugerahkan seorang ayah yang menghabiskan separuh hayatnya untuk mendidik saya, untuk bersabar dengan saya,untuk memegang tangan saya jatuh & bangun, untuk menukarkan air mata saya kepada semangat & kekuatan, untuk bersama saya membuat keputusan penting dalam hidup & untuk melihat kebahagiaan saya. Alhamdulillah..kerana hari ini,saya masih diberi kesempatan untuk mendengar suara ayah. Suara yang saya akan rindu sampai bila-bila...


Tiada bentuk penghargaan yang mampu saya balas,tiada majlis hebat atau hadiah mahal yang mampu saya beri sebagai penghargaan. Namun jika jarak & masa itulah yang menjauhkan kita.. mungkin itulah yang perlu saya belajar 'curi' dari hidup saya. Saya perlu curi lebih masa untuk telefon & dengar suara ayah.Saya perlu curi lebih masa untuk balik kampung tengok muka ayah. Setelah sekian lama hanya ucapan hari lahir yang mampu saya luahkan di corong telefon. Namun di usia ayah 56 tahun baru-baru ini (25 MAY 1956). Alhamdulillah atas pelbagai urusan lain sebagai hikmah, sempat juga saya mencuri masa untuk pulang meraikan bersama-sama ibu & ayah. Terima kasih Ami Syaqry & kawan-kawan yang turut menemani.

Syukur..masih diberikan kesempatan utk moment seperti ini

Ayah..Hero Pertamaku!Sayang Ayah..

Doa Ibu..senjata paling penting bagi saya:)

Terima kasih Mai,Nadia,Tahsriq & Ami Syaqry:)

Pendekatan seorang ayah itu mungkin berbeza. Ada yang lembut tutur nasihatnya, ada yang tegas, ada yang bengis lagaknya. Bersyukur andai kita punya ayah yang nasihatnya kita bawa kemana-kemana, namun andai sebaliknya..bagaimana sekalipun pendekatannya sebagai seorang ayah, percayalah...dalam hati setiap ayah kita, anak mereka adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki & ketahuilah besar sungguh harapan mereka terhadap kita. Sejauh mana kita melangkah, bagi yang masih memiliki ibu & ayah..selain berdoa,marilah kita sama-sama berusaha mencuri masa untuk diluangkan bersama mereka selagi masih ada hayat. Namun jika ibu & ayah telah tiada..doa seorang anak itu sebagai medium penghubung kasih sayang yang tak pernah berakhir. InsyaALLAH.

Untuk ibu & ayah.. Wani takkan mampu balas jasa ibu & ayah. Tapi wani harap wani mampu bahagiakan ibu & ayah. Moga doa dari ibu & ayah sentiasa memudahkan impian & cara untuk wani laksanakannya. Amin.

Selamat Hari Lahir yang ke-56 tahun Ayah!

Sayang Ibu...Sayang Ayah...

Wondermilk

May 20, 2012

Assalamualaikum


Lepas tengok Avengers semalam,Yee.. saya antara rakyat Malaysia yang paling lewat menonton filem superhero tersebut disebabkan kekangan masa yang tidak dapat dielakkan. *ayat bahasa melayu SPM kertas II tu:P. Untuk menggantikan jogging sebagai aktiviti riadah petang hari saya, saya pun ringan kaki je pergi melepak di sebuah kedai comel ni*yoyo ooo jerk, tak 'relevant' langsung! Ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki disini, tapi selalunya saya 'tapaw' jerk!Tapi memandangkan anak tekak ni mengidam sesuatu yang manis & berbaur kebaratan, makanya terus je duduk lepak sambil menghayati dengan penuh seni dekorasi vintage & comel kedai ni:P



Wondermilk kini menawarkan menu lain selain cupcakes. Dah boleh makan-makan & dating-dating kt sini..Ehhh!:P Tapi selera petang-petang hari ni,nak cari ganti serawa ke pengat pisang ke..makanya nak yang manis-manis aje:)


Yeayy..ini saya punya. Rainbow, Caramel,Red Velvet & Cheese Kiss!

Ini pakai sudu ok!Kalo pakai gigi lagi ganas taww:P


Deco..sambil berangan-angan bila la nak beli camera:)





Muka gembira lepas dah tambah 3kg berat badan! Yeayy:P

Menurut kajian,bau cookies,kek & cupcakes yang sedang dimasak dalam oven tu dapat mengurangkan stress & sekaligus meningkatkan hormon ceria di dalam badan kita. Kalau nak rasa gembira, rajin-rajin la buat kek kat rumah atau datang je wondermilk ni, masuk-masuk kedai je dah bau buttercream..Nyummneyyhh!






















Butik Tufah

May 09, 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah cuti semester baru-baru ini, sebelum pulang ke kampung halaman tercinta sempat lagi menjayakan satu aktiviti yang telah agak lama ditinggalkan. Seronok juga sesekali kembali beraksi sebab waktu tu baru sedar diri ini dah montel tahap 3.Walaupun modelling hanyalah sekadar suka-suka..Tapi pleasee arr wani..ko tolong arr kurus!Tolongg arr! *bermonolog luaran sambil kunyah karipap beli kat cafe tadi:P

Blouse ringkas dipadukan bersama seluar palazzo..sangat selesa!

Jutaan terima kasih kepada kak zura,pemilik Butik Tufah kerana memberikan kepercayaan kepada wani untuk menggayakan busana-busana elegant dari Butik Tufah. Diharapkan kak zura pasrah arr dengan kemontelan wani sekarang,lepas ni janji nak jogging ok:)
Kagum melihat kejayaan kak zura sebagai ibu muda yang memiliki butik & perniagaan sendiri.Satu hari nanti,kalau saya bukan seorang jurutera..InsyaALLAH saya akan menjadikan kak zura sebagai sifu & meminta tunjuk ajar beliau tentang selok belok bidang perniagaan  * Boleh tahan tinggi angan-angan kan?:P Secara peribadi, mendekati beliau..kak zura ni mesra & sangat humble orangnya.Seharian lepak kat butik tu pun tak terasa,ditambah pula dengan suasana & susun atur butik yang mendamaikan.Ini baru bertepatan dengan istilah 'Shopping is the best therapy'.*I Love Art..I Love Interior Design!silap amek course:P

Jom tengok sebahagian koleksi dari Butik Tufah yang beroperasi di Bandar Senawang ini & boleh didapati secara online.Saya kerap menggayakan shawl dalam rutin seharian,tapi pendapat saya terhadap tudung awning sama sekali telah berubah selepas mencuba koleksi dari Butik Tufah,sangat-sangat selesa, mudah & awningnye terletak cantik tanpa perlu dipin.*Rasa nak beli banyak-banyak buat koleksi pakai gi kenduri!Material untuk dress & jubah memang tiptop.Selain normal lycra, penggunaan material seperti velvet lycra menyuntik element mewah & selesa kepada pemakai.*Bunyi macam testimoni je..tp sebenarnya saya teruja bercerita pasal tudung awning..maklum la asyik pakai shawl je kan:)













Busana-busana ini semuanya sesuai untuk dikenakan tak semestinya pada hari raya atau sepanjang bulan Ramadhan je,tapi sangat sesuai juga untuk penampilan sopan ke pejabat, majlis keramaian atau nak berkunjung ke rumah mak mertua.Sejuk hati kann..Tapi kalau korang nak pakai gi main bowling pun tak salah la..tetap maintain selesa!Dijamin!








Bachelorette Party

May 07, 2012

Assalamualaikum

Lambat pula update entry berpartayy liar baru-baru ini:P Maklum la balik kampung,lupa diri jap!*orang lain balik kampung insaf:P Tengok tajuk dah sah-sah la party bujangan,tapi tajuk englishnye bunyi cam class je.Padahal gambar ntah hape-hape,macam sambutan harijadi kanak-kanak riang.Boleh la kan..asalkan ada kenangan terakhir saya bersama gadis-gadis kesayangan sebelum diaorang semua jadi isteri orang..mak orang bagai.

Sesungut antenna ni kitaorang DIY je:)

Alhamdulillah..pada satu malam minggu yang indah, kitaorang berkesempatan untuk sama-sama berkumpul di Full House,Sunway Pyramid untuk  lepak-lepak,makan-makan & bahan-membahan antara satu sama lain:P

Tempat yang menyuntik mood comel di hari bahagia..cheewahh!

Bab-bab order time lapar ni memang cobaan btol..rasa nak order lebih dari satu:P

Penata rias gaya...

Tak boleh blah..gagah nak tukar aset tu!senyuman asal sampai telinga taww:P


Selamat berbahagia korang.Aku doakan moga korang menjadi isteri yang solehah & beroleh bahagia dunia akhirat. Btw,nape tarikh saya rahsia?Tengok gambar pun dah tahu jawapannya..Muka dah tua,tapi belum cukup matang.So,tarikh kahwin simpan sendiri-sendiri dulu ok..nanti baru buat pengumuman.*Ko bajet good-good je nak umum-umum bagai?Alaaa..syok sendiri umum kat blog jee,kasi chance arr:)

Sambil perut mendendangkan lagu keroncong:)

Lihatlah kukuku.Alamak weyhh..cincin la!sy tersilap iklan:P

Matang kan kitaorang?? Uhuk..Uhuk:P

Hum tum pyar karte ho:P


Merosakkan harta benda awam:P

Tapi majlis ni memang 2 in 1 pun.Dalam meraikan bakal-bakal isteri orang, kitaorang turut sama  menyambut ulangtahun kelahiran pija yang ke 17.*Ketara bebenor aku menipu ni pija!
Kek 5 Dara Pingitan

Sweet 17 Pija..weeiwiett!

Tapi part baca doa ni nampak sangat banyak hajat,impian..maklum la, banyak tanggungjawab & komitmen nak pikul lepas ni:P

Alhamdulillah...khusyuk hang baca doa:)

Tapi biasa laa..dalam setiap majlis orang,saya yang lebih-lebih.Nak jugak potong kek birthday orang!menyibuk kat mana yang patut:)

Semput arr tiup-tiup ni...kite bakor jela!

Yeayy...kan dah cakap!paling over lak tu.Malu taww!

Ok..berhenti bercakap,nak recharge tenaga:P

Ok..yang pendek beratur depan. *Termasuk dengan saya sekali arr tuh kena dok dpn:P

Nak balik dahh..




Seumur hidup saya,inilah kali pertama edit video,tu pun sebab tak sangka photographer kitaorg ni ada rakam video.Makanya video ni memang disaster la sebab saya yang edit.Tapi seronok rupanya ada video ni,rakam buat kenangan.Saya sukaaaaaa!! Credit to Tashriq, Encik tunang Nadia kerana sudi merakamkan saat-saat terindah kami bersama.Moga majlis korang yang bakal berlangsung June ini berjalan dengan lancar.Amin..

p/s: sila urut dada & bawa bersabar diatas sebarang aksi gedix keterlaluan.Peace yaww!